Kakak Rindu Adik

Assalamualaikum.
Salam ramadan semua. (Aku tulis ni, ketika akhir ramadan. Kalau nasib baik, dapatlah publish kat iium ni)
Aku doakan korang semua beroleh rahmat dan kebahagiaan dunia akhirat.
Aameen.

Oklah. Kenali aku dengan Kak Mai.
Aku ni dari kecik memang duduk dibela oleh keluarga angkat. Aku ada je adik-beradik kandung. Tapi, oleh kerana kiteorang ni dah terpisah sejak kecil dijaga oleh keluarga angkat masing2, jadi hubungan taklah rapat.

Cuma bila dah besar panjang ni, aku sebagai kakak, carilah juga adik2 aku ni. Yelah. Sayang kot. Walaupun kiteorang ni budak2 lagi dah terpisah, still ada juga kenangan main sama2.

Cumanya yang aku sedihkan. Aku ni kemainlah nak rapatkan silaturahim. Nak adik2 aku ni berjaya. Beri sokongan dan bantuan macam-macam supaya mereka rasa tak disisihkan. Rasa tak dilupakan. Aku nak kami ni tetap bersatu walaupun pernah jauh. Walaupun tak tinggal sebumbung. Tapi aku rasa macam aku je syok sendiri buat semua tu.

Sedihnya aku ni. Aku la yang macam duk terhegeh-hegeh sangat nak mesej tanya khabar. Sebagai kakak, aku nak juga ada orang tanya khabar aku ke kan. Tak ada. Sedih sebab….mereka akan cari aku bila nak duit je. Nak pinjam. Tak cukup nak makan la. Nak pinjam sementara tunggu gaji la. Dan macam-macam. Aku ni jenis jinak hati…aku beri. Aku duk fikir tak apa. Adik-beradik jangan berkira. Allah nilai belaka semua ni. Tapi….sampai suatu masa tu aku rasa sedih sangat. Hiba. Mereka cuma cari aku bila perlu duit aje. Dapat duit, senyap. Lesap.

Begitulah…aku ni tahan rasa aje. Aku cuba nak faham mereka. Aku cuba letak diri aku di tempat mereka. Yelah. Kami lain2 penjaga kan. Aku tak tahu adik2 aku ni dibesarkan macam mana. Tapi aku bersyukur, penjaga aku ni jaga aku dgn baik. Makan pakai jaga. Didikan agama beri. Dan…atas kesedaran itu, aku pujuk juga hati aku ni. Tak ape…sabar ngan adik2. Kesian mereka tak dapat macam aku dapat. Mungkin inilah ujian utk aku. Dan tanggungjawab aku juga utk nasihati dan bimbing mereka.

Aku pujuk… aku pujuk hati aku ni.
Cuma, bila terjadi sesuatu yang aku rasa kesabaran aku dah tak tertahan dah. Adik2 aku buat hal lagi. Hingga memerlukan wang ribuan ringgit. Aku tak mampu nak kata apa melainkan menangis. Aku tak kisah sgt tentang duit…apa yg aku terkilan adalah perlakuan mereka. Mereka janji nak berubah, nak jadi baik…tapi mereka buat hal lagi. Kali ni masalah memang serius hingga melibatkan pihak berkuasa dan mahkamah.

Ya Allah….apa dayaku sebagai kakak yang nak adik2 bahagia…tapi sebaliknya terjadi. Aku sedih yg amat. Penjaga mereka mengerah aku untuk membantu lagi dari segi kewangan demi adik2 aku. Aku ni bukan kaya. Bukan kerja cop duit. Bila diminta begitu, apatah lagi dalam kadar yang besar…manalah aju nak cari. Tak cukup dengan itu, aku dituduh kakak lepas tangan. Dituduh lupa adik-beradik. Kedekut, sombong dan lupa daratan.

Itulah. Aku ni nak marah, nak je maki hamun mereka ni. Tapi aku tahan. Hanya mampu menangis. Aku bincang dgn penjaga aku. Minta pandangan mereka. Dan ya, akhirnya aku mengambil keputusan utk kluarkn duit yg aku simpan untuk pergi umrah/haji. Memang itu impian aku.

Sedih. Aku pujuk hati utk redha. Tak ape… tolong adik2 nanti Allah pula tolong kita nanti. Dan yang lagi menyedihkan, duit aku aku beri kepada mereka. Dapat je duit, sekarang dah masuk 2 tahun lebih tak contact langsung aku ni.

Aku ni tak harapkan terima kasih.
Tapi sebagai manusia biasa…sebagai kakak…aku ternanti2 jugalah khabar cerita adik2 aku tu. Terkilan.

Setelah hampir 2 tahun lebih berlalu, tanpa mereka cntct atau mesej aku walau sekali tanya khabar ke ape…aku masih tak henti doakan mereka. Aku masih tak henti follow mereka senyap2 tengok perkembangan. Alhamdulillaj, aku lega mereka ok.

Cuma…aku rindu pada mereka.
Rinduu. Rinduuu yang hanya Allah jelah yg tahu. Entah apa cerita buruk tentang aku yg mereka terima hingga tergamaknya mereka buang aku.

Tak apelah. Allah tahu yg terbaik.
Aku menulis ni pun…nak luahkan apa yg terbuku di hati. Dan aku mohon…sahabat2 semua sudilah doakan aku agar dapat berbaik lagi serta berkumpul kembali bersama-sama adik-beradik aku.

Aku rindukan mereka.
Aku sayangkan mereka.
Tak pernah aku lupa mereka.

-seorang kakak

– Kak Mai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit