Kak Faz Mulut Manis

Salam. Aku nak cerita pasal jiran aku ni. Dia ni takde la jahat sangat pun cuma ada satu perangai dia yang aku rasa macam nak tarik-tarik je rambut bila ingat balik. Dia suka meminjam. Sebenarnya segala benda yang aku bakal cerita ni bukan aku yang alami tapi mak dengan adik aku. Sebab aku study jauh so aku selalu la dengar dia orang duk merungut bilamana aku call dia orang. Walaupun setakat dengar cerita dari call saja tetap boleh buat hati yang tenang tiba-tiba rasa nak naik angin. Sebab apa? Meh aku cerita.

Jiran aku ni aku panggil Kak Faz. Dia ni asalnya suri rumah sepenuh masa tapi entah bila masa tetiba dia terjoin satu company yang jenis buat jualan dari rumah ke rumah ni. Maybe boring duduk kat rumah kot tu yang tetiba nak tukar angin buat kerja sampingan. Dia ada je paksa mak aku suruh beli itu beli ini (company ni jual macam-macam barang) and mak aku pun lembut hati sangat terus beli set minuman kesihatan yang harga dekat rm400 tu. Kitorang adik beradik macam terkedu kejap bila dapat tahu pasal tu tapi redha jela. Dalam hati cakap takpe la sekali sekala mak beli benda mahal untuk kesihatan diri (tambah-tambah pulak mak guna duit sendiri jadi lagi lah rasa macam kami ni takde hak nak persoalkan). Dia memang jenis suka paksa orang beli benda yang dia jual. Kalau orang tu cakap takde duit dia akan suruh orang tu bayar pakai barang kemas yang dia orang ada. Aku waktu mula dengar pasal ni rasa macam pelik pun ada. Tak sangka ada orang macam tu kat dunia ni.

Lepas kes paksa tu dia start nak pinjam duit dengan mak aku. Time tu mak aku tengah berpantang adik aku yang last. Mak aku kasi je sebab tengok gaya dah macam terdesak sangat. Tapi untuk yang first ni dia bayar balik ikut waktu yang dia janji. So takde isu kat sini. Tak lama lepas tu dia mintak pinjam lagi. Kali ni mak aku cakap takde duit sebab dah guna buat benda lain (jumlah yang dia nak pinjam tu banyak jugak so mak aku memang takde cash kat tangan sebanyak tu). Ingatkan lepas cakap macam tu dia stop lah mendesak tapi lagi menjadi-jadi ada lah. Dia mintak mak aku kasi gelang emas kat tangan yang mak aku tengah pakai time tu untuk dia gadai. Dia cakap nanti dah ada duit dia tebus balik. Disebabkan Kak Faz ni sangat pandai berkata-kata dan juga merayu-rayu maka mak aku pun bagi lah gelang tu kat dia.(sila hadam ayat ni ye..korang ingat senang nak handle orang jenis mulut manis ni?)

Dia janji dia akan bagi balik gelang tu bulan depan. Dah cukup timing tu mak aku call lah dia tanya bila nak bagi balik gelang? Dia cakap duit tak dapat lagi so kena tunggu minggu depan. Mak aku pun ok jela dah cakap minggu depan so tunggu jela. Then minggu depan call lagi dia cakap nak minta tunda lagi. Sampai lah berbulan-bulan. Rumah dia dengan rumah kitorang dekat je kiranya jalan kaki tak sampai berapa minit pun boleh sampai. Oleh sebab tak tahan sangat bila call asyik tak angkat mesej pun tak balas so mak aku ngan adik aku pergi lah rumah Kak Faz ni. Dia ada je kat rumah. Mak aku tanya kenapa tak jawab call then dia cakap phone hilang. Ok lah pasal tu malas nak soal banyak-banyak yang penting sekarang dia bagi balik gelang tu.

Bila kena tanya pasal gelang tu dia macam nak marah pulak. Seolah-olah mak dengan adik aku ni mendesak dia sangat padahal orang dah bagi tempoh lama dah kot. Adik aku ni angin sikit. Dia tanya terus terang surat gadai tu ada lagi tak ke dah jual? Maklumlah orang kaki kelentong ni bukan boleh percaya sangat. Dah asyik mengelak sangat mana lah tahu dia buat hal kan. Dia tengok adik aku atas bawah pastu macam sindir cakap adik aku kurang ajar plus menyibuk sebab masuk campur urusan dia dengan mak. Mak aku memang diam tak cakap banyak sebab malas nak gaduh kat rumah orang. Adik aku pun bukannya dia cakap tengking2. Dia tanya nada biasa lah cuma ekspresi muka tu lah tak berapa nak manis sangat (habis kalau dah asyik mengelat je sape tak geram). Oleh sebab malas nak panjangkan hal mak aku bagi tempoh lagi beberapa hari. Alhamdulillah kali ni dia tepati janji dan pulangkan gelang mak aku tu.

Ada satu hari ni dia cuba nak pinjam dengan ayah aku pulak. Aku tak ingat kejadian ni sebelum ataupun selepas kes pinjam gelang tu. Tapi aku rasa ni lah first time aku jumpa manusia seberani Kak Faz tu. Mana taknya, dia boleh bawak kawan dia pergi tempat kerja ayah aku semata-mata nak pinjam duit. Ayah aku ni kontraktor kecik2 je. Kak Faz dengan kawan dia ni pergi kat tempat ayah aku kerja then selamba badak mintak pinjam 10k. Waktu mak aku bagitau pasal hal ni aku rasa macam nak tergelak pun ada. Apa dia ingat 10k tu sepuluh ringgit? Ayah aku senyum je bila dengar dia mintak duit banyak tu tapi ayah aku slow talk cakap duit semua nak pakai buat modal projek. Aku ngan adik tadah tangan syukur sebab ayah aku bijak. Lol. Serius doe aku bukan jahat sangat tak nak bagi ayah aku tolong orang tapi aku rasa better tolong orang yang betul-betul susah daripada tolong orang macam ni. Cukuplah mak aku sorang yang jadi mangsa (walaupun taklah mangsa sangat sebab boleh dapat balik apa yang dia pinjam tu). Tapi to be honest kenyataannya ialah my mom is not the only victim sebab lepas ada sorang makcik ni (dia duduk satu taman dengan kitorang) bukak cerita yang Kak Faz ada pinjam dengan dia then barulah kami tahu rupanya ramai dah terkena.

Kitorang kemudian pindah pergi taman lain sebab ayah dah beli rumah kat situ. Rumah yang taman sebelum ni sewa je. Serius rasa tenang gila dapat stay jauh sikit dari Kak Faz (tapi tak lah jauh sangat selang berapa buah taman je). Ingatnya macam tu lah tapi apa yang terjadi malah sebaliknya. Apa yang jadi waktu ni aku malas nak cerita sebab dia pun dah dapat balasan atas perbuatan dia (aku rasa lah.. sebab the very last time aku dengar dia dah tak stay situ sebab…. ).

Kesimpulannya kat sini korang jangan jadi macam Kak Faz yang suka menyusahkan hidup orang ye. And jangan jadi macam mak aku jugak yang terlalu lembut hati. Boleh je nak buat baik dengan orang but choose wisely. Sekian.

– Fukurou

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit