Jual Nama Mak Pada Allah

Assalamualaikum semua. Haiii. Semoga hari anda semua baik-baik saja. Aku nak kongsi apa yang aku rasa dengan korang je. Mungkin sebagai panduan dan pengajaran dalam melahirkan rasa syukur. Juga untuk sama-sama bermuhasabah diri.

Hari tu, masa aku layan Twitter, aku terbaca 1 quote ni, ‘jual nama mak pada Allah supaya doa kita mudah dimakbulkan’. Then aku pun baca thread tu sampai habis. Contohnya di sini, bila berdoa nak kaya, doalah begini: ya Allah, kurniakanlah aku kekayaan yang melimpah-ruah agar aku dapat berkongsi pemberianMu bersama ibuku. Ini contoh je. Ikut kau oranglah nak doa minta apa-apa pun.

Si polan tu juga turut menyatakan sebuah kisah pada zaman nabi, iaitu, seorang sahabat nabi dapat isteri cantik walhal beliau seorang yang hitam dan miskin orangnya. Orang lain tertanya macam mana dia boleh cari isteri jelita macam tu? Dan sahabat nabi ni beritahu dia selalu berdoa pd Allah agar diberikan pasangan yang mampu menyejukkan mata ibunya yang memandang.

Aku tak tahulah apa taraf kisah tu, mungkin rekaan je, atau betul. Tapi aku tak menafikan yang memang betul pun keajaiban berdoa guna nama mak ni. Okay ni kisah aku pulak.

Aku amalkan berdoa petik nama mak aku ni masa sekolah lagi. Sebab? Aku kesian kat mak kerja menoreh getah, penat dia. Aku selalu tolong dia mengutip getah dan aku selalu menangis sensorang sebab penat. Dari situ aku tahu mak aku penat cari rezeki untuk aku. Masa tu aku Form 5 nak ambil SPM, jadi aku berdoa sungguh sungguh nak result cemerlang dan membanggakan mak aku. Alhamdulillah aku dapat result 6A, dan mak aku memang happy bila tahu.

Bila dah habis sekolah, aku runsing nak kerja pulak. Jadi, aku berdoa sungguh sungguh lagi nak kerja kerajaan (ini harapan mak aku) dan aku nak tinggal bersama mak aku supaya aku dapat jaga dia, dapat jadi peneman dia. Dan 3 tahun lepas, Allah dah makbulkan doa aku tu. Aku sekarang kerja kerajaan dan tinggal dengan mak aku. Alhamdulillah.

Next, mak aku selalu cakap yang dia teringin nak duduk rumah sendiri. Taknak menyewa dah. Kami takde harta langsung di sini. Rumah sewa sejak dari dulu, so selalu je berpindah-randah. Penat berpindah ni sebenarnya. Lagipun, bila-bila masa je kami boleh dihalau kalau tuan rumah tak suka.

Bila mak aku cakap macam tu, aku terus berdoa pula nak sebuah rumah baru yang selesa untuk mak aku. Dalam tempoh 3 tahun aku kerja ni, akhirnya awal Januari aku dapat tawaran beli rumah dan sekarang dalam proses apply loan. Mak aku adalah orang yang paling gembira sekali. Aku dah berniat nak deko cantik cantik bilik mak, nak pasang aircond untuk keselesaan dia. Mak aku pun dah berangan nak beli pasu dan menanam kat rumah baru. Alhamdulillah, antara aku 5 beradik, aku orang pertama berjaya beli rumah.

See? Semua yang aku hajatkan alhamdulillah dikabulkan Allah. Aku memang berhajatkan ini semua untuk mak aku. Memang takde niat lain. Lepas terbaca je quote tu, terus terfikir memang betullah doa kita mudah dimakbulkan bila diselitkan nama mak ni.

Now, aku masih bujang. Of course aku ada impian nak kahwin. Tapi takde pakwe. Dalam masa yang sama, aku sambung belajar untuk degree. Niat aku sekarang ni, nak dapatkan degree, naik jawatan lebih tinggi supaya aku dapat senangkan mak aku. Aku nak mak aku rileks je kat rumah tak payah buat kerja just enjoy her hobbies, or watching TV all day. Haa gitu. Nak mak aku rileks je, dari muda dia dah penat.

Berbalik pd jodoh tadi, aku ni bukanlah tahap tak laku sampai takde orang tanya. Ada je. Memandangkan aku anak bongsu, aku tanyalah pd mak aku adakah dia berat hati nak bagi aku kahwin. Mana tahu jodoh aku tertahan sebab dia tak redha berpisah dengan aku. So, mak aku cakap tak. Dia okay je kalau aku kahwin. Aku tetiba terfikir jodoh aku nanti adalah hasil carian terbaik mak aku, haha. Semoga aku akan suka dengan pilihan mak aku andainya begitu takdir jodohku, cewaahhhh hehe. Okay okay serius.

Aku pun dah niat jugak lepas beli rumah ni, andai ditakdirkan jodoh aku sampai; kalau aku ikut suami dan dia tak benarkan mak aku ikut sekali, mak mak aku akan terus tinggal di rumah yang aku beli tu.. Kalau suami ikut aku, kami akan duduk bersama dengan mak. Sebab itu harta aku, harta sebelum kahwin so suami aku tak berhak campur tangan. Emm, ada tak agaknya orang boleh terima syarat aku ni?

Disebabkan hal ini jugalah, sekarang aku selalu terdetik dalam hati berdoa supaya Allah berikan aku seorang suami yang terbaik dari sisiNya. Seorang suami yang mampu bersama aku menjaga dan menyayangi mak aku. Aku memang niat nak jaga mak aku selagi dia nak tinggal dengan aku lah huhu. Manalah tahu kot nak berubah angin tinggal dengan adik beradik aku yang lain ke. Terkadang aku fikir macam takut nak kahwin sebab risaukan mak aku sensorang. Adik-beradik yang lain memang tak nampak jalan nak jaga mak aku. Semua tinggal jauh belaka.

Aku sebagai manusia mestilah berkeinginan nak nikah, nak ada pasangan, nak ada anak-anak. Cuma sekarang aku harap Allah hadirkan suami yang terbaik untuk aku, untuk mak aku, untuk keluarga aku. Aku sayang mak aku dan aku nak yang terbaik untuk dia.

Btw, aku dapat beli rumah agak jauh dari tempat kerja. Tempat lama aku jugak sebenarnya sebelum berpindah ke tempat sekarang. Aku masih tercari lagi hikmahnya kenapa dalam banyak banyak tempat rumah aku mohon, aku dapat kat tempat J tu. Mungkinkah ini adalah aturan Allah untuk aku bertemu jodoh di situ? Hahaha i dont know. Perancangan Allah sangat banyak kejutan untuk kita semua.

Apa-apa pun, ini semua adalah rezeki dari Allah. Atas keyakinan masing-masing. Aku dah amalkan berdoa benda ni lama. Bukannya hari ni aku berdoa, esok terus makbul. Tapi tak mustahil. Aku punya doa ni, jangka masa panjang. Jangka masa pendek ada jugak, contohnya nak cantik dan serikan muka, nak kurus langsing( of course berusaha juga ke arah itu ). Sebab muka aku banyak parut jerawat jugak, badan agak berisi so mak aku macam selalu complaint. Aku pun niat dan berdoa sekarang ni untuk melawa supaya mak senang hati tengok aku, huhu. Harapnya makin berseri lah lepas ni supaya sejuk mata mak aku memandang :)

Apa-apa pun, ingat pesan aku, berbaktilah pada mak ayah selagi mereka masih hidup. Berusaha senangkan hati mereka. Niatkan apa-apa yang kita buat ni untuk mereka, inshaAllah, Allah akan lorongkan kita ke jalan terbaik.

– Nutella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *