Jangan Diuji Seperti Ku

Banyak kali aku confess sini mungkin cerita aku tak ada rasa macam cerita orang lain. Kalau terpilih kali ini Alhamdulillah. Terima kasih admin.

Aku tak ada adik beradik yang akan tanya ok kah aku. Bila aku cuba bagi mukaddimah aku tengah ada masalah aku akan terus dipangkah oleh adik beradik.

Aku OKU. Sedikit spesial dan aku tak gham dengan adik beradik aku.dorang tak suka cakap dengan aku sebab aku mslh pendengaran. Biasanya dorang jadikan aku hiburan bila aku tersalah jawab. Jadinya aku lebih suka buat hal aku. Mak ayah aku ok cuma tak manjakan aku.

Aku nak beli apa nak pegi rombongan mana2 aku kumpul duit sendiri. Naik sekolah menengah pun sama. Baju sekolah aku jahit sendiri. Kasut sekolah aku beli sendiri. Duit yang mak ayah aku aku simpan rapat. Sebab aku tahu kalau aku meminta dr mak ayah aku takkan dapat. Tambah pula ayah aku penoreh saja masa tu.

Mula dari sini aku jeles sangat dgn kakak aku. Dia nk pegi rombongan kakak abang aku kasi duit. Dia nk kasut hanya tulis surat pada kakak aku yg keja kat penang masa tu. Aku penah curi baca surat tu. Baca mcm2 permintaan dia. Aku siap buat p/s kt bawah surat tulis aku nak sekian sekian. Bila kakak abang aku balik kampung dapatlah apa yg dia nak. Aku?? Sambung masuk hutan, main.

Besar sket sek menengah pun sama. Sayangnya mak ayah aku pd kakak aku sorang ni. Ya..dia cantik..cantik sangat. Tapi bila gaduh dgn aku kasar cara dia. Berdarah sesaja aku. Hahaha. Pun masih sama, mana2 dia nak pergi boleh ja. Aku?? Duduk rumah.

Bila dah besar aku duduk jauh dari family. Study. Kemudian aku kawen lepas tu keja kejaan tapi gaji xbanyak pun.Dalam keluarga hanya aku sahaja yang belajar tinggi. Jadi aku tak penah lupa jasa adik beradik aku.

Bila gaji aku beli untuk adik beradik aku. Tak pun aku bagi duit. Mak ayah tak pernah miss belanja bulan2. Dari situ mulalah abang2 kakak2 aku tak puas hati kat aku. Cakap aku kedekut. Sombong dengan adik beradik dan ikut kepala aku.

Abang aku kawen dia pakai duit aku adala beratus masa aku study. Kedekutkah aku? Anak2 kakak aku aku belikan baju, tudung, duit. Kedekutkah aku?
Kakak aku yang sgt dimanjakan suami dia jatuh muflis aku pinjamkan ribu dan masih tak bayar2 kedekutkah aku? Adik aku, kakak2 dan ipar aku belikan tudung jubah kedekutkah aku?

Aku beli kereta cakap aku tak tanya pendapat dorang. Suami aku renovate rumah kami sendiri marah sebab tak tanya dorang. Kami upah indon renovate pun siap msg sumpah kami tak kan hidup senang sebab tak panggil abg ipar buatkan dan sanggup bagi upah orang luar

Aku tak panggil abang ipar sendiri sebab aku tak nak bila bayar sket dia mengadu pada kakak aku. Dan bila ada yang tak kena di rumah aku abg ipar aku akan bgtau kakak aku.Aku tak nak hubungan aku dgn kakak aku keruh. Even rumah mak aku sendiri mak ayah aku bayar umah abang ipar aku.

Aku kerja jauh dr suami. Jumpa hanya sekali sekala. Dan mestinya belanja rumah dibahagi dua. Kos di bandar pula tinggi. Yuran anak skali taska dah beratus. Bila aku cuba nk berkongsi kepayahan kt wasap group family ja terus kena cantas. Cakap tak bersyukurla banyak hutang dan sanggup tinggal suami. Aku terpaksa kerja guys. Aku ada hutang ptptn jugak. Ada keinginan nk bagi mak ayah aku belanja. Aku hutang kereta dgn rumah ja pun. Macam tu la tiap kali. Sampai diungkit keburukan suami aku.

Ya Allah..tak boleh ke aku nk kongsi masalah dgn adik beradik. Macam2 dugaan aku lalui hanya kawan rapat shaja tahu.Itu belum bab lambakan kerja sampai buat aku stress dan hampir2 nak bunuh anak. Aku jauh dr suami guys. Aku hanya tinggal dengan anak. Masih belum rezki utk sebumbung. Kifarat dosa aku agaknya.

Aku nak sangat dapat moral support dr adik beradik aku. Tapi yg aku dapat hanya tohmahan, dari yang sulung hingga ke bongsu. Balik kampung aku niat hanya nk jenguk mak ayah aku. Susah aku nk buka mulut beramah mesra dengan adik beradik sendiri.

Aku tak kaya pun sampai dorang cakap aku kedekut dan tak nak tolong adik beradik. Aku pernah mintak setiap sorang abang dan kakak aku yg kerja ni bagi RM5O ahaja utk renovate bilik air rumah mak. Pun cakap tak ada duit. Aku mintak RM3O pun sama cakap tak ada duit. Ya Allah..kenapala sampai berkira walhal utk rumah mak sendiri. Aku cuma nak dorang ambil saham kebaikan sorang sedikit. Dan aku xmintak beratus atau beribu pun.

Dalam group beriya bincang nak bg seorang RM50 tiap2 bulan utk mak. Tapiii…Ye..dorang ada anak isteri. Tapiii..entahlah..Bila sempit duit boleh pulak dorang luah. Kalau aku yang luah abes semua pakat hembur. Yela aku kan kaya..

Mohon doakan aku kuat untuk hadapi dugaan OKU, dugaan tekanan tempat kerja, dugaan jauh dari suami, dugaan untuk mengawal amarah dari dilempias terhadap anak dan dugaan family aku aku hnya nampak aku ni senang dan sombong.

Thnks guys

– Yang penat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit