Jangan Sombong Bila Berada di Atas

Assalamualaikum readers. Sejuk2 lepas hujan ni tiba2 teringat kisah aku dengan pengetua dan cikgu sains aku yg aku rasa readers kena jadikan iktibar. Jangan jadi seperti mereka bila kita sedang berada di atas.

Pertama sekali, aku teringat sikap pengetua aku. Aku bersekolah kat situ masa form 6 je. Pengetua tu memang terkenal dengan gaya ala2 rock dan garang. Al kisahnya, kejadian ni berlaku lepas aku dah tamat belajar. Nak masuk universiti, jadi banyak lah urusannya nak ke bandar buka akaun bank, buat medical check up, dan sebagainya. So, aku ke sekolah dulu untuk buat pengesahan sijil. Tiba di sekolah, pengetua tak ada, sedang bersarapan di kantin. Masa tu dalam pukul 8 pagi lebih kurang. Aku tunggu punya la lama sampai aku jumpa cikgu HEM minta dia wakilkan pengetua untuk sahkan sijil2 aku. Tapi dia tak nak dan suruh aku ke kantin kalau aku berani la. Aku terus turun ke kantin sebab aku fikirkan abah aku kat dalam kereta dah lama tunggu aku. Sampai je kantin, dia tengah sedap makan. Aku cakap lah elok2. Cikgu, sy bekas pelajar sini nak minta tolong cikgu sahkan salinan sijil2 saya. Terus dia jerit kat aku cakap aku tak nampak ke dia tengah makan? Tak boleh tunggu ke sampai dia siap makan? Aku masa tu terperanjat juga bila dimarah macam seorang pelajar yg dah langgar peraturan sekolah. Aku terus naik atas. Bila cikgu HEM dan kerani tanya, aku cakap aku kena ‘sembur’ dengan pengetua, diorang suruh aku sabar je.

Yelah, muka aku tengah tahan air mata kot. Nak dijadikan cerita, ada seorang cikgu tu kira saudara jauh aku lebih kurang, dia beritahu aku yang dia jumpa abah aku dalam kereta. Abah aku beritahu yang aku ni nak buat pengesahan sijil dengan pengetua tapi kenapa tak turun2 lg. Aku pun beritahu lah yang aku da hampir sejam tunggu pengetua siap makan. Saudara aku tu dengan beraninya terus turun ke kantin dan beritahu pengetua yang aku ni dah hampir 1 jam tunggu kat pejabat. Kesian juga kat abah aku yang tunggu lama dalam kereta. Masa tu abah aku tak ada handphone. So aku tak boleh nak beritahu abah aku yang pengetua tengah makan kat kantin. Tak lama lepas tu, pengetua pun naik ke pejabat dengan mengahnya (sebab dia berbadan besar) sambil senyum kat aku. Aku diam jelah dan terus serahkan salinan sijil. Dia tanpa rasa bersalah terus tengok nama aku dan ucap tahniah bla bla bla sebab dapat masuk universiti. Aku angguk saja dan perkataan yang keluar hanya terima kasih sebelum keluar dari pejabat dia. Memang sampai sekarang kalau aku ingat perkara ni, hati aku jadi sakit.

Kisah kedua, tentang cikgu sains sekolah rendah aku. Al kisahnya masa tu aku praktikal kat situ. Kira batch aku ni first batch yang kena buat praktikal. So kami ni main belasah jela nak praktikal kat mana2 pun. Ada kawan2 aku yang praktikal kat pejabat tanah, majlis daerah, sekolah jadi guru, dan sebagainya. Aku pula ambil jalan selamat dan menguntungkan lah. Aku pilih sekolah rendah aku yang memang dekat dengan rumah aku. Jalan kaki tak sampai lima minit. Sebabnya, ak nak berjimat. Kedua sebab cikgu2 yang ajar aku dulu masih ada mengajar di situ. Ketiga, sebab aku memang bercita2 nak jadi cikgu. So aku jumpa la supervisor a.k.a cikgu bahasa aku masa darjah 6 dulu. Aku beritahu dia aku nak ajar bahasa. Dia tak kisah sebab dulu aku antara pelajar kegemaran dia sebab selalu skor A dalam subjek bahasa. Tapi yang sedihnya cikgu2 bahasa yang lain berat hati nak bagi kelas mereka pada aku. Alasannya dah nak ujian. Takut prestasi murid menurun. Aku tersentap juga masa tu. Darjah 4 dan 5 je kot. Ujian, bukan peperiksaan besar kan. Akhirnya, aku diberi kelas untuk mengajar subjek lain, bukan subjek upsr. Aku setuju jela. Aku gunakan peluang tu dengan sebaiknya. Tapi masalahnya, aku selalu jadi perhatian semua cikgu. Ada 1 hari, kelas aku bising. Tiba2 cikgu sains aku lalu dan marah murid2 dalam kelas aku. Lepas tu baru dia cakap, eh sori. Saya tak perasan ada kamu. Aku diam dan senyum terpaksa saja lah. Sepatutnya cikgu2 lain kena lah bagi aku semangat atau tips nak kawal murid, tapi kata2 yang kurang manis yang aku dapat. Nama pun interns kan, kenalah guide.

Hasil perbincangan dari guru penolong kanan (cikgu math aku dulu), aku ditukarkan jadi kerani selepas 2 minggu mengajar. Masa tu aku rasa terhina sangat. Tapi best jugalah sebab kakak kerani tu baik dan sabar mengajar aku kerja2 perkeranian. Aku tak bosan lah, berbeza masa duduk dalam bilik guru, seperti dipulaukan. Satu perkara bila aku dah jadi kerani, mereka pun layan aku macam kerani lah. Satu hari, cikgu sains aku suruh aku fotostatkan beberapa helaian daripada buku dia. Masa tu aku tengah fotostat buku cikgu lain. Aku buat ikut turn lah. Belum siap aku habiskan kerja yang pertama, cikgu sains aku ni datang dan minta salinan yang dia suruh tu. Aku cakaplah belum buat sebab tengah siapkan cikgu lain punya. Terus dia maki aku cakap, lain kali, dengar arahan! Dapat arahan terus buat, lembab! Dia siap warning aku yang murid dia akan datang ambil dan pesan kat aku jangan lambat lagi. Bila dia bla je, aku terus menangis. Yelah, sampai hati dia layan aku macam ni sedangkan dulu aku murid dia, rapat dengan dia. Dan dia marah aku macam aku ni masih murid dia yang gagal dalam peperiksaan. Sejak kejadian tu, aku tak boleh nak maafkan perbuatan dia.

So, tibalah hari guru, guru besar jemput aku ke kantin untuk raikan sama2. Tapi aku sedar diri. Aku cakap aku bukannya cikgu lagi. Kemudian dia jemput aku dan kakak kerani pergi jamuan lepas sambutan hari guru. Aku ikut je kakak kerani tu. Part paling sedih, masa murid2 sibuk cari guru nak beri hadiah, tiba2 aku terdengar bunyi suara memanggil nama aku di celahan tingkap. Rupanya murid yang pernah aku ajar tu cari aku kat pejabat sebab nak beri hadiah. Dan mereka tanya, kenapa aku tak ada kat kantin? Aku cuma cakap terima kasih dan senyum saja. Dapatlah dalam 5 bungkusan hadiah dari murid2 aku masa tu. Minggu akhir aku interns, sekolah buat hari sukan. Sukan besar minggu depannya. So, minggu akhir tu aku bertugas di padang pantau murid2 berlatih. Guru besar dan supervisor aku jemput aku datang masa sukan nanti untuk jadi pengadil.

Walaupun aku tak sabar nak habiskan praktikal kat situ dan tak ingin datang lagi, tapi kesian pula kat guru besar. Minggu depannya, aku datang juga untuk sama2 raikan hari sukan sekolah. Ada cikgu2 yang mula bertanya kenapa aku datang? Kan dah habis praktikal kan? Aku senyum je. Tapi layanan yang aku terima ibarat datang tak dijemput. Aku diberikan sebotol air mineral saja (semua guru / pengadil dapat). Bila tiba waktu makan, semua cikgu dapat makanan dan air sedap kecuali aku dan tiada siapa yang bertanya atau berusaha dapatkan makanan untuk aku. Aku masih tersenyum. Bila acara tamat, aku bersiap2 nak balik. Aku cuba kawal emosi aku dengan bersalam dengan semua cikgu perempuan. Ada lah 2 atau 3 orang cikgu tanya aku dah makan ke belum? Aku cakap tak apa, rumah dekat. Mereka tak ada rasa macam eh, kenapa tak beri aku makanan? Erm, aku terus berjalan kaki balik ke rumah. Sampai rumah je aku terus makan sebab kelaparan sampai abah aku tegur. Kat sekolah tak makan ke? Aku cuma jawab, makanan tak cukup agaknya sebab aku kan dah habis praktikal. Abah aku senyum je dan suruh aku makan sampai kenyang.

Peristiwa ni dah 10 tahun berlalu. Dan sekarang, alhamdulillah. Allah makbulkan cita2 aku untuk jadi seorang guru walaupun cuma menjadi guru di sekolah swasta. Aku cuba jadi guru yang terbaik untuk anak2 didikku. Aku berdoa semoga aku tak jadi macam pengetua dan cikgu sains aku yang terlalu sombong dengan pangkatnya dan tiada adab dalam berkata2. Aku cuba layan semua orang dengan baik walaupun mereka ialah tukang kebun, cleaner, mahupun pekerja kantin. Aku harap readers yang ada pangkat, bergaji besar ni, janganlah memandang rendah kepada orang yang susah atau budak2 baru nak up ni. Ye, awal2 mereka zero, tapi akan datang mereka lah hero. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu. Mungkin mereka yang baru nak up tu lebih baik, lebih berjaya berbanding kita suatu masa nanti.

– Ms Honey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *