Kami Mahukan Sokongan Bukan Perhatian

Kami Mahukan Sokongan Bukan Perhatian

Assalamualaikum IIUM readers. Terima kasih kalau confession ni di siarkan. Tajuk confession aku mcm dekat atas tu, Kami mahukan sokongan bukan perhatian. Apa yang aku perhatikan. Ada segelintir yang menipu atas dasar DEPRESSION, aku yang dah setahun menghidap Major Depressive Disorder(MDD) rasa kami ni diperlekeh. Senang ja orang kat luar cakap ” aku ada depression”. Hang xrasa beb sakit kami hadap. Dari confession depression, ada sorang dua ja betul betul depression, contoh “depression is not a joke” by educator. Yang lain hang membongak pasaipa? pasai hang nak perhatian? Kami nak sokongan bukan cam ampa nak perhatian.

Kami perlukan sokongan dari orang terdekat, kawan baik, kawan rapat , kawan sekerja. Andai hang dapat tau yang kwn hang depression n dia gtau hang. Tolong la depa! Kami yang sakit depression memang nampak normal tapi kat dalam padu woo. Hang tetiba nangis, tetiba nak dok sorang. 6 minggu aku kena adjustkan diri dengan ubat antidepressant. Sakit weh. Dengan suara ligat dalam kepala. Ampa ingat senang ka kami nak lawan. Hari hari dok dengaq “ko p la bunuh diri, ko terjun ja, ko kelar ja tangan ”

Support system adalah sangat memainkan peranan. Aku ngaku aku depression sebab aku kehilangan awek aku sebab dia meninggal. Kalu ampa kt luaq dapat kawan yang nasib dia lebih baekk dari aku, dia p cita kat hang dia depression. Hang kena BANTU! Kami yang duk sakit ni nak sokongan bukan hang tinggal ja kawan hang sorang sorang lawan penyakit tu. Kawan hang dh kelar tangan, hang Google la depression, hang tanya kawan hang keja medic ka . Sebab tu ilmu kena ada.

Mengikut pengalaman aku, nak bangkit tu memang susah. Ampa ingat boleh sembuh cepat? Sebulan? dua bulan? sedangkan aku sekarang masih lagi depression. Rata – rata confession dekat iium pasal depression, readers x ambik port, kecam sana kecam sini. Padahal kami nakkan sokongan. Pasai tu kami confess.

Andai 1 hari nanti, orang terdekat ampa kena penyakit macam kami. Baru ampa tau , betapa susah nya kami nak bangkit. Andai 1 hari nanti, ampa sendiri rasa depression, baru ampa tau apa depression. Rakyat Malaysia malas baca pasal ilmu ilmu ni (xsemua), atleast hang tau mental illness tu pasai apa. Symptoms dia cam mana. Treatment dia cam mana pulak?

Penat eh beleteq, apa yang aku nak sampaikan kepada rakyat Malaysia. Please, open your mind. Penyakit depression bukan benda boleh buat lawak. Bagi sokongan, sebab tu boleh bantu kami untuk menjadi manusia normal seperti ampa kt luaq sana.

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit