Kau Pernah Kena Rogol?

Kau pernah kena rogol?

Pasal isu mangsa rogol boleh berkahwin dengan si perogol yang baru-baru dibangkitkan sejak kebelakangan ni adalah sangat memalukan dan menjijikan bila seorang manusia berstatus islam mengetengahkan isu ini atas sebab untuk MENJAGA AIB SEMATA – SEMATA. Lepastu, atas persetujuan ibu bapa dan mangsa, si perogol diarahkan bertanggungjawab untuk berkahwin dengan si mangsa, dengan maka itu si perogol terlepas dari hukuman dan berkuasa untuk menghancurkan hidup si mangsa tadi.

Kau pernah kena rogol? Pernah tahu perasaan si mangsa bila diarahkan berkahwin dengan perogol? SANGAT MENJIJIKAN! TRAUMA! BENCIKAN DIRI SENDIRI! BERDENDAM DENGAN ORANG SEKILILING! RASA NAK BUNUH DIRI. Ini semua kerana maruah dah tercalar dan takutkan mulut manusia.

Aku disini hadir sebagai seorang mangsa yang pernah dirogol dengan rakus oleh manusia paling menjijikan, dan satu hal lagi tak ada sesiapa pun yang tahu aku pernah kena rogol, hanya satu /dua orang sahaja yang aku kongsi bersama.

Aku lahir dari kalangan orang berada, ayah cukup hebat dalam bidang perniagaan dan terkenal dalam kalangan businessman yang lain, erti kata lain maruah dia sangat tinggi. Aku sendiri sentiasa pentingkan penjagaan maruah dan badan aku sendiri, sampailah suatu hari selepas aku travel bersama rakan-rakan yang lain, dalam perjalanan pulang ke rumah dan berhenti di kedai, waktu tengah hari tu aku ditarik kedalam kereta dan tak sedarkan diri! Bangun je sedar diri aku dah dekat dalam hotel tanpa Seurat benang, sedar apa yang dah berlaku dengan keadaan aku sangat kotor dan kelihatan menjijikan aku hanya mampu meraung!

Bila terimbas dalam keadaan sedar dan tak sedar aku tahu siapa yang merogol aku, lelaki ni dah lama sentiasa cuba ambil perhatian aku, aku tak pernah nak layan lelaki ni sebab aku hormat akan rumah tangga orang lain, dia sendiri sudah berkahwin dan ada anak! Kau cuba bagi tahu aku, apa aku dapat kalau aku terjah jantan ni merayu supaya dia bertanggungjawab, aku takkan dapat apa-apa melainkan dituduh untuk menghancurkan rumah tangga orang lain. Report polis? Selepas itu apa yang jadi? 

Hanya akan berlaku kekecohan dalam keluarga aku dan sanak saudara. Baran ayah aku sehingga boleh bunuh orang lain, lagi-lagi kalau dia tahu satu-satunya anak perempuan dia dianiaya. Pernahkan jadi kes abang dan ayah dipenjarakan kerana membunuh perogol. Aku tak nak semua benda tu sampai terjadi. Ini semua kerana takut malu dan pentingkan maruah. Aku sanggup telan seorang diri.

Kenangkan tunang kesayangan aku, apa perasaan dia bila dia dapat tahu yang aku dah tak suci lagi. Aku bukan orang pertama yang dia sentuh.. Aku bersemuka dengan dia sebab sayangkan ikatan kasih kami.. Aku berterus terang pada dia, seperti yang aku jangka dia marah dan menangis tapi lepas tu dia terus peluk aku sampai lupakan hukum.. Aku minta dia supaya tak beri tahu pada siapa-siapa supaya keadaan tak jadi keruh dan rosakkan maruah keluarga. Aku tahu bukan senang untuk dia telan, aku harap dia tahu aku yang menanggung ni lebih terasa peritnya.

Sehingga tinggal lagi 3 bulan untuk berkahwin, dia makin lama makin berubah dari lembut ke pemarah, hanya pada aku seorang tapi pada orang lain dia layan baik-baik. Sampaikan dia ungkit dan perli hal kisah gelap aku “eh, trip honeymoon tu tak payah lah..nothing special since it’s not our first night pun kan?” walhal aku tak pernah mintak walaupun nak juga merasa kebahagian seperti orang lain bersama orang yang kita sayang. Aku cuba memahami perasaan dia dan sentiasa anggap yang dia tak sengaja. Setiap malam sejak kejadian tu, malam aku sentiasa ditemani air mata.

Terasa kelat kenangkan sidia seperti tak bahagia menantikan hari yang sepatutnya menjadi hari kebahagian kami berdua, aku batalkan perkahwinan kami atas alasan aku dah tak ada perasaan lagi pada dia. Pihak keluarga dia marah dengan alasan yang aku berikan. Dia tahu aku buat keputusan itu demi dia dan dia pun akur dan minta maaf yang dia dah berubah sampaikan dia terasa macam hubungan ni dah tak semanis dulu. Dia perlukan masa untuk menyendiri. Setahun lepas tu dia dah pun selamat diijabkabulkan dengan teman hidup baru dia.

Tipu lah aku tak menangis, hubungan dari sebagai seorang sahabat sejak bangku sekolah rendah sehingga kami berdua mula sayangkan antara satu sama lain dan ikatkan hubungan kami dengan tali pertunangan. 12 tahun kenangan bersama sebagai sahabat dan 6 bulan sebagai tunang. Aku terpaksa redha.

Aku minta untuk tinggal sendirian dirumah ‘kami’ yang ayah hadiahkan untuk perkahwinan kami. Trauma aku semakin teruk, aku tak nak sampai orang lain tahu kisah gelap aku dan keadaan aku seakan hilang arah sejak sidia dah berkahwin. Aku sentiasa salahkan diri sendiri sebab tak jaga diri baik-baik, aku bencikan si perogol, perasaan dendam dan marah kian menebal sehingga aku hampir bunuh diri terjun dari tingkat 17. Tapi aku lebih takut akan hukum Allah.

Kerana mulut orang, kerana maruah, kerana darjat, KERANA AKU PEREMPUAN!
Aku lemah.

Aku cuba ubah nasib aku supaya jadi lebih berani dan lebih kuat, aku sambung belajar dan berkerja dalam waktu yang sama supaya aku tiada masa terluang untuk kenangkan nasib malang sendiri, supaya aku tak lemah dan sedih lagi. Dan aku kembali jadi diri aku sendiri yang sentiasa yakin diri dan berani dalam urusan kerjaya aku. Terkadang tu sentiasa teringat, tapi tak seteruk dulu. Kisah lampau ni bila-bila masa sahaja akan hancurkan aku, jadi aku perlu jadi lebih kuat dan lebih bersedia.

Selepas aku batalkan perkahwinan dulu, orang keliling sentiasa tanya aku ‘Bila nak berkahwin?’
Aku masih jawab dengan baik-baik, “in shaa Allah ada jodoh tu ada lah, jodoh masih belum lahir kot, tak pun dekat syurga” sambil berjenaka. Ada juga yang memerli dan suka main lepas cakap
‘tu lah kau jual mahal sangat, kan dah jadi anak dara tak laku”. Aku sentiasa diamkan, malas nak berbalas Bahasa dengan mulut puaka..itu dosa dia sendiri.

Jujur aku cakap, sekarang aku dah tak kisah kalau aku tak berkahwin langsung, sampaikan lelaki-lelaki lain yang sentiasa cuba berusaha nak kan aku baik dulu dan sekarang maki – maki aku
“kau ingat lawa kau tu boleh simpan sampai tua ke?, lama-lama kedut juga lah wey. Apa guna kau simpan *pe…….* (ms.V) kau tu tanpa digunakan” This is consider as sexual assault. Betapa hinanya pemikiran kaum lelaki yang kebulur dengan nafsu serakah mereka yang menjijikan. Aku tahu, tak semua lelaki macam tu. Pernah aku harapkan kaum perosak yang menghancurkan hidup orang lain ni ditelan mati dan pupus dari dunia.

5 tahun aku hidup bersendirian, akhirnya aku tertarik dengan seorang lelaki yang cukup sempurna pada pandangan aku, cuma dia kuat complain mengalahkan perempuan. Sejarah dia ni pon makan hati dengan perempuan yang dia sayang, tinggalkan dia ikut lelaki lain. Kami berkawan dan mengenali hati masing-masing.. Bila perasaan suka muncul, kisah silam akan muncul kembali.. what if dia ni pun akan berubah seperti bekas tunang aku yang dulu sekiranya dia tahu yang aku mempunyai kisah gelap. Pada kepercayaan aku, dalam setiap perhubungan tu mesti disulami dengan kejujuran..

Manusia ni sentiasa berubah. Juga seperti aku, bila aku okay, aku cari dia.. bila tak okay aku jauhkan diri dari dia, itu semua sebab aku tak nak kehilangan dia kerana kisah gelap aku. Aku ni manusia biasa seperti kau orang semua yang mahukan kehidupan berumahtangga bersama insan yang kau suka.

Malangnya nasib mangsa rogol ni, bila dia jujur, si lelaki akan mula curiga, kena rogol atau dah ditebuk oleh kekasih lama… ?
Tell me, kau boleh ke terima perempuan yang pernah rosak tanpa mengungkit kisah silam dan menghina mereka? Bukan kerana lelaki yang baik tidak bertanya kisah silam perempuan, tetapi sekiranya kami si mangsa ni bersikap jujur dan berterus terang. Boleh ke kamu terima kami tanpa mengungkit dan menghina?

Sakitnya kamu akan kebenaran, sakit lagi kami yang menanggung…

– Mangsa rogol

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit