Jangan Terlalu Berdikari

Assalamualaikum..
Pertama sekali aku harap sangat yang post ini akan disiarkan. Semoga apa yang aku nak sampaikan ini dapat men jadi ikhtibar buat wanita2 diluar sana. Dan aku jugak berharap kaum lelaki terutamanya suami buka mata,buka hati..

Aku anak kedua,seorang isteri dan ibu yang bekerja. Menang dari kecik aku dengan adik beradik yang lain dibiasakan untuk berdikari sebab mak ayah bekerja kuat mencari sesuai nasi untuk besarkan kami yang ramai ni..Dari sekolah rendah sampailah ke IPTA aku masih lagi berdikari tanpa terlalu mengharapkan duit dari parent. Kalau parent bagi duit,aku terima..kalau terdesak sangat-sangat baru aku bertanya kalau parent ada duit lebih.Maklumlah parent aku kerja kampung.Duit belanja untuk keluarga memang mengais.,Risau kalau aku mintak duit belanja,dia susah hati nak mencari sumber kewangan untuk tambah pendapatan. Dan mindset parent aku,duit pinjaman cukup untuk menampung belanja dr awal sem sampai ke hujung sem.

Habis belajar aku terus mintak kerja kilang,aku tak memilih kerja asalkan ada duit di tangan..Lepas diri aku dan boleh bagi dekat parent pon besar rahmat..Dua tahun aku kerja kilang,aku berkahwin..Suami aku anak sulong,seorang yang lebih brdikari berbanding adik-adik dia yang lain dan seorang yang jenis tak ambil peduli hal orang lain..Kiranya jenis tak kacau orang,buat hal sendiri saja..Jenis happy go lucky tapi slow sangat..Slow dia tu macam apa-apa urusan pon sangatlah lambat nak bagi keputusan,nak bertindak atau nak bergerak..Jenis manusia yang suka “postpone’..

Nak dijadikan cerita,aku ni jenis semua benda nak cepat siap,cepat selesai,tak nak sangkut dalam masalah dan bukan yang jenis “biarlah..kita ikut ja flow dia..” Bagi aku setiap orang Allah SWT dah bagi akal fikiran dan kudrat 4 kerat untuk berusaha nak selesaikan apa saja masalah..Kalau tak boleh selesaikan takapa,janji berusaha untuk selesaikan.Yang itu penting,USAHA.

Tahun pertama kahwin (beberapa bulan selepas kahwin)kami ada masalah duit yang sangat teruk,aku berenti kerja sebab pregnant,suami berenti kerja sebab nak cari kerja lebih dekat dengan rumah.Time tu suami mula bekerja dengan company ayah dia sambil-sambil cuba cari kerja baru..Masa tu kami tinggal dengan mertua..aku yang tengah mengandung time tu selalu pergi checkup sendiri,suami busy dengan kerja..sepanjang 9bulan pregnant suami teman aku ke klinik cuma 3 kali..selebihnya aku pergi sendiri dengan alasan malas tunggu dia yang selalu postpone date nak bawak aku check up sampai nurse bising-bising..Time tu aku tak kisah sebab aku dah terbiasa brdikari dari kecik,dan memang jenis aku tak suka lambat-lambatkan urusan.

Sampailah 3minggu sebelum due date barang-barang baby sehelai pon belum disediakan,mintak duit tapi dia postpone cakap nanti nak pergi sama-sama..Akhirnya aku guna duit nafkah bulanan yang dia bagi untuk beli barang-barang baby yang basic,aku pergi beli naik motor masa tengah sarat mengandung 36minggu lepas balik checkup..Bila dia balik kerja nampak barang baby atas katil terus dia mintak maaf sebab terlupa nak pergi sama-sama..nasib baik dia bayar balik semua harga barang-barang tu..Dan seperti biasa dia janji barang-barang yang belum cukup tu nanti nak pergi beli sama-sama..38weeks aku brsalin,ngam-ngam 3hari selepas shopping barang-barang baby yang tak cukup sendirian,suami bagi duit saja..

Beberapa bulan lepas habis pantang aku nekad cari kerja sebab boring duduk rumah,lepas balik sign letter offer aku terus ronda-ronda kawasan perumahan tanya jiran-jiran nak cari pengasuh untuk anak aku..Aku jumpa pengasuh,deal sendiri harga dan bayaran,siap hantar pengasuh untuk test anak ok atau tak dengan pengasuh..apa aku buat suami aku tak tau,dia cuma tau aku dapat kerja dan akan start kerja seminggu lepas sign offer letter..aku tak sempat nak bercerita pasal babysitter atau apa pon sebab dia busy,busy kerja yang balik pukul 5petang kemudian sambung beriadah futsal la,lepak la,tengok bola la dengan kawan2..balik rumah 11pm ke atas time aku dah tidur dengan anak..time tu aku bising sikit-sikit je sebab aku cuba nak memahami me time dia sebab letih bekerja..selepas 3minggu aku kerja baru dia tanya aku,sapa jaga anak sepanjang aku kerja..pheww..sabooo je la…

Almost 1 tahun lebih aku kerja,aku inform suami yang aku planning nak cari rumah sewa untuk kami anak beranak,nak pindah keluar dari rumah mertua dan cuba hidup sendiri..Suami just cakap ok,jadi bermula la rutin harian aku lepas ambik anak dekat rumah pengasuh kami ronda-ronda cari rumah sewa,tanya orang sana sini..suami tak ambik peduli,dia serahkan 100% dekat aku sebab aku yang rancang..Dapat rumah sewa aku ajak suami pergi jumpa tuan rumah nak deal pasal deposit semua dan deposit 100% dari aku.

Maka bermulalah hidup kami dirumah baru yang aku rasa makin sakit,100% pasal rumah tangga jatuh atas bahu aku..suami just keluarkan duit itu pon lepas aku tunjuk depan hidung dia segala belanja yang aku dah bahagi dua..nak bayar kereta,rumah,belanja barang dapur kering basah,bil-bil semua mintak aku pergi settlekan..makan pakai semua aku ready kan,time tu aku ada jugak merungut penat sebab aku pon bekerja tapi aku buat jugak sebab aku malas tunggu dia yang suka postpone..bayangkan air sampai notis merah sebab tunggu dia bayar,astro 2,3kali kena potong sbb dia lambat bayar,susu anak sampai tahap kering bekas sebab tunggu dia main futsal baru nak pergi beli..last-last aku bawak anak naik motor pergi borong barang basah & susu anak..

Bila aku pregnant anak kedua keadaan makin worst,suami aku pergi teman aku checkup masa nak buat buku merah saja,sampai baby dah nak keluar pon dia boleh postpone nak datang hospital sebab awal lagi baby nak keluar,time tu pukul 2pagi..ingat baby keluar ikut timing office hour agaknya..barang baby semua aku settle dengan gaji aku sendiri..dalam pantang aku keluar pergi market nak beli barang basah sebab peti sejuk kosong..dia pulak postpone beli barang basah sebab nanti tengah hari dia kan balik tapau lauk..dalam pantangkan tapaukan aku sambal ikan keli,nasib baik iman kuat..kalau tidak aku dah ngap lauk tu..

Lepas 6 tahun kawin,aku pon dah ada 3 orang anak..aku tak pernah mengharapkan apa-apa dari suami aku,asalkan dia clearkan nafkah untuk aku supaya bersih rezeki dia dan dia ambik berat pasal kami sekeluarga..bab brdikari masih lagi seperti dulu,aku dah terbiasa semua urusan aku settlekan sendiri..bila aku mintak dia tolong angkat barang dari bonet kereta yang ada ayam ikan sayur,dekat 1 jam pon dia masih belum bergerak baik lah aku angkat sendiri..aku tutup mulut kurangkan membebel,dia dah terbiasa dengan aku yang multitasking buat segala benda..sampaikan 1 tahap,dia tak reti nak bayar bill elektrik sbb kena pakai kiosk mesin tu,lama sangat tak pergi tnb jadi semua system tukar baru pon dia tak tahu…

Bila mintak tolong settlekan apa-apa urusan,dia akan cakap “awk boleh buatkan nanti-nanti pergi lah..” sekarang anak yang sukung dah sekolah,dari daftar sampailah ke ambik hantar dan ambik dari sekolah aku yang uruskan..suami tolong bahagian duit saja..Aku tau aku kahwin dengan dia jadi aku berkahwin dengan perangai dia,dah 6 tahun dah jadi lemak sangat dah nak tukar perangai dia tu..salah aku jugak sebab terlalu menonjolkan diri aku yang boleh settlekan semuanya sendiri..terlalu berdikari sampai dia naik lemak..nak menyesal pon tak dak guna sebab tak dak benda yang nak dikesalkan..bersyukurlah aku yang dia still bagi nafkah,tak pernah naik tangan,tak kedekut duit,cuma perangai yang 1 itu saja tak boleh diubah..

Nasihat aku buat bakal-bakal isteri dan wanita-wanita diluar sana,ada keadaan yang kita boleh berdikari sendiri dan ada keadaan yang kita perlu berpura-pura perlukan kudrat oaring lelaki walaupon kita boleh settlekan sendiri..Andai 1 hari aku pergi dulu,aku berharap sangat yang anak-anak aku tak terabai..Buat kaum suami dan lelaki-lelaki diluar sana,beruntung lah anda dapat isteri yang boleh tolong anda selesaikan hal rumah tangga tapi janganlah menindas kaum kami ini..kami membantu tapi jangan letakkan 100% urusan diatas bahu kami..janji sama-sama nak bahagia sampai syurga tapi ingat ada hati kecil yang kadang terasa seperti dikuli..jangan buli isteri,andai urusan nafkah anda bersih tapi ingatlah menyakiti isteri atau terdetik sikit pon perasaan dihati isteri yang suami itu tidak adil,bagaimana anda nak menjawab nanti di sana??

– Aku Isteri Dia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit