Jangan Malas Urus Duit

Assalamualaikum,
Aku kongsi tentang wang ringgit, keberkatan dan work smart. Aku berniat nak share dekat page fb aku je, tapi bila orang nampak nama nanti jadi riak pulak. Walaupun kat sini pun mungkin aku akan rasa riak bila tulis, tapi sekurang-kurangnya korang tak kenal aku & aku harap matlamat utama aku tercapai: untuk berkongsi. Okay whatever.

Ceritanya di sini adalah macamana kita nak kumpul duit dengan istiqamah. Proven sebab aku dah test, serta aku ada share dengan kawan2 aku jugak dan alhamdulillah ada yang berkesan. So maybe korang boleh try jugak.

1. Listkan apa tangunggan bulanan korang satu persatu secara detail. Yang penting sahaja ok, iaitu kalau takde boleh menyusahkan kau. Contoh: sewa rumah, kereta, elaun mak ayah isteri, bil telefon, bil-bil rumah, duit minyak & makan

2. Jangan lupa bayaran bermusim macam roadtax insurance kereta, cukai taksiran rumah, indah water, servis kereta, tukar bateri kereta, duit raya, duit tayar kereta. Bermusim ni kenalah something yang kau boleh predict. So lepas kau jumlahkan semua, kau bahagi 12 bulan. Jadi tiap bulan kau boleh slow2 menyimpan ke arah tu.

3. Selesai itu semua, kau buatlah kira2 tahap kemampuan kau. Kalau jadi tak mampu, kau ubahlah. Kurangkan makan kedai hipster ke, kurangkan pakai letrik ke, apa2lah yang relevant

4. Ikut kemampuan jugak, cuba simpan extra tiap bulan. Katakan komitmen pada point nombor 1&2 tu jatuh dalam RM2000 sebulan, and gaji kau RM4000. Cuba kau simpan RM1000 extra tiap bulan untuk simpan bagi komitmen2 tu. Contohnya macam aku, extra RM1000 tu penuhkan kira2 sewa rumah, bills & minyak untuk carry forward bulan depannya. Jadi by bulan Jun aku dah siap menyimpan utk kesemua 12 bulan bagi item tu. Baki 6 bulan akan datang tu, aku guna duit RM1000 tu untuk shopping, simpanan melancong atau kalau takde mood/ banyak kerja aku simpan je dalam bank/ pelaburan. Step 4 ni kalau ada duit lebih je ye, kalau takde takpe. Kau buat dulu step 1-3 sampai gaji naik.

5. Kalau macam aku, sebab dah beberapa kali tukar kerja. Jadi kad bank aku macam banyak pulak. CIMB, Public Bank, Maybank apa semua ada. So aku gunakan bank2 asing ni utk simpan duit. Awal bulan kerja aku & pasangan adalah transfer duit ktorg masuk bank2 ni. Contoh duit2 dalam step 2, ktorg transfer pegi Public Bank sebab ATM dia susah cari. So kalau keluar dekat ATM lain kena charge lebih, jadi ktorg simpan kad bank tu kat rumah. Atau letak je kat dalam ASB. Lepastu lain2 bank ktorg buat utk berlainan kegunaan. CIMB je aku pakai utk kegunaan hari2. So kalau duit dalam CIMB aku dah nak habis, time tu aku jimat2 lah sikit masa keluar lunch tu. Order lunch box ke apa ke. Sebab jenis aku malas lah nak tulis perbelanjaan satu2 hari2, aku pakai cara ni nak kawal. Maybank aku guna untuk shopping. Kalau dah habis duit dalam Maybank, maknanya bulan tu dah takleh shopping. Lebih kuranglah camtu modus operandi aku.

6. Ada peluang buat kerja lebih dari satu, buat je. Contohnya data entry ke, hujung minggu ada org nak pakai orang jaga booth ke, uber ke, apa2 lah! Masa muda ada tenaga nilah kau nak guna. Cuma pandailah balance balik dengan masa utk keluarga. Macam aku, masa aku buat extra work ni lah pasangan aku pun samada buat extra work jugak atau peluang dia jumpa member2 dia, atau apa2 lah yang dia nak buat. Duit tu bolehla kau burn kepada simpanan travel ke, beli barang dapur ke, apa2lah. Dengar cam leceh kan, tapi kalau kau dah biasa nanti, kau tak rasa pun

7. Letak target jangan lupa. Masa aku dulu ada niat nak bawak adik perempuan aku pegi umrah. Sebab dia ibu tunggal, duit selalu tak cukup. Jadi aku ada niat nak bawak dia. Aku target 2 tahun kumpul duit. Doa & usaha hari2. Aku kira RM10,000 (kos 2 orang: aku & dia) bahagi 24 bulan. So setiap bulan aku ketepikan duit tu sikit2. Memang susah weh, sebab kadang2 terpakai duit tu bila ada isu mcm aku masuk klinik ke, anak aku masuk hospital, pasangan aku kena benti keja kejap lah apa lah. Tapi aku tak putus asa, lepas 2 stengah tahun kumpul duit, ktorg dua pegi umrah. Alhamdulillah. Key dia planning & letak target. Kalau cakap nak pergi, tapi tak usaha susah gak. Kasi sistematik sikit

8. Kalau tak mampu travel jauh, kau travel dekat je. Masa aku kecik, ayah aku tak mampu bawak jauh sebab kegawatan ekonomi & gaji dia tak cukup. Tapi dia tak benti bawak ktorg explore and jalan2. Ktorg duduk seremban masa tu. Dia bawak ktorg turun kl balik hari pegi dataran merdeka, kadang2 bawak pegi berkelah, benda2 macamtu lah. Elakkan bagi alasan tak boleh sebab tak mampu. So itu aku buat dengan anak2 sekarang. Kadang2 bawak pegi pd pun dah happy, balik hari je sebab tak mampu nak sewa hotel haha

9. Jangan kedekut & berkira ni penting okay. Bila keluar jalan2 dengan mak ayah ke, adik beradik ke. Kau pegilah bayar. Sekali sekala pun takpe. Takyah lah selalu kalau tak mampu. Breakfast kat mamak sekali sebulan pun takpe. Tak ternilai weh nilai mak ayah & adik beradik dgn segala harta kat dunia ni. Kau jangan tunggu tuhan balas balik apa kau hulur, tapi kau yakin je bantuan tuhan tu ada. Yang penting kau dah jalankan bahagian kau. Dalam konteks ni jugak tak tertakluk pada wang ringgit, kalau takde wang kau sumbang tenaga atau masa. Sekali lagi, jangan cipta alasan. Banyak sumber ada

10. Jangan sesekali lupa mak, ayah & isteri/ suami. Sebab dari sini datang berkat kau. Doa insan2 ni paling mustajab untuk kau. Selagi ada cara kau nak bahagiakan diorang. Cubalah. Kalau kau mampu untuk tak tenggelam timbul kasi elaun kat diorang, teruskan. Insyaallah rezeki kau tak putus. Konteks rezeki ni pun luas. Mungkin wang ringgit, mungkin kesihatan, mungkin keberkatan di akhirat, atau benda lain

11. Last sekali, memang senang nak cakap: kau bolehlah, gaji 4000 sebulan, cakap apa pun boleh. Bro, aku bukan grad terus dapat gaji 4000. Aku mula dengan 700, lepas 7 tahun baru jadi 4000. Kira progress aku lembab gak. Pernah kena buang kerja siap. Sebab company aku kerja tu downsizing. Tapi work smart lah. Aku tahu aim aku sebelum umur 30 aku & pasangan nak beli rumah landed seketul. Jadi ktorg plot gaji tu setiap dua tahun kena naik berapa berdasarkan harga rumah yg ktorg agak2 lah berapa. Bila dalam masa 2 tahun gaji tak dapat naik banyak tu, ktorg apply kerja tempat lain. Ada rezeki ada, kalau takde usaha lagi sampai dapat. Umur 32 baru ktorg mampu beli landed & corner lot. Tak besar sangat, tapi cukup. Lari sikit dari plan asal sebab harga rumah naik. Hahaha Ktorg terkurang estimation. Tapi okaylah, at least simpanan tu ada dah.

Okay, cerita aku dah habis. Banyak lagi aku rasa nak kongsi. Tapi cukuplah yang ni dulu. Sebab aku geram bila orang kecam orang yang ada harta sikit ni sebagai untung, walhal kau tak tau usaha dia nak dapat tu cemana. Jadi aku berkongsi ilmu supaya sama2 tak ketinggalan. Harap2 adalah manfaat buat seorang dua yang membaca. Aku jugak harap agar apa yang aku tulis tak timbulkan rasa tak senang pada hati korang. Babai!

– DB

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit