Jangan Aniaya Isteri

Assalamualaikum admin. Mohon admin dapat post apa yang saya nak tulis ini. Saya rasa saya perlu tulis berkenaan isu ini.

Ramai wanita yang bergelar isteri yang mengalami masalah ini. Ya. Aib suami isteri perlu di simpan. Namun saya tergerak untuk ketengahkan isu ini apabila ramai isteri mengalami masalah ini.

1. Mengapa lelaki berkahwin tetapi dia membiarkan isteri dia berstatus dara sehingga umur perkahwinan mereka mencecah 1 tahun ke atas?

2. Adakah kalian menganggap isteri ini adalah anak patung yang tidak mempunyai nafsu dan perasaan? Isu di sini bukan sehari atau seminggu atau sebulan tetapi BERTAHUN.

3. Adakah kalian mengalami masalah kelamin? Jika ya mengapa kalian semakin menjauhi isteri kalian sehingga bertahun-tahun tanpa sebarang penjelasan? Sekali lagi saya bertanya, isteri anda manusia atau patung?

4. Adakah kalian ada masalah tidak bernafsu dengan wanita? Kalau tiada nafsu MENGAPA KALIAN mengambil keputusan BERKAHWIN? Kalian tahu apa itu tanggung jawab seorang suami? Sekali lagi saya tegaskan isteri anda bukan anak patung sehingga anda acah-acah anggap tiada benda berlaku.

5. Ya benar kalian tidak memukul isteri. Namun adakah isteri anda anak patung? Tidak mempunyai nafsu dan perasaan? Anda menidakkan haknya sebagai isteri. Di mana logik 99 akal seorang lelaki tersebut?

6. Tahukan kalian salah satu sebab perempuan mahu berkahwin adalah mahukan zuriat. Allah bagi rezeki alhamdulillah. Kalau tak, cuba lagi. Haih tapi tang mana nak cuba kalau suami tidak sentuh isteri?

7. Suami tahu apa maksud stress? Stress itu adalah TERTEKAN emosi dan perasaan bila perlu menjawab soalan-soalan seperti ini. “Yah, dah kenapa takde anak lagi? Dah lama kahwin kan”. Sesungguhnya WUJUD soalan-soalan seperti ini. Jiran tetangga, saudara mara ingat isteri awak yang mempunyai masalah peranakan. Tetapi hakilan sebenarnya yang bermasalah adalah si SUAMI!

8. Kes ini bukan satu, dua atau tiga. Tapi RAMAI!!!! Ramai sangat perempuan di luar sana yang diperlakukan sebegini.

9. Ada isteri yang mengambil keputusan keluar dari perkahwinan tersebut dan ada isteri yang mengambil keputusan untuk stay dalam perkahwinan tersebut!

10. Mengapa isteri decide to stay dalam perkahwinan sebab dia sayang suami dia! Dia berharap suatu hari nanti suami dia berubah!

11. Tapi awak si suami! Jangan acah-acah tidak faham! Kang Allah bagi kau tidak bijak betul-betul baru tahu. Sigh.

12. Wahai para suami, adakah kalian ingat perkahwinan ini permainan “try and error????” SUKA atau TIDAK kalian perlu laksanakan tanggung jawab sebagai seorang suami!

13. Bukan masalah batin sahaja isu di sini, ISUNYA adalah SUAMI lari dari komunikasi dengan isteri! Diam! Tiada penjelasan! BERTAHUN! Bila isteri cuba berdiskusi, mengamuk dan LARI! Isteri confuse, dia telah menikahi seorang pemuda atau budak kecil.

14. Bukan ke dalam Islam wanita ini perlu dilindungi? Mengapa lelaki-lelaki melayu Islam ini perlakukan wanita seperti ini! Bertambah masalah bila lelaki-lelaki yang berusrah sana dan sini turut sama join untuk bersikap seperti ini. SEDIH!

15. Saya tidak faham apa makna perkahwinan dalam hidup kalian dan saya “can’t brain” mengapa kalian perlakukan isteri kalian sebegini.

16. Jika kalian tahu kalian tidak berperasaan terhadap wanita, saya mohon JANGAN KAHWIN! Jangan aniaya wanita. Kalian aniaya anak orang! ANAK ORANG! Bukan anak kucing atau anak patung!

17. Jika kalian “sakit”, please communicate with your wife. Mohon pergilah berubat. Kasihanilah isteri kalian. Tolong jangan berdiam sehingga setahun..dua tahun.. dan ada yang sampai empat tahun lamanya. Apa salah isteri kalian sehingga kalian tergamak perlakukan sedemikian rupa.

18. Ittaqullah. Takutlah pada Allah. Takutlah perbuatan kalian menganiaya isteri, kalian yang perlu jawab di hadapan Allah.

19. Jangan aniaya isteri. Sampai bila pun hidup kalian takkan berkat. Walaupun isteri cuba redha, adakah Allah redha kalian perlakukan sedemikian rupa pada isteri kalian?

20. Bagi para isteri yang berada dalam situasi di atas dan nekad untuk stay dalam perkahwinan, saya doakan moga Allah berikan kebahagian buat anda semua suatu hari nanti! Semoga suami kalian insaf dan anda dilayan selayaknya sebagai seorang isteri.

21. Artikel ini adalah untuk suami yang TIDAK bertanggung jawab sahaja. Bagi yang bertanggung jawab, saya ucapkan tahniah. Saya doakan anda sekalian sentiasa dalam lindungan Allah.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit