Kakak Yang Paranoid

Kakak Yang Paranoid

Assalamualaikum wbt admin dan para pembaca.

Aku taip ni dalam suasana yg gelap, bertemankan lampu kecil yang kami 2 beradik kongsi utk study. Kagum, lampu ni tahan sejak aku sekolah rendah lagi.

Sekarang lampu ni bukan aku dah guna. Aku dah jarang ada kat rumah. Sejak aku busy dgn bachelor degree aku, dua bulan sekali baru aku dapat bau rumah ni. Bilik ni. Dan lampu yg selalu temani aku dulu.

Oh ya, aku tak keseorangan. Jauh dari tmpt aku bersila dan menahan hiba, ada seorang yg satu-satunya dari keturunan yg sama sepertiku, beradu dengan nyenyaknya di tilam kami.

Kejap-kejap aku jengah dia. Allahu, lenanya tidurnya. Sampaikah hatiku melihat pipinya merah lagi?

Adik aku yg sedang tidur tu rajin. Selalu vakum rumah, tolong basuh langsir.. bila aku balik mesti rumah dalam keadaan bersih dan wangi. Tanpa fikir panjang memang aku tahu dia lah yg mengemas.

Oh ya, ibu bapa kami dah bercerai. Panjang ceritanya untuk dicerita di sini. Secara ringkasnya sejak insiden penceraian itu, kami banyak berdikari.

Terlalu banyak yg kami lalui. Aku dengan belajarku, dan adik dengan sosialnya.

Sejak parents kami bercerai, adik bebas duduk dengan ibu di ibu kota. Ibu kerja pagi balik malam, maka tanpa pantauan sesiapa, adik aku bebas bersosial.

But she’s one happy kid.

Masa aku diploma di selangor, selalu hujung minggu aku dtg jenguk ibu dan adik. Bawa adik jalan-jalan.

Tetapi tidak di hari biasa. Tak ada siapa pantau dia. Aku di hostel ku, sarat dengan jadual kuliah dan tugasan-tugasan. Malahan dalam kepimpinan ahli jawatankuasa kolej pun aku terlibat.

Silap aku, tak pantau dia di hari biasa juga.

Makin hari, dari minggu ke minggu aku lihat perangainya makin lain. Cara cakapnya semakin kasar dan mudah mencarut.

Aku tegur. Pernah aku tampar mulutnya bila ditegur tapi carut juga. Dia diam.

Tapi minggu depannya buat lagi.

Perkara ini berlarutan sehingga terpaksa aku laporkan pada ayah yg sememangnya tegas dalam bab akhlak.

Tak lama selepas itu, aku jenguk dia dan ibu lagi. Aku lihat dia dah tak pakai tudung.

Aku tanya ibu, “ibu, ibu pantau adik solat tak?”

Itu soalan pertama aku tanya. Ibu jawab tak sempat nak tengok. Subuh lagi ibu dah keluar pergi kerja dan jam 11 malam baru pulang.

Aku dah tak sedap hati.

“Habis adik pegi sekolah ke tak, ibu tahu tak? Takut dia ponteng ke apa.”

“Alah van kan ada ambik dia. Kalau adik selalu ponteng mesti Siva call ibu punya”

(Siva – nama driver van sekolah.)

“Okay, adik sejak bila tak pakai tudung ni?”

Ibu tanpa rasa resah menjawab, tak tahu. Aku pun, nak salahkan pada ibu saja susah juga. Memang dia bekerja. Ibu juga orangnya tidak setegas ayah dalam agama.

Aku fikir, nak tinggal bersama mereka pun, rumah ibu dan kampus makan masa 2 jam nak ulang alik. Belum campur lagi kesesakan lalulintas. Assignment pun bukan buat sorang yg kita boleh buat bila-bila sesuka hati, banyak yg berkumpulan. Masa utk berbincang dan siapkan lagi. Tidak dapat tidak memang kena duduk kolej.

Ketika itu, aku suruh adik pakai tudung time tu juga. Depan aku dan ibu.

Dia tak nak.

Berkali dia menggeleng tanpa kata apa-apa. Yang dikata, “adik tak nak jadi hipokrit”.

Ayat paling pantang aku dengar dari mulut sesiapapun apatahlagi adik sendiri.

Apa menutup aurat, menunaikan perintah Allah tu hipokrit? Siapa Tuhan siapa hamba skrg ni?

Aku sebat dia dengan rotan bulu ayam di situ juga. Disamping aku berkata-kata mengingatkan dia kembali pada surah An-Nisa’. Ingatkan kembali pada dia yang dosa dia sedang ditanggung ayah. Kasihankan ayah.

Jenuh aku sesah dia dari atas ke bawah. Sampai aku rasa bagai nak pengsan, seluruh kudrat aku perah menyesah dia biar dia sedar perbuatan dia bukan dosa remeh.

Berbirat badan dia. Teresak dia ketika itu juga. Esoknya dia pakai tudung macam biasa.

Bertahun-bertahun sudah berlalu.

Kini kami berdua tinggal bersama ayah. Aku sambung belajar utk bachelor degree ku dan tinggal di kolej, dan adik dengan SPM nya.

Adik dah saban hari tidak mempunyai fon. Hidupnya hanya dihiasi dengan radio jika dia bosan belajar. Hujung minggu dia hanya boleh menonton astro, tapi bukan telefon bimbitnya.

Telefon bimbit hanya diberi jika ayah kehendaki sahaja. Misalnya cuti sekolah melebihi 3 hari, dia akan dpt pelepasan menggunakan fon beberapa waktu.

Seperti dikongkong, bukan?

Percaya lah. Ini yg terbaik buat adikku.

Adikku pandai mengambil hati.
Sekiranya aku pulang 2 bulan sekali, pasti dia peluk dan masak yg sedap2 utkku. Mengurut badanku sekiranya wajahku tampak letih.

Tanpa perlu diminta. Dia akan buat.

Dia seorang yang manja, suka memeluk sesiapa sahaja walaupun bapaku. Mungkin kerana dia bongsu, sudah terbiasa dipegang dan memegang.

Duduk di atas riba juga tidak segan-segan, sudah besar panjang, sudah punya anggota-anggota ‘keperempuan’ yg semakin menyerlah, masih selamba meriba seperti masa dia kecil dulu.

Itu, aku tak kisah.
Itu karakter masing-masing. Berbahagia lah siapa yg halal untuknya nanti, tidak akan haus dengan sentuhan.

Namun, tahun ini saja sudah lebih 5 kali dia buat karenah. Kantoi berdua-duaan dengan lelaki beberapa kali, balik dari sekolah 3 jam lambat, dan pakai fesyen pelik-pelik ketika keluar berjalan (seluar singkat nampak buku lali, stoking ngam-ngam tumit dan shawl selempang atas dada. Pulak tu, tak pakai anak tudung).

Kasihan ayah. Setiap kali adik buat hal setiap itu juga darah tingginya naik. Ibu tiriku juga terpaksa terlibat untuk menjaganya dari melampaui batas.

Aku pun tak terkecuali. Macam-macam aku buat untuk adik. Dia suka bersukan? Aku tempah court, bawa dia pergi main badminton. Bawa dia main bowling.

Dia suka tengok movie? Aku bagi dia pelepasan untuk ajak kawan-kawan perempuannya tonton bersama kami di panggung wayang.

Dia suka baking? Sampai terlopong muka aku dengan tepung dia main tepuk tampar aku kat dapur. Aku tak kisah je. Adik aku, kalau tak dengan aku dia nak gurau dengan siapa lagi?

Hangus ke leper ke sedap ke semua fasa baking kami dah lalui bersama.

Bila ayah dan ibu tiri tak ada, solat pun aku imamkan. Main chess sama-sama, dia nak makan apa-apa aku belanja. Nak apa lagi?

Selalu aku mengadu pada naqibah aku pasal ni. Naqibah selalu nasihatkan supaya aku spend lebih masa dengan adik. Jadi lah ‘boyfriend’ kepada adik tu.

Tapi dalam tak sedar memang tu lah yg aku buat selama ni. Asal aku balik, selain jaga hak masa dengan ibu tiri dan ayah, memang adik lah aku fokuskan masa dan tenaga aku.

Sampai tahajjud pun kadang semata2 nak doa pasal dia lah.

Tengah buat assignment kt kolej pun terngiang-ngiang apa adik aku buat sekarang sebab terlalu banyak ayah mengadu yg adik buat masalah. Terlalu banyak juga ibu tiri mengadu ayah nasihat adik baik-baik, tak jalan. Lalu ayah pukul sampai naik bacaan darah tingginya selepas itu. Sedih aku.

Kalau boleh nak cepat lah hujung minggu supaya dapat tempah tiket bas dan balik tengokkan adik.

Menatang dia ibarat menatang minyak yg penuh. Kadang aku self reflect balik, jaga adik aku ni dah sama level macam jaga ibu aku. Jaga ayah pun tak seprihatin macam ni.

Buku rujukan SPM dia, aku beli.
Latihan tak cukup? Mai shopping buku. Takpe la guna duit biasiswa aku pun beli buku-buku dia. Yuran aku pun tak luak mana.

Matematik bengap sangat tak faham ha takpe lai lai aku ajar masa tu jugak. Siap yg aku dah lupa-lupa tu aku google balik bukak youtube macamana nak buat.

Then baru aku ajar dia.

Sampai tak larat nak ajar dah bila assignment menimbun dah jarang boleh balik, aku upah kawan aku yg tengah free yg terer maths ajar adik.

All out aku buat yg terbaik utk adik.

Biar lah adik aku yg bongsu ni lepas akademik dan sosial dia dengan cemerlang sebelum masuk ke alam berdikari. Dia lah yg last dalam keluarga ni. Dia harapan terakhir ibu ayah kami.

Tapi,

Baru ni ibu aku minta aku bukakan facebooknya untuk tukar beberapa settings. Ketika itu, ibu aku tengah kurang faham dengan wajah baru facebook.

Aku pun buka facebook ibu.

Wah, alangkah terkejutnya facebook ibu ada link dengan instagram adik. Pelik juga, macamana adik boleh guna facebook ibu dan link instagram dia dgn facebook ibu? Agaknya masa dia balik rumah ibu masa cuti raya haji haritu.

Rumah ibu memang bebas dan tak banyak kawalan. Seorang ibu pun kalau dah rindu anak, what do you expect? Apa yang anak minta nak pinjam ke nak guna ke itu lah dia bagi.

Sekarang pun facebook memang auto connect dengan mana-mana ig yg kita login, kan?

Maka aku apa lagi. Dengan sedikit kehairanan aku buka ig adik aku yang dah tersedia dalam akaun ibu aku tu.

Mula-mula semua tampak normal.

Sehingga lah tiba aku buka DM nya dan aku nampak conversation bersama teman lelakinya yg selalu dia kantoi berdua-duaan.

Aku scroll sampai ke atas dan baca.

Bermula dengan ayat adik:

“You, sekarang tekak i masih masin lagi ni. Banyak I telan tadi. You kalau i mengandung macamana? You nak jaga i tak?”

Yg itu sahaja dah buat jantungku gugur. Ayat itu adalah daripada adikku sendiri. Aku bandingkan dia di dalam perbualan ini dengan dia yang aku kenal dari kecil. Di hadapan kami dia sungguh manja, tampak tak ternoda dan masih suci.

Tapi rupanya…

Allah. Aku kuatkan diri membaca lagi kalau-kalau mereka dah benar terlanjur.

“Tak sangka kan kita dah lebih 5 kali buat macam ni. Thanks bagi peluang pada i puaskan you”

Lagi sekali. Ayat daripada adik aku. Ketika aku baca tu, adik sedang sekolah. Menggigil seluruh badan setelah habis semuanya aku baca bagi mengorek rahsia kalau-kalau karenah-karenah yg adikku buat selama ini bersangkut paut dengan lelaki ni!

Ternyata benar. Setiap kali dia pulang sekolah lewat dari biasa, memang perkara terkutuk itu lah mereka buat. Segalanya terbukti dalam DMnya.

Tidak hairan lah aku ada terbau wangian lelaki di tilam kami masa aku balik sebulan lepas. Pelik juga, adik aku feminin. Sejak bila bau macam dashing?

Segalanya terungkai dan semuanya jijik sekali. Paling aku sedih, adik aku yang beriya benar mengajak lelaki itu ke rumah kami. Ke dalam bilik kami! Entah berapa kali aku tidak tahu tapi yang pasti berdasarkan perbualan mereka, memang lebih dari sekali dua!

Kenapa murah benar adik aku ni?
Kenapa degil sangat?

Ayah dah tak berdaya. Ayah semakin tua untuk merisaukan hal ini. Bermacam cara ayah buat, tegur cara baik dan nasihat, tak jalan. Rotan, tak jalan. Tali pinggang, sanggup adik aku diam tak menangis menunjukkan dia memberontak dan tak kisah nak dipukul lumat mana pun.

Sampai ayah belanjakan duitnya hantar adik ke kem motivasi, pun tak jalan juga. Aku bawa dia ke usrah, padahal ada permainan seronok dan perbincangan yg sgt santai, acuh tak acuh saja dia.

Terus tak nak pergi dah. Bukan jiwa dia katanya.

Aku ingat lagi apa dia kata, “kalau adik tak nak berubah, tak siapa boleh buat adik berubah. Jangan paksa adik!”

Memang. Memang dia bangga jadi degil. Selamba saja dia kata pada ibu tiriku ketika ibu tiri meluahkan rasa bimbangnya pada adik, “adik memang degil ma, nak buat camana dah adik mcm ni.”

Tak kira apa diperbuat pada dia. She’s immune.

Aku letih. Setiap kali aku solat, selain doa yg kuat untuk ibu, ibu tiri dan ayah ku, memang dia lah aku doakan. Kerana aku buntu.

Kenapa dia murah macam ni?
Kenapa dia degil lain macam?
Kenapa dia bernafsu kuat yg aku sendiri tak faham?

Bukan ke dia perempuan sepatutnya lebih pada sifat malu?

Perkara terkutuk yg aku sendiri tak pernah buat, malah aku sendiri rasa pening-pening lalat baca perbualan nakal mereka di DM instagram.

Sungguh, aku tak pernah. Tertonton scene bercumbuan dalam filem pun aku dah skip, apatah lagi berzina begini?

Ya Allah. Migrain aku. Adik ni tak sedar betul perbuatan dia ni menyusahkan orang lain. Tak secara fizikal pun, secara rohani!

Ayah tanggung dosa dia selama mana maruahnya tercalar! Tak kasihan ayah ke, adik?

Tak takut Allah ke? Tak malu malaikat saksi kiri kanan catat dosa-dosa zina? Ya Allah. Tak terkata seorang kakak yg bimbang ini.

Nak kata tidak tahu agama, setiap kali lepas solat pasti ayah tazkirahkan kami sekeluarga. Radio juga pagi-pagi ibu tiri pasangkan radio ikim. Setiap maghrib satu keluarga mengaji bersama. Di mana silapnya?

Punya susah kami jaga dia. Senang-senang dia hancurkan maruah dirinya sendiri.

Belum cakap lagi dah berapa kali dia curi buka phone aku sebab nak buka instagram dia. Cuma ketika itu aku tak sempat buka instagram dia, dia dah terlebih dulu log out dan tak dapat trace dah.

Sejak daripada tu setiap kali aku balik, mesti aku pasang password dan password sentiasa berubah setiap kali dia ada. Aku mandi pun aku bawa henfon bersama.

Susah. Ni derhaka dalam diam namanya. Depan kami tak pernah dia tinggi suara atau melawan. Paling memberontak pun dia diam ketika ditegur dan takkan menangis.

Tengok-tengok esok, dia buat hal lagi. Tengok-tengok esok, kantoi dia curi-curi buka laptop ibu tiri.
Tengok-tengok esok, balik lambat lagi.

Tak serik-serik.

Sekarang, aku perlukan pandangan kalian. Apa perlu aku buat mengenai hal ni?

Aku dah jumpa bukti zina mereka, sekarang hanya ibu tiri sahaja yg tahu pasal ni. Ayah aku masih tidak tahu.

Tak sampai hati aku memberitahunya, melihat dia setiap hari balik dari kerja lewat malam kepenatan. Sekiranya aku beritahu ketika ayah cuti, tidak tenang pula ayah nak berehat.

Tapi ayah memang kena tahu mengenai hal ini. Cuma tak tahu bagaimana caranya nak cakap pada dia.

SPM semakin dekat, trial dah lepas.

Ayah pula dari awal tahun lagi dah tempah tiket siap-siap hampir 6k untuk bercuti sekeluarga ke negara sejuk bulan 12 ni.

Aku nak ceritakan masalah adik ni padanya di masa terdekat, sebab takut lama-lama tangguh jadi basi. Tapi ibu tiri aku pula takut jika aku beritahu sekarang, percutian tersebut akan jadi lain dan kurang seronok disebabkan hal adik yg bermasalah.

Dia minta aku tunggu sehingga habis bercuti baru cerita. Tapi aku fikir, lama betul nak kena tunggu. Benda yg ditangguh-tangguh percaya lah, pasti basi.

Lagipun bulan 12 ni kan lambat lagi. Takkan la sampai bulan 12 ayah akan berang, kan? Entah lah. Jenuh aku fikir.

Pendapat kalian macamana? Beritahu ayah sekarang atau ikut cadangan ibu tiri? Atau ada cara lain?

Dan ya, ada tak pusat pemulihan akhlak/rohani yg available untuk budak lepasan spm? Nak survey. Dari dulu nak masukkan sekolah agama asyik tak jadi je sebab semua sayang sangat ke dia. Takut terkongkong.

Sekarang benda ni jadi. Terlebih liar pula dia. Siapa susah? Kepala aku juga berpusing. Baik aku register kan je, takpe lah bayar guna duit aku pun.

Dia nak ke tak nak, lantak. Masuk pusat tu dulu. Rohani dia dah okey, ada jati diri baru aku bagi dia mohon UPU, apply lesen kereta kejadah semua.

Kalian, tolonglah kami. Agak-agak kalian di tempat aku, kalian buat apa?

– Si Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments