Jimat Gaya Gaji RM1600

Pengurusan kewangan sangat la penting. Lagi la dalam zaman ekonomi yang sedia maklum ni, lagi la nak kena control kewangan. Aku tahu ramai yang da cakap pasal tips pengurusan wang ni. Memang lebih kurang je sama dengan yang lain-lain. Tapi, aku nak korang baca tips dari seorang yang bergaji RM1600 sebulan yang hidup di Kuala Lumpur.

1) Jangan pergi ke shopping mall. Jangan tengok iklan. Jangan termakan dengan sale. Dengan cara ni korang boleh elak daripada nampak barang cantik-cantik yang boleh meragut wang korang yang sikit tu.

2) Guna pakej internet yang paling murah sekali. Cukup la korang dapat online sekali sekala untuk jengah fb ke twitter ke. Lagipun dekat office ke, university ke, ada wifi kan.

3) Jangan tengok Instagram instafamous atau artis. Kenapa? Sebab korang akan terdorong untuk jadi macam mereka. Korang kena faham, dalam bank diorang duik berkepok-kepok. So, daripada makan hati, maka kurangkan penggunaan media social ni.

4) Sekali sekala makan sedap sikit tu, boleh la. Tapi biasa kan lah control nafsu korang nak makan sedap. Sebab tu, aku suruh elak korang daripada tengok iklan.

5) Jangan selalu keluar kalau tak de urusan yang penting. Sekali sekala tu boleh la. Jap lagi, gila pula duduk rumah kan. Sebabnya, dapat la jimat duit minyak. Minyak ulang alik pergi kerja pun kalau naik motor, ada la dalam RM100 juga.

6) Elakkan berhutang. Tak kisah la hutang dengan siapa. Tak payah advance-advance duit gaji tu. Sebab hutang bersamaan dengan kau mencuri duit kau sendiri pada masa hadapan. Tak de beza.

Macam mana aku bahagikan duit aku? RM1600 memang la tak cukup. Jujur. Tapi cukup lah untuk survive. Mungkin ada yang kata buat la part time, business bla bla bla.. Tak semua orang ada passion and skill untuk buat semua tu. Kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu orang tak boleh nak buat macam yang korang cadangkan dan mereka hanya boleh bergantung pada duit gaji mereka sahaja.

1) Benda utama adalah tempat tinggal. Bilik. RM200
2) Pengangkutan. Guna alternative paling jimat. Biarpun kena guna tenaga dan perlu bangun awal. Aku kena jalan kaki tunggu bas. Aku naik bas free. Nasib baik ada perkhidmatan bas free. Then aku kena naik LRT. Amount RM2. Kalau guna touch and go ada discount 20sen. RM100
3) Komitmen ASB. RM200
4) Loan study. RM150
5) Parents.RM100
6)Tabung Haji. RM100
7) Internet. RM50
7) Keperluan diri macam barang mandian dan sewaktu dengannya. RM100.
8) Makan. Aku bajet 1 hari RM10 sahaja makan setiap hari. RM300
9) Entertainment dan lain-lain. RM50. Contoh kawan ajak tengok wayang ke, nak beli hadiah kawin kawan ke, sedekah. Kalau tak guna, masuk tabung untuk bring forwad. So bila asyik tak guna je, guna la untuk makan sedap-sedap ke, belanja family ke. Nak beli baju baru ke.

Ada lagi baki RM250. Ni simpan dalam ASB untuk emergency, deposit rumah, kahwin. travel, shopping (bila target amount sampai)

Kalau korang ada hutang yang terdahulu, settle kan hutang tu. Bukan la bayar lump sum. Buat jadual bayaran balik. Bila korang buat jadual, korang akan nampak bila korang habis bayar. Bila tahu bila habis bayar, so korang tahu mana nak tambah dekat part saving ke, boleh tambah lagi duit nak bagi parents tu.

(Ni adalah pembelanjaan masa aku zaman bujang, 2016. Kalau zaman da berkahwin ni, lain sikit perbelanjaannya.)

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit