Jom Tinggalkan Rokok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,pertama sekali aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih jika cerita aku ini tersiar.Aku sebenarnya jarang menulis,sekadar suka membaca luahan & pengalaman rakan – rakan page ini sahaja.Aku juga kadang2 menulis bagi menghilangkan kebosanan di dalam hati sahaja.Hari ini aku ada masa free,aku ingat sambil sambil tgh mencari idea,aku ingin berkongsi tentang rokok & seseorang yang berjaya buat aku hilang ketagihan terhadap rokok dan bagaimana cara yang dia buat smpai aku rasa bebas dari benda tu.

Pertama sekali,biar la aku perkenalkan diri aku dulu,aku dikenali sebg M sahaja.Aku ni adalah perokok tegar la jugak,aku rasa aku start hisap rokok adalah kerana pengaruh rakan sebaya,Aku start hisap masa form 2 masa bersekolah di sekolah berasrama di Pantai Timur.Sekolah aku pada masa tuh sekolah lelaki sahaja dan kebetulan aku pulak memang dari form 1 smpai habis spm tinggal di asrama sahaja.

Permulaan nak hisap rokok tuh paling aku xboleh lupa,apabila berkumpul dalam kelas lepas abis waktu sekolah dan adalah dalam 5 org je rakan2 rapat, mencabar aku hisap sepam dua.Kalau tolak kan kata bukan geng pula,ptot la org kata,ni la contoh teladan yang tidak elok rakan sebaya…
Masa mula2 hisap boleh tahan pening la jugak,masa tuh rokok yang dihisap tidak silap rokok Samporna Putih.Masa ni zaman rare,masih wujud rokok Dunhill 7 btg & 10 btg sekotak…..haha

Hari demi hari,lama kelamaan ,aku rasa dalam seminggu adalah rokok dunhill 10 batang tuh abis la jugak time duk asrama,tu pon hisap curi2 di tandas atau atas syiling asrama.Masa ni nak hisap rokok punya la payah,kalau kantoi dgn senior atau cikgu warden naya saja,kang xpasal2 kene penampar atau digantung sekolah.Aku rasa semua perokok mempunyai pengalaman yang sama,kalu kantoi memang makan xabis la,konform kene bantai…haha.

Masa form 4~5 ,masa ni adalah zaman kiteorang berkuasa bebas,masa ni dalam dorm pon hisap rokok tanpa rasa takut pon ,duit biasiswa abis macamtu je gara – gara nak hisap rokok.Masa ni semua rokok aku dah try termasuk la gudang garam semua.Tapi alhamdulillah,nasib baik hanya rokok je yang aku kenal pada masa tu sebb pada ada lagi yang hardcore,hisap kuda je dalam dorm yang kosong!
Dasyat x sekolah aku,sekolah mana biar la rahsia….

Habis saja sekolah menengah sambung kejap p form 6 selepas itu terus masuk poli.Masa ni ketagihan terhadap rokok sungguh kuat smpai kalau hisap rokok tanpa makan pon xpe.Duit PTPTN dihabiskan pada rokok semata2.Tiada istilah beli sebatang2 atau satu kotak satu kotak,tapi beli sekaton terus buat stok!Masa ni dalam poket ada dua kotak rokok,belah poket kanan satu winton putih dan belah poket kiri ada gudang garam 16 batang.Aku ni ada hobi memancing,patot la kadang kalu masa mancing,dua kotak rokok pon boleh habis pada satu satu masa.

Tamat poli aku terus sambung u,masa ni ketagihan dah teruk sgt,dalam sehari satu kotak pon leh habiskan.Rokok pada masa ni campur2,kadang2 ada gudang garam kadang2 hisap rokok John Merah.Masa ni rokok dah naik rege,mana nak hisap dah rokok mahal2 mcm dunhill…haha
Masa kat u ni nak simpan duit buat makan pon susah,bajet dalam sebulan sekurang kurang nya habis la dalam rm300~400 untuk rokok sahaja.Allahu,kerana rokok sanggup xmakan semua,kalau ingat balik tetiba rasa menyesal pon ada,kalau la masa ni boleh berhenti rokok kan lega sikit tentang belanja semua… :(

Ke masa depan terus,yang ni masa time dah kerja,adalah kenal seorang awek ni.Awek ni boleh dikatakan cantik la jugak tapi ntah kenapa aku macam xberminat pada mulanya.Dia sangat2 xsuka pada lelaki yang merokok.Nak dijadikan cerita,dia tetiba boleh boleh pulak terpikat dekat aku.Apa yang dilakukan bila dapat tahu aku ni perokok tegar adalah tersangat la mudah.

Pertama sekali die bertanya pada aku dulu,ada pernah berniat nak berhenti rokok ke x?
Memang la aku nak berhenti,sapa yang xmahu behenti rokok kan?
haha..

Korang kenal x nikuitin yang duk iklan kat tv ? tau x nikuitin harga dia dalam rm6.70 sahaja sepeket??.Hah,benda tuh la aku dipaksa telan hari2 smpai berhenti…haha…
Hari pertama aku makan ( lepas kene paksa ),muntah2 & sakit kepala yang amat.Kadang2 aku makan sambil hisap rokok.
Tips dia pula ko jgn lepas makan nikuitin ko rasa ko xpayah dah hisap rokok,tuh silap info.
Bila ko makan nikuitin,kalau ko rasa nak merokok ko teruskan jela merokok.Ko kene kurangkan,bukan berhenti terus.Contoh macam aku,sekotak satu hari,bila kene paksa makan,sekotak dua puluh tuh jadik 17 batang je hisap hari tuh.Itu adalah suatu kejayaan dah!

Masuk hari kedua dan ketiga sama jugak.hari keempat kene paksa lagi makan nikuitin,hari keempat sama jugak.Hari kelima aku xmakan pon nikuitin,nak muntak pulak rasa..haha..
Masuk hari2 seterusnya bila dah kene paksa tiap hari,akhirnya rokok yang dihisap makin berkurang dan berkurang.Masa ni dah beli macam2 ubat tambahan yg lain dah,semua free of charge sahaja asal aku berhenti merokok bermula dari gula2 berhenti rokok,ubat sapu kat leher & mcm cwee gum semua masuk dalam tekak dah masa ni…
Masa ni nikuitin dia dah beli sekotak,alasan boleh tahan sampai sebulan.Padahal xabis2 pon,sekotak dalam rm 64.90 xsilap,ni aku ambik bagi kat member2 aku suh try…haha

Berkat usaha gigih kene paksa walau hati xrela,akhirnya aku sndiri rasa sedikit sebnyak lagkah lagkah ini berjaya.Dulu ada sekotak rokok dalam poket buat hisap,lepas kene paksa,sekotak rokok masih ada dalam poket,tapi sekadar ada jela..:)
Bila ko dah berhenti rokok ni,ko jgn rasa tertekan pula bila mana ko masa duk sembang2 sesama kawan2 kat kedai kopi,ko mcm rasa kesunyian,xtau nak buat apa,biasa sembang2 mesti la kene hisap rokok kan…jeng kejap ….
Ko jugak jgn rasa pelik bila ko asyik mimpi tgh hisap rokok waktu tdr..yang ni dari dulu smpai sekarang duk termimpi2…nak bgtau betapa susahnya ko nak hilangkan semua ini…

Tapi……..
ini semua ni cerita 6 tahun lepas,skrg aku dah bebas sepenuhnya dari rokok daaa…
dan awek tadi dah jadik wife aku dah,sbb besar jugak jasanya pada aku walau aku xpernah bgtau apa jasa dia yg terbesar pada aku selain melahirkan anak2 kami.Aku bertuah sebab kenal dia dan aku kagum dengan cara dia paksa aku.

So last skali apa yang aku nak pesan pada mereka2 yang nak berhenti rokok walau tips ni biasa saja ;
– Ko sendiri kene pasang niat nak berhenti,kalu ko sndiri xde niat,buat la macamna cara pon,ko tetap xkan berhenti rokok,percayala.

-Ko kene kuatkan semangat,malas nak guna cara lama,buat cara mcm aku ni ha,guna ubat nikuitin shaja dari malas nak pk cmne nak buat smpai berhenti.

-Ada org sanggup paksa ko giler2 paksa la.Bukan senang nak carik org yang sanggup paksa suh makan benda alah ni semua.Yang ni bergantung pada siapa yg paksa ko la.Kalu garang cepat sikit la nak benti..haha..
pada isteri2 tuh,kalu nak berkeras sikit pada suami aku rasa sedkit susah sebb ada yg dah kawen lama..
pada yg xkawen lagi tuh,bgtau n paksa teman lelaki anda kow2,yg ni ada can sikit nak berhenti…
Masa diorang kata nak berhenti lepas kawen ko jangn percaya sgt,itu semua bohong sahaja…he

-Akhir skali ko reha dan berdoa banyak2 la,ko dah usaha mcm2 dah,serahkan sahaja jalan yang last kepada Tuhan.Berdoa juga perlu kalau nak berhenti rokok.

– Tips aku xbanyak tapi cara tuh banyak….
Berhentila rokok,rugi duit semua ini..
badan xsihat,kalu yg dah kawen wife & anak2 pon ada effect..
berfikir la apa akan jadik pada masa depan,esok lusa sape tahu tetiba org yg ko syg kene penyakit berkaitan rokok yang ko hisap.Masa ni nak mnyesal pon xdak guna dah..

Sekian sahaja coretan tuk kali ini..
Semoga berjaya..

– Mu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit