Jerat Percintaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM. (ceh, skema mcm nak buat ucapan dkt atas pentas, hahahaha)

Percintaan itu sungguh mengasyikkan buat seorang perempuan dan lelaki. Masing2 rasa disayangi, menyayangi. Bila bercinta, semuanya nampak indah. Semua nampak sempurna. Itulah sebenarnya tipu daya syaitan untuk menyesatkan kaum nabi Adam as. Dan aku, salah seorang dari mangsa jerat percintaan tersebut.

Waktu sekolah, aku tak pernah melayan mana2 lelaki yg cuba utk mendekati aku lebih sbg sorg kawan. Sebab aku fikir benda tu cuma buang masa. Lepas habis sekolah, masing2 akan bawa haluan masing2. Aku sangat percaya dengan cinta monyet. Cinta yang sia2 di zaman remaja. Ya, ada yg bercinta zaman sekolah smpai berkahwin. Tapi jarang2 berlaku. Kan? Sebab tu aku sangat amaze kalau tgk pasangan yg brcnta dr sekolah smpai kawen ni sbb aku tahu, bukan senang perjalanan cinta itu.

Jadi, kisah cinta aku bermula bila aku masuk ke universiti sebab time ni rasa dh dewasa. Dh smpai ke menara gading katakann. Hahah. Waktu aku jumpa bf aku masa tu tinggal lagi 3 sem je sebelum graduate. Berdating la kami dgn alasan nk study sama2 sebab banyak subjek sama yg kami ambik. Tapi rasanya xbanyak pon yg masuk bila study sama2 tu sebab mungkin Allah tak redha. Study sambil pegang2 tangan, kau ingt dapat ke masuk ilmu tu? Ya Allah menyesal nya aku rasa smpai skrg.

Itu part study sama2. Dalam universiti. Bila hari mnggu or takde kelas, berdating la kami kat luar since ada kemudahan kereta sendiri. Keluar pagi, balik tengah malam. Dah termasuk dalam jerat percintaan bila lama2 dia dah mula pegang2.. Faham2 lah sendiri. Makin lama, hubungan makin erat, makin sayang. Macam dunia ni kami yg punya. Semuanya indah. Tapi kami dah jauh tersasar. Tapi syukur, belum sampai ke tahap spt suami isteri. Allah masih bagi kami iman. Kami sedar, setiap kali lps seronok, pasti ada rasa menyesal, berjanji tkkan buat lagi. Tapi bila dah jumpa depan mata, pasti nafsu yang menguasai. Terpedaya dgn tipu daya syaitan.

Setiap kali keluar dating, kami tak pernah tinggal solat. Kami solat di masjid atau surau tapi mungkin solat kami tak sempurna sbb lepas tu kami masih lg bergelumang dgn maksiat. Astaghfirullahalazim. Aku rasa sedih sangat lps buat semua tu tapi bila rindu, bila jumpa, pasti perkara itu akan berulang. Kami memang rancang utk kahwin. Keluarga pon dah kenal satu sama lain. Tapi masalah kewangan menjadi halangan memandangkan kami belum ada pekerjaan yg stabil dan juga disebabkan budaya serta mentaliti keluarga yg tak benarkan kahwin sblm ada pekerjaan yg baik.

Makin meningkat usia kami, makin lama hubungan kami, kami mula matang dan lebih berusaha utk tinggalkan segala kemaksiatan itu. Aku akui, susah utk kami ubah semua tu. Dari keluar berpegangan tangan, pegang sana sini, dari bergayut berjam jam dan sebagainya. Tp kalini aku betul2 nekad utk ubah semua tu. Mungkin disebabkan hal2 itu kami susah utk capai apa yg kami impikan. Susah utk Allah makbulkan doa2 kami. Dan kini, kami masih dalam perjuangan untuk mengubah semua tu. Doakan kami utk jauh dr semua itu dan terus kuat dalam perubahan kami.

Pesan aku, kalau belum mulakan, jgn mulakan. Bercintalah secara halal. Ya, tak mudah semua tu. Tapi yakinlah dengan kesenangan selepas itu. Kalau dah mulakan, aku berdoa agar kita semua dapat sedar sebelum terlambat. Dan cari penyelesaian. Kalau tak ada masalah dan dah boleh bersedia memikul tanggungjawab, segerakanlah perkahwinan. Jika masih belum mampu, janganlah mendekati semua perkara itu. Percayalah, “couple” itu ibarat dadah. Sekali kau terjebak, susah utk kau keluar. Semua ni bermula dgn hanya berpegangan tangan dan kemudiannya melarat. Jauhi la. Please.

Doakan aku dan dia mendapat pekerjaan yg lebih stabil dr sekarang utk masa depan kami dan dapat berkahwin. Doakan kami dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segala urusan..

Doa ibarat kata2 yg melantun. Kita doa kpd seseorang itu, dan malaikat akan berdoa utk kita juga. Semoga sentiasa dalam rahmatNya.

Terima kasih.

– Arabella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *