Kawan Baik Awang Hitam

Rakanku Awang Hitam.

Asalamualaikum terima kasih ak ucapkan pada admin sekiranya confession aku di siarkan.. Aku bukanlah pelajar uia, tapi aku lah pembaca tegar page ni..Tujuan aku buat confession ni adalah untuk cerita tentang mentaliti rakyat kita bila kita berkawan dengan foreigner khususnya bangsa yang dikenali sebagai awang hitam..

Aku ada seorang kawan foreigner ni, lelaki. Dia asalnya dari Nigeria dan dah 8 tahun menetap di Malaysia.. Aku kenal dia dekat wechat. Masa tu aku still diploma, main wechat lagi la kiranya. (Sekarang tak k) Haha. Masa tu aku approve sebab dia pakai profile gambar kucing( aku suka kucing)
Mula2 oke je aku berbual dengan dia bila dia cakap dia dari Nigeria, aku dah tak sedap hati dah. Tapi aku teruskan jugak la message dia sampai aku tak ingat pun yang dia ni Nigerian. Lepas lebih setahun aku borak dengan dia pakai wechat, aku makin rapat dengan dia and kami pun bertukar nombor whats app..

Kami semakin rapat, sampai la satu hari N cakap N nak jumpa dengan aku.. Mula2 aku takut jugak la sebab aku ni lebih selesa berkawan dalam online je.. Tapi bila nampak kesungguhan N nak jumpa aku, aku turutkan je.. Aku pun pergi jumpa dia and kitorang berbual kat luar kereta sekejap.. Apa yang aku nampak semua orang tengok aku macam aku ni buat salah besar je.. Pak guard kat gate tu pun jeling aku lain macam.. chill lah. Aku cuma bual2 je kot. Bukannya aku buat xsenonoh ke apa pun.

Untuk pengetahuan korang, N ni kecil2 je orangnya.. dia tak besar macam kawan2 sebangsa dia.. Dia salah seorang student dari negara dia yang tgh buat phD kat universiti kat Malaysia ni.. Maknanya memang dah lama la aku kenal dengan dia sejak dia belajar master lagi..
Makin lama aku makin selesa dengan N, bagi aku dia memang baik, caring dan selalu ada bila aku ada masalah atau perlukan apa-apa bantuan dari dia.. Dan dia seorang yang sangat ambil berat dan selalu bagi nasihat.. Kadang2 kalau aku bergaduh dengan kawan aku ke, bf aku pun aku cerita kat dia and dia akan bagi nasihat yang sangat membantu..

Ada satu hari tu aku ada masalah yg perlukan aku buat laporan polis.. Masa tu aku tak ada kenderaan, aku call N. N sanggup datang dari JB sebab nak bawa aku pergi buat report polis.. Lepas tu dia bawa aku jalan dekat mall sebab nak tenangkan aku sikit masa tu.. Masa jalan kat dalam mall tu ya Allah. Aku rasa macam nak cucuk je mata2 yang pandang aku dengan N lain macam tu. Masalahnya aku jalan sebelah dia macam biasa je, bukannya jalan pimpin tangan ke apa.. Tapi masyarakat kita tengok macam jijik sangat je aku jalan sebelah N tu. Ada yang aku tengah jalan, budak perempuan ni cuit2 kawan dia suruh tengok aku. Haih entah la mungkin diorang fikir aku dah kena guna2 dengan N kot.. Aku malu jugak masa tu, tapi bila fikir balik kenapa aku nak malu.. Aku tahu diri aku dengan N macam mana.. Lagi2 N ni jenis yang jaga solat dan tak pernah ambil kesempatan kat aku..

Disebabkan aku rapat dengan N, kami selalu berkongsi and bertukar2 cerita.. N ada pernah cakap dengan aku, memang ramai perempuan melayu approach dia, tapi semua nak duit dia je. Lepas dah minta tolong itu ini, diorang blah macam tu je.. Masa dia cerita tu aku macam nak percaya tak percaya jugak, yelah sebab kat negara kita ni kebanyakannya kes perempuan melayu yang kena tipu dengan rakyat negara diorang.. Tapi bila dia tunjukkan aku conversation whats app, facebook and aku ade nampak budak perempuan tu call kat handphone dia, baru aku percaya. Masa tu ak siap buat fake account lagi nak add budak perempuan tu haha. Yela, aku kena sahihkan cerita kedua belah pihak jugak kan. Ok ak namakan budak perempuan tu Hani.

N cerita, ada masa birthday Hani, N bawak kawan Hani lagi sorang nak sambut sama2. Kek, hadiah pun N yang sponsor untuk birthday si Hani ni. N tunjukkan aku gambar2 yang dia ambil dengan Hani. Tapi kat fb Hani tak ada mention dia pun. Aku pun apa lagi pergi stalk la si Hani ni.Memang betul Hani upload gambar kat fb just gambar Hani dengan kawan dia lagi sorang je.. Dengan caption “thanks dear” seakan2 kawan dia pulak yang prepare semua padahal kawan dia tu menumpang je. (Kawan Hani ni macam tomboy sikit) Semua gambar yang ada N dia crop sebab N duduk kat tepi. Bila lama-lama last2 terbongkar Hani ni rupanya lesbian and kawan dia tu bf dia.. Memang diorang dah pakat nak kenakan N.. Tapi N relax je, tak ade nak balas dendam ke apa sebab N suka kat si Hani tu..

Sebelum tu N pun ada cerita yang dia ada gf melayu jugak, tapi terpaksa putus sebab mak ayah perempuan tu tak boleh terima N sebab N warga nigeria.. Siap kena halau lagi dari rumah bila ayah dia nampak N. hmm mentaliti kan. Cuba la kalau N tu orang putih. Laju je aku rasa family perempuan tu siapkan majlis.

Lagi ada lagi la perempuan2 baik melayu baik bukan melayu kawan and ambil kesempatan kat dia.. Minta tolong baysrkan itu ini.. Yang aku paling tak tahan ada sorang budak perempuan ni dah janji nak pergi taman tema dengan N, N siap belikan tiket lagi utk dia. Lepas tu bila budak perempuan ni jumpa N, dia ambil tiket dia dengan tiket N pergi dengan kawan dia.. Hmm aku pun tak tau kenapa dia ni lurus sangat. Aku yang jadi kesian. Dulu sebelum aku kawan dengan dia macam2 aku fikir ntah2 dia nak jadikan aku keldai dadah la, nak guna2 aku la.. bila dah lama kenal baru aku tau dia ni bukan la yang macam aku dengan sesetengah orang lain fikirkan.. bila kenal dengan dia, dia seorang yang sangat matang, lemah lembut dan berbudi bahasa.. kalau dia nak ambil kesempatan dekat aku, dah lama dia buat dari dulu 4 tahun lepas lagi..

Dulu pun ada kes viral yang peniaga online kena kutuk sebab kahwin dengan lelaki Nigeria kan.. Itu lah orang kita. Bila kahwin dengan mat salleh bukan main lagi sweet la, apa la, disebabkan mat salleh tu pada fizikalnya handsome. Bila kahwin dengan Nigerian, wahh rancak betul kutuk sebab bagi mereka fizikal warga nigeria ni tak handsome. Betul la orang kata, sekarang ni tak kisah la kau bangsa apa pun, orang akan judge kau ikut warna kulit, even kau satu bangsa. Siapa paling putih dia menang. Seriously, what for? Tuhan dah jadikan elok dah. Lagi satu Tuhan jadikan bangsa yang berkulit gelap bukan utk dicaci, dihina dipandang rendah dan Tuhan bukan jadikan bangsa berkulit putih untuk dipandang tinggi. Darah kita tetap sama. Yang bezakan kau perlu dipandang tinggi atau rendah satu je. Peribadi kau.

Apa yang aku nak cakap kat sini, mentaliti masyarakat kita kena ubah sebenarnya.. Tak boleh asal nampak orang Nigeria je kau cop awang hitam, keldai dadah, kaki tipu etc. Kalau aku tanya kau bangsa apa, lepas tu aku cakap kelemahan bangsa kau, kau suka ke? Tak kan. Bangsa tak ada kelemahan, yang lemahnya tu individu.

Lagi satu aku nak nasihat jugak, kalau nak kawan dengan lelaki foreigner tak kisah la negara mana pun, kena siasat latar belakang dulu, jangan easy sangat bagi nombor telefon ke apa ke.. Ada sesetengahnya scammer, ada yang baik and ikhlas nak berkawan.. Aku faham ramai yang terjebak dengan jadi kambing hitam atau keldai ni sebab most of them mulut manis and time tu pulak korang perlukan attention.. Tapi walau macam mana pun tetap kena berjaga2.. and nak berjaga2 pun ada caranya, jangan la sampai kau mengecilkan hati orang tu jugak..

– CrystalMaiden

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit