Jangan Pandang Sebelah Mata

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca IIUM Confessions dan juga kepada admin. Jika post ini dapat disiarkann saya amatlah berterima kasih, jika tak dapat disiarkan pun tidak mengapalah janji saya dapat sampaikan mesej yang sudah lama saya ingin kongsikan dengan netizen atau rakyat Malaysia ini. Sebelum itu saya ingin memberitahu saya ini hanyalah budak hingusan sahaja maaf jika penulisan saya ini kedengaran keanak-anakkan maklumlah baru 18 tahun kan apala sangat saya tahu tentang dunia ini. Anyway saya pernah post 2 kali di sini dan kedua-duanya dapat disiarkan harap2 dapatla disiarkan ya post kali ini. Salah satu post itu berkenaan tentang budak kelas seni dan acc di tingkatan 5 alhamdulillah sekarang saya sudah masuk salah satu Universiti Awam di Selatan tanah air.

Post kali ini adalah soal “sesetengah” mentaliti rakyat Malaysia yang suka pandang rendah terhadap pekerjaan orang lain. Jikalau kerja salah, jikalau tak kerja pun salah. Entah apala yang mereka ini mahu. Golongan ini selalunya memandang rendah terhadap seseorang itu berdasarkan pakaian. Seperti contohnya orang pengutip sampah yang naik lori tu. Bagi mereka kerja ini hina yela kutip najis dan sampah orang lain dan pakaian pun mesti busuk. Apabila lalu sahaja lori ini di kawasan penempatan tinggal mereka mulala tutup hidung dan ada yang membuat muka sinikal seperti jijik akan pekerjaan itu. Pekerja itu tidak menutup kembali tempat letak sampah itu mulala membebel kata dia tu apala ambil sampah tutupla balik. Apala salah bekerja dalam bidang ini? Pekerjaan yang halal bukan? Habis siapa lagi yang akan buangkan sampah-sampah itu? Kita ini sesama manusia haruslah menghormati pekerjaan orang lain dan jangan mudah menghakimi pekerjaan mereka. Kalian tidak tahu kadang-kadang gaji mereka yang kalian kata pekerjaannya jijik ini bahkan lagi tinggi dari gaji kalian yang kerja di office itu. Ini semalam saya ada baca satu artikel dari satu page yang popular di Facebook menyiarkan soal seorang pekerja bank memandang rendah terhadap rakannya yang kerjanya drilling sedangkan rakan dia tu drilling supervisor yang gajinya berganda-ganda lagi tinggi dari gaji dia yang kerja bank tu. Janganla pandang orang sebelah mata hanya kerana pakaian sahaja? Fikir kembali. Driver lorry pun orang pandang hina apala driver lorry je pun tapi gaji dia? Tak tahu kan berapa? Kita ni hidup tidak usahla pandang orang kerana harta atau pakaian pandanglah orang lain kerana akhlak mereka. Tidak tahula mengapa orang zaman sekarang lebih memandang rupa.

Satu lagi dari pengalaman sendiri bekerja sebagai waitress di sebuah restoran semasa cuti menunggu result SPM bulan March lalu amatla mengecewakan. Sesetengah dari customer memandang hina kami yang bekerja sebagai waiter dan waitress ini . Mereka beranggapan kami ini hina kerana gaji kecil, ke hulur ke hilir ambil order angkat pinggan mangkuk kotor, lap meja customer, sapu sampah dan berdiri. Kadangkala kami dibuat seperti kuli batak. Kami ditengking depan customer lain kami dimarahi seperti hina sangat kami ini. Salah ke pekerjaan ini? Halal bukan? Saya kadangkala tidak faham dengan perangai sesetengah orang. Kalau takda kerja dia kata pemalaslah apalah. Dah kerja pun salah. Tidak semua yang bekerja ini adalah tidak berpelajaran ya. Fikirkan kembali. Ada yang mungkin cuti semester universiti atau kerja sambilan sambil belajar. Sedangkan kadangkala insan yang menghina itu sendiri pun tak berpelajaran tinggi mahu menghina orang lain. Kadangkala kita harus cermin diri kita dahulu sebelum nak menghakimi seseorang itu. Mungkin orang yang kita hina itu kadangkala lebih hebat dari kita.

Ibu saya bekerja sebagai banker tetapi caterer part timer dan ayah saya juga former banker tetapi sudah bersara awal kerana ingin menceburi bidang baru iaitu bisnes katering kecil-kecilan. Salah satu perisitiwa yang berlaku ialah di satu majlis nikah ini. Kami mendapat tempahan dan kerja kebiasaan katerer ialah siapkan makanan letakkan dalam tray siapakan pinggan mangkuk semua dan juga bersihkan pinggan mangkuk juga. Ada beberapa orang tetamu majlis ini bersikap sangat tidak beradab terhadap golongan katerer ini. Seperti yang biasa kami dipandang hina dipandang jijik oleh mereka ini. Yela angkat pinggan kotor siapkan makanan semua. Ada sesetengah di antara mereka bercakap dengan ton yang sangat kurang beradab dengan ibu dan ayah saya. “Mana makanan ni???Lembap betula siapkan.” “Kemasla meja ni kotor”sedangkan telah tersedia tempat untuk meletakkan pinggan mangkuk kotor. Bukannya suruh basuh pun. Makan pun free ada hati nak complain kerja orang lain. Prinsip ibu bapa saya ialah mereka hanya akan deal dengan customer not customer’s guests. Ini satu lagi dahla makan free lepastu berlagak makan sikit yang lain buang. Ibu bapa saya banyak kali menceritakan ini kepada saya. Saya berasa amat sedih yela ada orang yang suka membazir ini. Come on la kesiankan orang yang sehari nak makan pun susah. Baik kasi makanan free tu kat mereka dari kasi kepada golongan yang berlagak ini. Bila dapat makanan free mula berlagak mahu complain itu ini. Bila keluar duit sendiri tidak pula complain. Hormat orang lain nescaya orang lain pun akan berbuat yang sama kepada anda.

Last but no least, ya saya hanyala budak hingusan tak tahu apa-apa sangat pun. Tetapi bagila saya peluang untuk meluahkan isi hati saya ini. Bagi saya, kita haruslah hormat pekerjaan orang as long as halalan toyibban. Janganlah pandang mereka kerana rupa, darjat, harta ataupun pelajaran. Pandanglah mereka kerana akhlak mereka, kerana kebaikan mereka, ketakwaan mereka kepada ALLAH SWT. Kadang-kadang kekayaan itu bukan rezeki tetapi ujian. Samada kita guna dengan kebaikan ataupun keburukan. Bila kita mati pun nanti bukannya harta, darjat boleh menolong kita tetapi amalan.

Sekian, Assalamualaikum. Maaf jika terkasar bahasa atau menyingung mana-mana pihak.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit