Jatuh Bangun Kita Tentukan

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM.
Terdetik nak kongsi sedikit pengalaman Kak Es semoga dapat jadi panduan dan moga memberi kebaikan buat pembaca sekalian.

Masih tak terlewat untuk Kak Es ucapkan tahniah buat adik2 yang berjaya dalam SPM baru2 ini. Dan buat adik2 yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, jangan terus bersedih. Bangun dan yakinlah jika kita dah berusaha, in shaa Allah ada yang lebih baik Allah nak beri. Ada pelajaran yang Allah nak bagi untuk kita belajar samada kita berjaya atau belum berjaya.

Lebih kurang 14 tahun lalu, Kak Es ambil result SPM. Allahu Akbar, result Kak Es mengecewakan ibu ayah Kak Es. Kak Es dapat 4A 4B 4C. Abang sulung Kak Es dapat 6A setahun sebelum tu, jadi ibu ayah mengharapkan Kak Es dapat lebih baik kerana Kak Es bersekolah di sekolah berasrama penuh, PMR 8A, UPSR pun 5A. Kak Es masih ingat sampai sekarang 2 minggu ibu tak bertegur sapa dengan Kak Es. Ibu Kak Es pernah sekali dua bandingkan keputusan periksa Kak Es (dari sekolah rendah) dengan jiran, saudara, dan kawan2. Jadi bila Kak Es dapat result SPM tu, umpama tamparan bagi ibu. Dia sangat kecewa. Kak Es pun hari2 berkurung dalam bilik. Menangis sedih sebab result tambah sedih bila ibu tak memberi sokongan.

Satu hari Kak Es masih ingat, ayah Kak Es masuk bilik dan meletakkan tangannya ke atas kepala Kak Es (setiap kali teringat saat ni, air mata Kak Es akan menitis). Ayah Kak Es cakap, “Tak pe kakak, kakak dah cuba yang terbaik”. Sejak itu, Kak Es tekad nak gembirakan hati ibu ayah.

Kak Es dapat masuk asasi (panggilan ke 2). Masa tu hubungan dengan ibu masih renggang. Masuk asasi 2 tahun Kak Es tidaklah cemerlang, tapi Alhamdulillah dapat pointer dalam 3.3-3.4 (tak ingat dah). Sambung masuk IPTA di tengah ibu kota. Masa ini jurusan kami diberi 8 pilihan pengkhususan. Jadi Kak Es pilih jurusan yang nama dia gahla yang ramai pilih. Tapi Allah dah aturkan Kak Es dapat pengkhususan yang Kak Es pilih akhir sekali (pilihan ke 8).

Masya Allah, percaturan Allah. Sepanjang di IPTA, Kak Es memang terus bangkit. Selepas tamat ijazah sarjana muda 2007, Kak Es sambung jurusan Sarjana dalam bidang yang sama dan Alhamdulillah tamat pengajian pada 2010. Tiada yang lebih bahagia dan gembira melihat senyuman dari ibu ayah tatkala melihat anaknya berjaya.

Dan kini, Kak Es sedang berjuang menghabiskan pengajian doktor falsafah dalam bidang yang sama. Mohon doa ye semua. Sesungguhnya perjalanan dalam menghabiskan PhD ini sangat mencabar (dengan kehidupan berkeluarga, anak, keluarga mertua, supervisor, kewangan,dll). Namun tiada lain yang Kak Es minta, selain menggembirakan kedua ibu ayah, semoga ilmu yang ditimba dapat membantu umat manusia sekalian.

Akhir kalam, apa Kak Es nak tekankan di sini:

1. SPM adalah penentu jurusan/bidang yang kita nak di IPTA. Tapi ia bukanlah penentu masa depan kita
2. Jangan putus asa, sekali terduduk, bangun. Jika tersungkur sekalipun, kuatkan azam dan bangun balik.
3. Mohon doa ibu ayah. Tiada yang lebih berharga selain dapat menggembirakan dan membalas jasa mereka.
4. Jangan angkuh jika sudah berjaya kerana Allah akan menguji kita pada apa yang kita kuat. Jadi teruskan berdoa dan mohon diberi kekuatan pada Allah.

Sekian, maaf jika tersalah kata.

Kak Es

– Kak Es

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *