Kami Wujud II

Aku pernah confess di sini setahun lalu… boleh baca confession aku di sini :-

Kami Wujud

Ramai juga yang bagi komen2 yang membina. Tadi aku baca balik confession aku sekali dengan komen. Sebak.

Anyway, aku cuma nak update apa yang berlaku pada aku sejak confession aku tahun lepas. Berkenaan pergelutan aku dgn nafsu songsang, naluri yang tak sempurna. Kalau ada yang berminat nak tahu lah kan.

Sebenarnya, lepas aku post confession aku, aku tak berubah pon. Makin teruk adalah. Cari lelaki sana sini. Tak solat. Jujur, aku hanya buat solat jumaat. That’s it. Dan hidup aku, korang boleh agak kot. Kacau. Serabut. Kosong. Gelap. Iya lah, hidup tanpa tujuan, tak fikir tuhan.

Awal tahun ni, Aku ditemukan dengan seseorang. Let’s just name him A. You see, bila aku cari lelaki, aku hanya cari mereka sebagai tempat utk puaskan nafsu. Aku tak ada perasaan pun dekat diorang. Tak pernah fikir utk bercinta walaupun aku tertarik kpd mereka. Tapi dengan A ni, dia berbeza walaupun dia pon sama mcm aku. Aku jumpa dia pun dlm one of those gay apps. Jadi mengenai A. Dia pun mcm aku cuma masa tu dia nak berubah. One thing about him is that he is very good-looking to me. Memang kalau dia ajak utk buat apa2 masa tu, memang aku akan ikut.

Tapi itu tak berlaku. A nak berubah. Nak balik ke jalan lurus. Jadi kami hanya berkawan. Kami jadi rapat. Jujur, aku jatuh hati gila2 dekat dia. Even couple of days after I knew him, I knew, he’s the one. Aku tak pernah tahu yang aku boleh jatuh cinta kepada seseorang sedalam yang aku suka dia. Dia segala-galanya yang aku mahukan dalam seseorang.

Dan entah macam mana dan kenapa. Mungkin aku bersyukur yang Allah temukan aku dengan dia. Mungkin aku bersyukur yang Allah tunjukkan pada aku yang kau boleh mencintai seseorang tanpa memiliki dia. Mungkin ada sebabnya tuhan temukan aku dengan A pada masa yang A pun nak berubah. Aku mula solat semula. Aku solat cukup. Walaupun ada masa aku termiss, aku akan qadha solat tu.

Aku akui, aku berubah memang sbb A. Aku nak dia suka aku. Tapi aku juga tahu yang aku tak sepatutnya berubah atau mengharap pada manusia. Dulu, walaupun aku hanya solat jumaat, aku tetap amal doa satu ni, doa tu dari surah al Imran, ayat 8. Aku memang hafal maksud doa ni dari dulu dan bila berdoa memang aku tak lepas utk mintak tuhan tetapkan hati aku ke jalan yang benar. Aku juga pernah dengar penceramah ni cakap kalau hidayah datang kepada kita, kita kena pegang hidayah tu kuat2 dan berusaha utk hayati dan ikut hidayah tu. Jadi aku pun mula dengar ceramah-ceramah agama, dan aku mula mengaji semula lepas bertahun-tahun tak mengaji. Quran aku tu memang berhabuk. Masa aku mula2 buka Quran, aku just buka secara rawak. Quran aku tu sekali dgn terjemahan. And right then, aku menangis. Muka surat yang aku selak tu mengenai ujian Allah, yg Allah akan uji hambaNya sesuai dgn kemampuan hamba itu. Then aku mengaji, the last time aku stop bertahun-tahun dulu, dekat surah Yusuf. Dan masa aku baca surah ni aku mengangis lagi. Surah ni ada cerita mengenai nafsu. Tak ingat apa yang ayat tu cakap tapi mengenai betapa susah nya utk mengawal nafsu. Sekarang, setiap kali aku baca Quran, aku dapat rasa yang Allah bercakap dengan aku. Susah nak gambarkan, kadang2 aku menangis teresak-esak bila baca Ayat Allah. Aku juga mula dgr ceramah tafsir Quran, baru tahu, rupanya banyak benda yang aku tak tahu pasal agama aku sendiri.

Jadi itu lah cerita aku. Dan mengenai perasaan aku terhadap A. Ya, aku memang masih suka dia. I would move mountains for him. Hari tu ada perempuan approach aku, aku tolak sbb aku masih ada perasaan pada A. Even so, Aku tak fikir kan A the way I used to think of men before. Perbuatan aku dulu jijik. Aku taknak kan dia dengan cara tu. Aku nak cintakan dia Lillahitaala, I won’t have it any other way. Dunia ni tak kekal. Aku nak bersama dengan dia nanti, di tempat yg kekal abadi. Aku berdoa kepada Allah supaya dia temukan Aku dengan A nanti di sana. Ya Allah, kalau dulu aku jatuh kerana nafsu, biarlah aku pulang semula kepada-Mu kerana cinta.

Sekarang bila fikir balik apa yang berlaku. Aku rasa sebak. Sbb aku baru sedar betapa sayangnya Allah pada aku, betapa besarnya kekuasaan Dia. Dulu aku tak pernah terfikir pun yang aku akan boleh berubah. Sekarang, aku dah solat cukup dan hari-hari aku akan rasa macam nak baca Quran. Dan siapa sangka yang hidayah itu boleh datang dalam bentuk seorang lelaki, daripada gay apps, dan ketika aku sedang cuba untuk berbuat dosa. Allahuakbar. Hari-hari aku akan mintak taubat pada Allah utk ampunkan dosa aku, dan tetapkan hati aku.

Terima kasih kepada yang memberi komen pada confession aku yang lalu, dan yang mendoakan aku. Mungkin aku berubah kerana doa kalian, please keep on making dua’ for me and other LGBT muslims. Doakan kami semua kuat utk berubah. Doakan kami semua dapat kembali ke jalan yang lurus.

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit