Jaga Adab

Jaga Adab

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih in advance kalau confession disiarkan. Terima kasih juga kalau tak disiarkan, at least boleh lepas geram yang terpendam.

Aku perempuan, kerja bisnes online dekat rumah je. Kawasan perumahan aku banyak sangat kucing, so bila suami pergi kerja tu, kucing-kucing ni la peneman hidup yang kesunyian (kononnye haha).

Ada 2 orang jiran aku jenis bela kucing banyak-banyak. Sorang tu X, dia bela entah berapa banyak, yang pasti ada lebih dari 5 la. Depan rumah dia penuh sangkar. Sorang lagi tu Z, bela 2 ekor kucing yang kejap dalam sangkar kejap lepaskan. Morally and ethically, aku honestly langsung tak suka orang main kurung je kucing dalam sangkar 24/7 sebab kejam gila kot. Kalau kau kerja keluar awal pagi then balik lewat malam tak ke naya kucing nak tunggu kau balik top up makanan? Thank God for jiran X ni, dia dah bersara, and anak bini dia semua jenis sangat menjaga kebajikan kucing dia. Maybe ada la moment diorang lepaskan dalam rumah ke aku tak sure. But at least memang tak pernah aku ada masalah kucing dengan dia. Once in a while pun kitaorang pun pernah je tegur2 sembang biasa. We’re good la.

Jiran Z ni lain. Kitaorang memang sangat jarang jumpa. Jenis tak lekat rumah. Kalau lekat pun, terperuk dalam rumah. Kucing dia 2 ekor tu awal2 tak duduk dalam sangkar. Tiap2 hari datang menumpang kasih kat rumah aku. Makan, minum, berak, siap beranak lagi kat rumah aku. Aku dah jadi macam doula diorang pulak haha. Mula2 aku tak kisah tapi lama2 nampak macam jiran Z ni ada gaya lepas tangan juga la bab penjagaan kucing2 depa ni.

Geram aku bertambah bila diorang start kurung kucing2 depa. Okay, kucing2 ni baru lepas bersalin (aku ni good samaritan sangat angkut semua bagi balik kat depa, padahal boleh je aku ignore kucing tu memulakan hidup baru kat rumah aku), jiran Z ni gi letak dalam sangkar dengan anak2 sekali. Itu satu hal. Satu lagi aku tak boleh terima is bab makan minum kucing2 ni. Bagi makan sekali before gi keje, and sekali waktu malam bila dah balik. Tengah hari, petang tu apa cer bro? Dah la baru bersalin, tengah breastfeed anak2 kot. Kucing2 ni bising minta aku feed diorang tapi kalau dah pagar kunci bagai memang aku x boleh nak trespass la. Ikut hati nak je lompat pagar bagi makan. Time weekend pandaaaaaaaaai sangat lepaskan kucing2 ni sebab diorang x de kat rumah (balik kampung kot). Kesudahan aku la jugak nak kena jaga kucing2 depa. Bab jaga aku tak kisah. Yang aku kisah is tak pernah sekali pun, diorang cakap terima kasih sebab tolong tengokkan, and tak pernah sekali pun, diorang inform kami yang diorang akan away from home so kalau boleh nak minta tolong tengokkan kucing2 ni. Tak pernah. Lepas tangan terus. Mentang2 aku ni kat rumah je so x kisah la, ada orang jugak yang boleh bagi makan minum. FYI, sejak kena kurung, kucing2 ni kurus mendadak. Boleh rasa tulang je, bulu x terurus, bau busuk teramat sebab lama x mandikan.

Aku serious geram dengan perangai gini. Pandai ambik kucing letak kolar bagai tapi tak empathy and x jaga kebajikan langsung. Lepas tu tak ada adab dengan jiran tetangga. Buat pembaca sekalian, tolong la jangan buat perangai gini. Tak elok. Bak kata kawan aku, tak payah kecoh bab reformasi Malaysia bagai kalau diri sendiri tak nak reform, common sense kelaut. Sekian confession aku and thanks for reading.

– so min

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit