Kanser Masyarakat

Culture shock versi aku.

Aku asal kelantan, membesar di kelantan, belajar di Maahad, 18 tahun aku hidup dalam komuniti yang menjaga Agama dan adat. Degree ni kira first time keluar kelantan, aku dah letak expectation. ‘Kau kena ada prinsip, keadaan di Selangor berbeza’.

Jadi, bila datang tu tak ada apa yang mengejutkan sangat pun. Yelah, ada yang tak tutup aurat, lewatkan solat blablabla.

Sehinggalah semalam, aku baca confession dekat twitter, ada 600++ confession. The worst part is, 80% dari total tu talk about gf/bf/ex/suicide/sex/gay/bi. RAMAI yang mengaku buat sex dari sek men and get used for it sampai sekarang, yang jadi gay dan bi, yang kena rogol dengan family sendiri tapi tak bagitahu sesiapa, yang depress sebab nak balik dengan ex, suka dekat bf kawan, tak pernah puasa, tak percaya Tuhan pun banyak.

Aku scroll sambil menangis jugak ah.

Macam satu dunia baru bagi aku, aku tahu ja wujud isu ni dalam masyarakat kita, tapi dengan jumlah yang aku baca tu, I am shock. Macam, kita ni di tahap kritikal. Kalau lah ini digelar kanser, maka dengan yakin aku bagi tahap 4. Sumpah, umat tengah tenat.

Tapi golongan yang nak baiki situasi ni tak ramai beb. Ramai yang fokus pada ekonomi, pada education, tapi bab jati diri, maruah, sikap, pengangan masyarakat ni berapa kerat je yang involve. Tu pun diorang diboikot dengan islamphobia yang kita sendiri sebarkan dalam masyarakat.

Aku tak tahu. Serius, aku bantu. Aku membesar dalam situasi berbeza, jadi aku tak salahkan diorang secara total. On the other side, aku salahkan orang yang senasib dengan aku, dimana kitorang tahu dan tak berbuat apa apa.

Please, KITA KENA BERUBAH, kau dari background baik ka ada sejarah hitam ka,kita semua nak hidup yang bahagia dan happy ending. Solusi yang aku boleh kata hanya satu, kembali pada Tuhan. Oh, aku tak pernah couple jadi bila baca ramai tengah depress sebab couple, aku nasihatkan korang cari kawan yang awesome dan sibukkan diri.

Masyarakat kita teruk sangat sekarang dan aku tak bangga dengan tu.

Do something guys.

– Ar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit