Kaitan Pornografi dan Otak

Assalamualaikum kepada semua pembaca confession yang membaca artikel aku sekarang ini. Terima kasih jugak buat admin Confession andai artikel aku ini disiarkan pada awam buat kali pertamanya. Perkenalkan nama aku N, orang panggil Kechik, Kedahan, 22 tahun, baru mula berkarier selepas bergraduasi hujung tahun lepas. Bekerja di balik tabir di sebuah hospital swasta. Confession ini asalnya banyak ‘vocab’ yang tak bagus untuk ‘beginner’ yang baca pasal ini. Andainya ada ‘vocab’ terlepas tuh, maafkan aku . Tolong maafkan aku jugak andai confession ini terlalu panjang dan nampak seperti ‘Don’t teach fathers and mothers to make babies’. Sebab semua orang rata-rata tahu tentang mak nenek ‘benda’ ni. Dan aku budak baru dan masih belajar tentang zaman kemuncak nafsu ini. Cukuplah aku perkenalkan diri aku untuk anda semua sebagai salam perkenalan. Teruskan membaca artikel sampah aku ini.

Sebenarnya aku malu nak cerita bab ini pada anda semua walaupun ada yang ‘open-minded’ untuk baca artikel aku ini. Dan aku sebagai lelaki, alhamdulillah, masih ada lagi rasa malu untuk kongsikan masalah ini kepada orang awam. Straight to the point, budaya pornografi sangat-sangat kritikal dan serius untuk dibendung, tambahan pula zaman serba canggih dengan dunia tanpa sempadan pulak. Serba fitnah semua tuh. Peringkat umur untuk terjebak dalam kancah ini, umur pertengahan umur sangat majoriti, jantina? Kaum Adam la juaranya, tapi tak disangkal pula untuk kaum Hawa untuk berlepas diri daripada masalah ini. Memang ada kaum Hawa yang terjebak tapi boleh dikatakan minoriti lah sebab jarang nak tonjolkan diri di khalayak awam. Tapi yang ramai pulak yang terjebak bila artis lelaki ‘handsome’ bersuafoto tanpa baju sambil menayangkan susuk tubuh jantan mereka. Dan majoriti yang memberi komen pada gambar tersebut tuh, Kaum Hawa lah, termasuklah makwe orang, bini orang, janda orang, gaybond orang, semualah. Itulah masyarakat kita hari ini dan itu pun satu bentuk seksualiti halus untuk mata mereka. Harap dijauhkanlah. FULL STOP.

Sekilas sains sekejap. Secara fisiologinya, otak adalah organ bahagian tubuh yang paling istimewa yang ada pada manusia. Sekarang, angkat tangan anda dan letakkan pada dahi anda. Di bahagian depan dahi anda, terletaknya Pre Fontal Cortex(PFC). Ianya hanya ada pada manusia menurut Jordan Graffman. Dengan adanya, PFC ini, ianya dapat membezakan kita dengan haiwan. Apa yang ada pada PFC ini? PFC dirancang sebagai pengawalatur etika manusia antara baik dan buruk. PFC juga sebagai pemimpin, bertanggungjawab untuk memberi tumpuan, mengawal diri, mengatur diri dan merencanakan masa depan. PFC ini merupakan bahagian otak yang cepat rosak andai belum matang sepenuhnya sekiranya pada awal usia 12 tahun. Otak ada satu sistem yang mengaktifkan bahagian dalam otak dengan adanya salah satu bahan kimianya, DOPAMIN. Dopamin, inilah bahan kimia yang dirembeskan saat kita berasa senang, selesa dan ketagihan. Itulah fungsinya.

Otak manusia yang belum matang pada peringkat awal usia, perlu dielakkan daripada melihat perkara yang menyebabkan ketagihan, umpamanya , gejala pornografi. So,aku baru boleh masuk dengan tajuk besar dia. Peringkat awal usia, apa yang dilihat, dipertontonkan oleh matanya serta akan sentiasa mengingatnya ke dalam sistem otak.Sistem otak ini boleh diumpamakan projektor tayang semula pada apa yang mata kita fokus dan selalu diulangi. Tanpa disedari, sistem otak akan merembeskan bahan kimia, DOPAMIN yang terlampau banyak sehingga susah untuk dikawal. Akibatnya, bila otaknya selalu merencanakan DOPAMIN yang selalu tinggi, manusia akan mencari lagi sesuatu yang makin membuatnya senang dan keseronokan seterusnya akan menyebabkan ketagihan dan akhirnya melakukan onani. Senang cakap, melancap la orang kedah cakap, andai dah terlampau berhalusinasi seksual. FULL STOP.

Daripada pengalaman kawan-kawan aku yang sempat berbual pasal keseronokan ‘benda’ ini, kononnya mereka puas dengan cara mereka sendiri dan imaginasi sendiri walaupun masing-masing sudah berpunya mahupun yang sudah berkahwin. Kadang-kadang yang si tukang dengar ni pun terbabas jugak sebab dok berkhayal dengan rakan sebaya. Benda dah terlalu ghairah,kadang-kadang terbabas jugak. Haaaa, itulah pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat berimaginasi. Tapi bila ada masalah, mulalah tanya aku, macam mana nak kurangkan tabiat melancap ni? Dekat Farmasi,ada jual tak ubat nak ubati masalah ni?

Aku pun serba salah jadinya kalau tak tolong kawan sendiri. Sebab aku pun orang awam macam anda semua, iman cuma sekeping ja di dada. Tapi aku masih lagi terkawal walaupun masih terbabas menyembang dengan ‘puak-puak’ ni. Kalau kawan-kawan aku tanya pasal penyelesaian, aku senyap ja sampaikan susah nak beritahu jawapan utama untuk solusi ni. Aku bukan senyap ja sampai kesudah tak tahu jalan penyelesaian. So,aku ‘research’ la jugak confession lain berkaitan ini untuk sama-sama kuatkan hujah masing-masing. Dengan tips yang aku tak seberapa ini, mungkin dapat bantu kawan-kawan aku dalam masalah ini ataupun awak-awak yang membaca artikel ini.

Dan hari ni aku kongsikan pada awak semua walaupun ada yang katakan ia terlalu ‘cliche answer’ untuk solusi ini. Ada satu jawapan awal dan satu jawapan kecemasan saat terdesak serta beberapa tips atau trik yang lain. Nampak mudah bagi anda semua yang tak menghadapinya tapi nampak seribu kekusutan untuk orang menghadapinya. Untuk pesanan awal untuk kawan-kawan aku tuh, jagalah pandangan mata kerana daripada mata;ah boleh turun ke hati. Hati itulah yang nak merencanakan tingkah laku anda semua macam mana. Andai dah terjaga dah mata tuh, terpandang jugak untuk beberapa ketika, anggaplah untuk awak-awak semua dan berpaling ke arah lain. Kalau dah terpandang dan berpaling semula ke arah yang sama, memang boleh berdosa sahaja mata awak-awak semua. Aku ‘highlightkan’ jawapan awal untuk semua kaum Adam dan Hawa untuk menjaga pandangan supaya masing-masing menjaga mata.

Buat yang perlukan jawapan terdesak tuh, aku cakap, berkahwinlah saudara-saudaraku supaya santan-santan awak tu tak terbazir macam tu. Berkahwin pulak jangan sebab nafsu aja, niatlah untuk sunnah Nabi, supaya masa depan perkahwinan tuh tak tersasar. Rugilah kalau membazir macam itu je santan-santan muda. Hmmmm… Kesian ke isteri-isteri awak tuh.

Ini pengalaman aku bersembang dengan kawan aku yang selalu keseorangan dan berkhayal seorang. Yang ini, lagi bahaya kalau dah seorang dia ja. Dia bercerita pasal punca dia berkhayal pun asalnya daripada selalu dok usha ‘aset’aset’ perempuan ketika dok lalu lalang depan dia ketika di kolej. Bukan tak laku, dah ada buah hati pun tapi masih perlukan ‘aset-aset’ yang fresh daripada yang sedia ada. Hmmmm…macam ni padahnya kalau selalu melihat aset wanita selain daripada akhlak dan hati. Membandingkan ‘aset-aset’ dengan orang lain pun tandanya dah makin kritikal tahap dopamin dia. Tumpuan di dalam kelas pun mungkin terganggu akibat gannguan seksual yang dia bina sendiri.

Andai hang sorang-sorang dalam bilik, keluarlah cari kawan untuk melepak daripada terperap dalam bilik. Itu untuk yang ada kawan dalam satu asrama atau rumah. Kalau memang terpaksa sorang-sorang disebabkan dia memang bekerja sorang, balik bilik pun sorang ja. Menurut kawan aku tu,dia beritahu lagi, bila dia dah bosan sorang-sorang, dia akan mula terbayang macam-macam, saat tu lah dia beritahu memang susah nak lawan. Jadi, aku ‘detect’ untuk jawapan bila berkeseorangan sebelum berkhayal. Bila dah rasa nak fikir yang bukan-bukan, aku cakap, hang bangun cepat, siap-siap pergi mana-mana, ataupun andai dah malas sangat, buat regangan sikit, push up, sit up ke sampai la hang rasa lembik dan penat sepenat-penatnya supaya pengaliran darah tak terkumpul pada bahagian punai awak sahaja. Bila badan hang dah penat sangat, pengaliran darah ke punai kau tuh, taklah terasa dibebani.

Then, bila nak mandi ke atau berada dalam tandas ke, bacalah doa dulu sebelum masuk dan selepas masuk tandas. Bila berada dalam tuh, janganlah lama-lama sangat. Orang agama cakap, bersegeralah berurusan dengan thaharah supaya syaitan tak sempat ganggu urusan hang. Dah tahu mandi sorang tuh, berkembamlah supaya tak dak la terasa nak fikir bukan-bukan. Banyak lagi trik ringkas untuk hampa semua ni, tapi kebanyakan ambil mudah sangat. Bila dah ambil mudah, bagi semua trik pun tak dapat nak selesaikan masalah kalau dah ambil mudah.

Kawan aku beritahu lagi tentang masalah dia, kalau nak tidur malam, kena melancap dulu baru dia dapat tidur dengan lena. Okayyy. Pesan aku lagi, sebelum tidur tu pergilah ambik wudhuk dahulu supaya ada perlindungan dalaman. Masa berwudhuk tuh, niatkan pada tangan tuh, janganlah buat benda yang tak senonoh lagi, aku tak mahu buat dosa lagi atas sebab tangan. Seterusnya pada anggota lain yang awak semua rasa cenderung untuk bermaksiat pada Allah di malam hari mahupun siang hari. Lagi aku pesan, teruskan tabiat ni 40 hari sampai awak rasa tabiat ni dah jadi sedaging dengan rutin harian awak. Bila awak terlupa atau tertinggal tabiat ni, awak akan rasa rugi untuk tinggalkannya. Mula pada itulah, rasa tarbiyyah tu ada dalam diri. InsyaAllahutaala.

Untuk dapatkan tarbiyyah tu untuk seterusnya perlukan penghapus dosa besar, iaitu taubat.
Bertaubat pada Allah agar diberikan keampunan dan kerahmatan untuk terus beristiqomah atas jalan-Nya WALAUPUN awak semua tersungkur atas jalan dosa yang sama. Tapi harus diingatkan supaya jangan mempermainkan taubat sehingga menunda taubat. Aku tanya kawan aku tuh, sudah cuba ka untuk bertaubat bersungguh-sungguh pada Allah? Dia jawab, aku dah bertaubat selepas dah insaf semua, tapi aku tetap jatuh pada dosa yang sama lepas beberapa hari. Aku tanya,berapa lama taubat yang dah buat? Dia jawab, dekat 7 tahun jugaklah. Aku jawab, teruskan dengan taubat tu secara berterusan walaupun jatuh pada dosa yang sama. Allah ada cara sendiri untuk uji hamba-Nya supaya sentiasa bertaubat pada-Nya. Aku percaya siapa yang jadi begini, mungkin ini cara Allah nak tunjukkan kasih sayang kepada hamba-Nya dengan cara itu supaya sentiasa mengingati-Nya. Semuanya ada hikmah la kawan. Andai Allah tak buat begitu, mungkin kau akan mula lupa untuk bertaubat pada Allah dan mungkin dosa lain pula yang Allah palitkan pada kau. Subhanallah. Pesan aku lagi pada dia, janganlah pernah berputus asa untuk bertaubat pada Allah walaupun 1000 kali atas dosa yang sama. Dan jangan jadikan alasan yang Allah ini Maha Pengampun dosa besar, kau ikut suka nak buat dosa yang sama. Moga diberikan hidayah dan cahaya rahmah. Itu kisah kawan aku. FULL STOP.

Kesan pornografi pada awal usia mungkin memberikan kesan buruk pada seorang kanak-kanak 12 tahun dan mungkin lebih teruk menjadi pelanggan pornografi seumur hidup. Kepada yang dah tua tu, bawalah sikit kesedaran tu supaya menjaga kehormatan diri pada orang yang awak sayangi, isteri.
Bendunglah dengan tips ringkas yang tak seberapa ini supaya dapat membantu tabiat kita agar dapat melahirkan zuriat yang sihat dan baik. Gunakanlah aset awak tuh pada yang berhak. Jangan membazir sesuka hati.

Maafkan aku andai terlepas pandang banyak tips lain untuk dijadikan sandaran kepada yang bermasalah seperti ini. Boleh bagi pandangan dan komen yang murni pada artikel aku ni yang ‘noob’ ni. Semua yang buruk datang daripada diri kita sendiri, semua yang baik itu datang daripada Allah. Wallahua’lam.

– Cik Z Kechik-

– Cik Z Kechik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit