Kawan

Assalamualaikum, terima kasih pada iium confessor jika menyiarkan confession saya ini. Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca artikel aku ini. Aku zah berumur 22 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di IPTA diperingkat sarjana muda. Tujuan confession aku nak minta pendapat yang baik-baik dari kau orang. Harap sudilah kiranya menyumbang pendapat kalian. Kisah aku bermula sejak aku menyambung pembelajaran dalam peringkat ijazah hidup aku berubah. Kenapa? Sebabnya semasa aku di zaman diploma aku belajar di negeri aku sendiri. Rumah aku tidak jauh. Kawan-kawan aku ramai dan aku juga disenangi kawan-kawan. Sejak masuk ke peringkat ijazah aku berhijrah ke negeri yang tidak berapa jauh tetapi tempatnya agak terpencil dan kurang kemudahan. Mungkin sebelum ini aku terlalu senang sehingga tak dapat hadapi susahnya hidup walaupun dugaan ini orang selalu anggap kecil aja.

Semenjak menyambung pengajian perkara pertama aku lalui di semester dua. Aku tidak ada kawan, kelas pun aku masuk main redah aje sebab aku baru faham rupanya sistem degree untuk kelas di uni aku ni berbeza dgn uni aku semasa diploma. Aku agak depress sebab aku terkial-kial seorang. Kalau ke kelas aku hanya mampu memandang betapa gembiranya berjalan disisi rakan sambil gelak ketawa kerana aku dahulu seperti itu dengan rakan-rakanku. Tapi itu kenangan, disini aku tiada siapa-siapa mahupun sedara mara. Ouh ya lupa untuk aku jelaskan kerana aku tidak ada kawan sealiran yang sama menyambung di peringkat degree kerana aku menukar kos yang aku ambil semasa diploma. Aku mengambil langkah untuk cari juga seorang rakan dengan berkawan dengan seorang yang sama negeri tetapi beliau berlainan kos. Aku kira ,wah beruntungnyakan jika dapat berkawan dengan org senegeri jadi senang jika aku hendak balik boleh balik bersama. Tetapi, semasa di semester dua punca aku mula hilang semangat untuk berkawan.

Ia bermula bila beliau yang aku kenali semasa minggu rantaian siswa yang aku kira dan anggap baik , alim yang boleh aku berkawan turn out berubah dari apa yang aku fikirkan. Sebabnya dia “suka” aku. Masa tu Allah sahaja yang tahu, hati aku hancur kecewa. Aku susah nak percaya orang yang jika pakaiannya sahaja seperti tertutup tetapi jiwanya berbeza dari pakaiannya.Sedihnya, lalu aku mengambil keputusan tak apalah jika bersendirian di semester 2 pasti ada rakan yang boleh aku berkawan di semester 3. Sebab aku mula susah hendak percaya orang. Aku juga berpakaian yang agak “labuh” seperit dia jadi kukira jika mencari rakan yang sama pemakaian mungkin buah fikiran kita sama dan boleh juga mendapat sedikit sebanyak teguran dan nasihat dari dia kerana aku juga dalam proses penghijrahan. Jadi ku teruskan juga perjalanan.

Untuk di semester ketiga, dugaan di peringkat ini aku diperangi dengan sikap dan perangai roommate yang menjengkilkan dan juga dikatakan agak tidak telus dalam berkawan. Aku masih berharap di semester ketiga Allah perkenankan doa bertemu seorang sahabat. Tapi Allah uji aku lagi, aku ingin sekali berkawan dengan beliau yelah di semester kedua sudah kecewa cubalah di semester ketiga untuk mencari kawan, cuba bersabar dengan setiap tingkah lakunya. Lama-kelamaan dia semakin memijak kepala ialah perkara biasa yang dilalui semua student di IPT kawan yang hanya mahu menumpang markah assignment tapi kerja yang beliau lakukan hanya “seciput” sahaja. Apakan tidak kami sebilik, pernah beliau sedap lena tetapi aku berjaga sehingga subuh bertungkus lumus menyiapkan segala perkara dan beliau hanya memandang dan tidak ada suatu kalimat yang keluar untuk membantu untuk menyiapkan assignment sedangkan assignment itu perlu di submit esok pagi. Ketika itu, aku sudah muak dengan sikap beliau seperti itu lalu aku memendamkan kata-kata dan biarkan sahaja kerana aku malas hendak timbulkan pergaduhan. Aku cuba lagi bersabar sampai suatu tahap aku mendapat tahu bahawa beliau ada mereka-reka cerita. Kalau benar dia ingin menjadi kawanku perlukah dia berbohong dalam cerita. Bukan itu sahaja,beliau juga akan mengenepikan aku ketika beliau berjumpa dengan kawan-kawan sekelas beliau. Aku terasa dan aku pun redha bahawa Allah masih belum lagi kabulkan doa aku untuk mempunyai seorang sahabat seperjuangan yg paling tidak mempunyai rasa dan pendapat yang boleh aku bekerjasama.

Di semester keempat, aku terus kuatkan hati tapi hati aku makin pudar dan aku rasa tak apalah jika hidup bersendirian dibumi yang memang aku katakan susah sekali untuk aku kenal sesiapa dan fahami sikap dan rentak mereka. Tetapi Allah hadirkan lagi seorang insan untuk menjadi sahabatku. Aku bersyukur tetapi dalam masa yang sama aku takut. Takut jika sikapnya mengecewakan aku juga buat kali ini sama seperti sahabat-sahabat aku yang aku kenali sebelum ini. Aku berkenalan dengan beliau di semester ketiga, orangnya baik tetapi jika berbicara ada sahaja kata-kata yang menjadi perbahasan erti kata lain “selalu anggap diri betul” . Aku kira tak apalah, untuk menjadi kawan, kita kena terima baik buruk sikap kawan kita. Sebab masing-masing ada sikap tersendiri. Mungkin ada kawan mulutnya “puaka” tapi hatinya baik. Aku tinggal di kolej dan sebilik dengan beliau.

Di permulaan semester semuanya ok. Walaupun kadang-kadang ada terasa dengan perkataan dan reaksi yang beliau lemparkan apabila mood beliau tiba-tiba sahaja tidak kena. Aku hanya mendiamkan sahaja tanpa meluahkan. Suatu hari, secara tiba-tiba seminggu dua beliau diam bisu dan melayan aku dingin. Aku berkata dalam hati ya Allah kau duga aku lagi, aku kira aku sudah mendapat seorang rakan tapi tidak, beliau rupanya tidak senang dengan sikap aku. Mungkin juga kerana beliau iri dengan bakat dan akademi aku. Entahlah aku tidak pasti. Ini hanya spekulasi aku sendiri kerana beliau bersikap dingin secara tiba-tiba. Kerana perkara ini terjadi selepas kami berdua iv untuk mendapatkan jawatan di dalam organisasi di uni kami. Sejak itu,bermulalah beliau terus-terusan bersikap dingin tidak bercakap. Sampai suatu hari aku yang mulakan bicara, aku mengambil langkah untuk meminta maaf walaupun aku tidak tahu apa pangkal puncanya. Tapi perkara itu tetap berterusan, tak apalah aku masih bersabar, sampai satu masa aku agak tertekan kerana banyak kerja kumpulan yang kami perlu buat bersama tetapi beliau bersikap dingin tak semena-mena. Lalu aku mengambil langkah bertanya. Dari situ mulalah pergaduhan, aku pada awalnya niat cuba memujuk. Aku ingat lagi aku belikan tiket untuk beliau hadir ke program yang aku dan organisasi aku jalankan tetapi aku tak sangka aku dilayan teruk dan hina ketika itu. Ialah mana air mata dan hati tidak sakit dan pedih bila seseorang merendah-rendakan bakat kita, mengatakan sikap dan kematangan kita hanya sekadar “nak tunjuk bagus”, salahkah memang kalau sikap aku begitu?, haruskah aku ubah sikap aku demi dia?.

Kerana aku kira ia adalah suatu pencapaian buat ku kerana di peringkat menengah aku ini dikira soft spoken, tidak berkaliber, tidak ada sesiapa yang memandang. Jadi di uni aku tanam azam untuk berubah dan jadi seorang yang ada sifat kematangan dalam kepimpinan. Aku beranikan diri bercakap dihadapan orang , masuk dalam organisasi supaya aku dapat belajar macam mana gerak kerja seorang pemimpin. Atau mungkin ini sekadar alasan yang dia cuba lemparkan kerana dia iri hati dengan aku. Dalam suasana “pergaduhan” itu beliau juga ada mengatakan yang aku ini selamanya tidak disukai dan tidak ada siapa yang menyukai. Aku terkesan kerana segala cerita aku dari zaman semester 2 hingga 3 beliau tahu betapa aku ini sangat teruk jika hendak menjalinkan persahabatan. Bukan sekadar di uni aku juga pernah jadi mangsa dipinggirkan satu kelas di sekolah menengah akibat tersebut aku selalu berasa murung jika hendak berkawan dan sering ada suatu bisikan yang cakap “Engkau ni kalau berkawan memang tidak akan menjadi”. Jadi aku semacam sudah sedia terima yang diri aku ini memang tidak layak untuk ada kawan dan berkawan. Kerana tidak ada yang mampu bertahan sehingga ke penghujungnya.Entahlah tapi aku terkesan, aku masih terngiang-ngiang kata-kata dia. Dan ini juga berpunca dari gurauan. Almaklumlah,memang aku dilahirkan di negeri yang agak kasar bahasanya,dan sejak dari dahulu aku berkawan majoritinya adalah rakan senegeri ku. Jadi aku kira gurauan itu dia sudah biasa ,memandangkan usianya lebih tua sedikit dari aku.

Aku kira bolehla menerima gurauan aku. Memang aku jenis susah untuk ketawa jika ada humour tetapi aku tetap akan tersenyum kerana takut kawan kecewa pula lawaknya tidak menjadi. Gurauan aku yg aku selalu kata pada dia cuma meminta dia bercakap secara matang almaklumlah beliau dan aku berbeza umur. Jadi ku kira bolehla sahaja-sahaja buat gurauan kerana pada awalnya beliau sendiri yang berkata memang beliau bersikap keanak-anakam. Tetapi bila ini terjadi lain pula katanya. Katanya aku harus jaga percakapan aku , hormati dia kerana umurnya lebih tua. Aku bingung. Hah?. Sebelum ini katakan boleh sekarang sampai menjadi punca pergaduhan. Aku cuba maafkan buat kali kedua dan dia ada meminta maaf tapi dari sekeping kertas. Dan didalam kertas itu beliau ada menulis bahawa beliau tidak akan membenarkan ego beliau kuasai beliau selepas ini. Aku beri peluang untuk berkawan, tetapi jadi semula beliau bersikap dingin, kalau berkata kata-katanya menyindir, menegur tapi dalam nada yang agak “kurang ajar” di dalam kumpulan whatsapp. Hati aku tawar,lalu aku mengambil langkah untuk pergi sejauhnya dari dia. Aku membuat begitu kerana tidak mahu menimbulkan konflik tapi lain pula difikirkannya. Beliau berkata beliau makin “menyampah” dengan sikap aku sebegitu. Aiikk sedangka aku sudah memberitahu perkara tersebut pada beliau secara baik bahawa aku dan dia tidak lagi boleh bersama “berkawan”kerana ku kira dia pasti tidak senang melihat gerak geri ku. Yelah kalau orang dah kata “menyampah” dekat kita. Mestilah kita menganggap diri kita sampah didepan mata beliau.

Kini aku masih di semester empat hendak menghabiskan sisa baki sebelum menghadapi final. Hati aku sekarang sedih dan murung. Sedangkan aku sudah berdoa,solat, membaca buku agama,menonton video untuk meningkatkan motivasi. Tapi aku tetap rasa “down” yang teramat. Aku sendiri tak tahu punca walaupun banyak perkara yang boleh buat aku bahagia terutama di bulan ramadhan yang mulia ini. Jadi aku perlukan sokongan moral dari kau orang. Bagilah aku kata-kata semangat yang positif supaya aku kembali bersemangat. Sekarang aku tak hiraukan pelajaran,kehadiran ke kelas aku juga aku tidak hiraukan, tidak ada semangat kepimpinan kerana sebelum ini aku seorang yang bersemangat apatah lagi bila fikirkan aku perlu buat semua ini demi ibu aku yang tercinta. Kerana ibu aku adalah seorang oku dan ibu tunggal. Aku tidak mahu ibuku kecewa dan dalam masa yang sama terbeban dengan masalahku. Sudah cukuplah dengan apa beliau rasai sepanjang hidup beliau. Aku juga perlukan semangat untuk mempercayai seorang kawan. Tak kiralah sama ada kawan itu hendak menjadi kawan aku ataupun tidak tetapi at least aku perlukan rasa kepercayaan balik pada manusia. Kerana aku menganggap manusia semua sama. Hidup hanya pentingkan diri.

Terakhir sebelum aku menghabiskan confession aku ini. Aku ingin mengucapkan salam ramadhan al mubarak buat pembaca semua. Berilah kata-kata semangat supaya aku menjadi positif. Tq

– zah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *