Jangan Kahwin Dengan Doktor Yang Begini

Jika ditoleh ke belakang, tak mungkin kita dijodohkan kerana kehidupan kita ‘ibarat langit dan bumi’. Yes, mungkin kita boleh senaraikan 100 perbezaan atau lebih, namun sebanyak mana alasan yang diberi, ianya telah ditakdirkanNya untuk kita hidup bersama setelah kita ada keinginan untuk hidup bersama dan kita mampu menempuhi segala cabaran dan dugaan. Tuhan takkan bebankan hambaNya melebihi dengan apa yg kita mampu.

Langit dan bumi yang dimaksudkan ialah:
1. Isteri saya cetek ilmu agama sebab latarbelakang keluarganya kurang didikan agama, lebih fokus kepada kehidupan dunia semata.
2. Isteri saya seorang doktor perubatan (Manchester), saya pula graduan universiti Islam di Malaysia.
3. Isteri saya sebelum ini berpakaian ketat dan bertudung sangat singkat.
4. Parents isteri saya keduanya berkerja dan mindset wifey pun macam mana pun nak berkerja.
5. Dia ada pendapat A, prinsip saya B, tak mahu mengalah!
6. Mak mertua saya bekerja jadi dia tak ada masa nak masak, so dia jarang latih anak dia memasak, so sampai sekarang terlekat perangai yang jarang masak untuk suami, sedangkan umi saya ini dari kecil sampai ke dewasa duk makan masakan umi, jarang makan kat luar rumah.
7. Isteri saya selalu lebihkan adik beradik dia dan parents dia, kalau boleh dia nak beli rumah dekat dengan rumah parent dia.
8. Banyak perkara kami berbeza antaranya: dari segi warna kesukaan, cara berfikir, tak suka cuba perkara baru contohnya kalau kedai makan tu elok bagi dia, kedai makan lain dia tak nak cuba (hahaha) dan banyak lagi.

Kenapa masih bertahan? Kerana ku faham dan mengharapkan jodoh yang berpanjangan:
1. Tanggungjawab suami berikan ilmu agama.
2. Walaupun setinggi mana pun pangkat diluar sana, dirumah saya raja,awak permaisuri.
3. Berikan peluang, keutamaan ialah labuhkan perasaan malu dan alhamdulillah dia dah berpakaian longgar dan tudungnya sedikit labuh.
4. Selagimana dia jaga amanah keizinan suami,silakan.
5. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya berdiri seorang wanita
6. Dalam fiqh suami yang wajib sediakan makanan untuk isterinya.
7. Dia ada kemampuan itu hak dia.
8. Perbezaan yang membuat hidup ini lebih indah asalkan boleh berlapang dada, ada ke yang suka hidupnya kelabu hitam je?

Berdakwah nak bagi elok kadangkala ambil masa, kenapa buah bermula dengan putik atau belum masak? Boleh sajakan kalau tuhan nak bagi semua buah tu masak terus? Kenapa? Kerana Allah mahu menguji, hujung ujian itu akan jadi manis, apabila tiba masanya semanis kurma.

Berikan masa dan peluang. Berapa lama? betapa Nabi Nuh di uji kaum dan isterinya tidak beriman selama mana? Bukan 10 tahun, bukan 50 tahun tapi 950 tahun, kasihnya Nabi Nuh terhadap umat dan isterinya terus mengajak kaumnya dan isterinya beriman kepada Allah tanpa jemu. Segelintir sahaja yang beriman yang selebihnya tenggelam banjir besar termasuk isteri Nabi yang ingkar. Kita ini diuji setakat nak pujuk dan mengajak isteri yang dah pun muslim jadi solehah. Adapun si isteri tak mahu juga berubah maka tawakal kepada Allah setelah keputusan dibuat, putuskan dengan cara baik dan doakan kebaikkannya.

Pernah ke kita bangun malam berdoa untuk isteri atau suami kita supaya berubah jadi lebih baik? Pernah ke kita tegur suami atau isteri kita dengan cara yang baik tanpa tengking, mengherdik, dan menghina? Kadangkala cara kita yang membuat dirinya jauh dari kita dan jauh dari petunjuk tuhan.

Kerana ku percaya, kahwinilah sama aliran denganmu dan seramai mana pun, 8/10 akan berjumpa dengan perbezaan ‘langit dan bumi’, kalau bukan kita yang baiki isteri kita? siapa yang mahu perelokkan dia? Kerana dunia ini tempat di uji. Kalau nak sempurna dan sekufu kita berjumpa di syurga.

Kerana ku percaya, sebahagian di dunia ini diuji dan sebahagian yang lain diberi rezeki pasangan yang baik, kerana ku percaya yang diuji jika lulus ujiannya di dunia, kedudukannya di akirat tidak sama dengan orang yang diberi rezeki ketika dunia dulu. Allah maha adil dan maha pengampun.

Kerana ku percaya, hari ini kita jadi baik, esok lusa siapa boleh jamin? Hati ini berbolak balik. Allah pemilik kunci hati manusia untuk berubah, sabar dan solat, kerana kita tak mampu menyingkap hikmah disebalik ujian.

(Part Panas) Stigma jangan kahwin dengan golongan tertentu kerana golongan ini susah nak berubah, banyak kekurangan mereka stigma ini merupakan kesilapan sangat besar. Jika bukan golongan agama yang bertanggungjawab membantu mereka siapa lagi? Kita kahwin bukan disebabkan jubah ideologi mereka ataupun mengahwini kerjaya mereka, tapi kita kahwini jasad, tawan hati dan pemikiran mereka dengan akhlak dan keindahan Islam. Kalau kita ada kesabaran yang tinggi, kemampuan dari segi ilmu dan menggunakan pendekatan yang betul, silakan kahwinilah mereka, InshaAllah akan membuahkan hasil yang baik.

Jadi tak perlu risau dan mendengar momokan golongan tertentu ini susah nak dibentuk, mereka juga manusia seperti kita ada hati dan perasaan yang sama ingin berubah yang menentukan adalah masa. Sebenarnya tak elok membuat perbandingan stereotype atau pukul rata golongan tertentu disebabkan sikap segelintir atau minority berdasarkan pengalaman individu, persepsi dan momokan tak semua macam tu kan.

Kisah ini juga terpakai untuk para isteri yang mengalami masalah yang sama, contohnya suami tangkai jering, tak solat, mempunyai tabiat buruk dan sebagainya, ambil lah ibrah atau pengajaran ketabahan Isteri yang berdepan dengan suamniya firaun yang zalim.

Jom mulakan hidup baru! Lupakan sengketa dan perbezaan suburkan teguran dengan kasih sayang. Teruskan jangan putus asa. Saya nak tengok isteri saya berpakaian longgar dan tudung sedikit labuh pun mengambil masa 5tahun. Akhir sekali, kerana ku percaya, isteriku pun menunggu perubahan baik yang di impikan, keranaku pun tahu diriku bukanlah sebaik yang disangka, doakan!

– AHMAD (NS)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit