Keadilan Bagi Lelaki Baik

Assalamualikum Admin and readers. Thank you Admin kalau post cerita ni. Aku tak pandai karang cerita tapi boleh lah aku cerita pengalaman aku ni yang aku kira tragis.

Aku tahun ni berusia 35 tahun, nama aku S seorang arkitek. Kerja aku agak busy membuatkan aku masih bujang dan susah nak cari calon. Sampai aku kenal dengan seorang perempuan ni sebab dia add aku kat facebook.

Nama dia Arissa(bukan nama sebenar).
Fast forward lepas chatting kitorang jumpa. Pada mata aku dia ni cantik ada lesung pipit and kulit sawo matang suara serak basah dan agak kasar.

Oh sebelum tu, aku cuma pakai superbike je dan awal awal dia da bagitahu dia tak naik motor dengan lelaki.Jadi bila keluar dia akan bawa kereta dia. So memang taip kali keluar naik kereta dia la.

So far mana mana perempuan aku kenal dan penceritaan dari kawan kawan mesti dapat perempuan demand. Aku benci perempuan mata duitan ni.Tapi arisa ni lain sikit sebab kedai mamak pun dia minum. Cendol tepi jalan pun dia okay. Takda minta aku apa apa lah kecuali makan sebab dia kuat makan.

Aku da jatuh hati dan angau. So aku ada beberapakali suarakan hasrat nak peristerikan dia since aku pun da ada rumah dan alhamdulilah aku boleh jaga dia.

Aku da berangan lah rezki aku ni dapat bini lawa, anak pun lawa lawa la nanti kan? Tapi apa yang aku pelik tiap kali aku suarakan hasrat aku dia jadi panas hati dan marah marah.

Aku bagitahu dia aku ni da tua da layak kahwin. Soal duit jangan risau insyallah mampu dan aku bukan kaki perempuan. Tapi dia mesti cakap dia tak sedia lagi. Dia pernah la off phone dia dekat seminģgu bila aku sebut hal ni.

Sampai ramadhan tahun lepas, aku fikir elok la bertunang masa raya. Aku suarakan lagi hasrat aku. Masa tu aku hantar dia balik terawih singgah mamak. Dia monyok je.

Da masuk kereta dia cakap dia cuma nak kawan je sebab dia tahu aku boleh dapat perempuan lagi baik. Dia minta maaf sebab desakan aku buatkan dia tak selesa.

Hmm rupa rupa nya da pernah terlanjur dengan kekasih lama. Menitik nitik airmata dia menangis minta maaf. Aku masa ni terus terang da takda perasaan. Maksud aku hati aku jadi kosong.

Aku rasa macam tertipu. Mana tak nya? Dia pakai tudung, solat tak tinggal. Tapi sebenar nya? Aku rasa tertipu. Walaupun itu hal lama tapi aku rasa tertipu.

Aku tak sangka perempuan yang nampak baik, selalu ingatkan aku solat dan mengaji. Cehh siap uji bacaan solat aku konon, tapi diri sendiri tak terjaga?

Pada aku mana mana perempuan yang salahkan lelaki sebab diri da tak suci sebenar nya korang sendiri yang salah. Sendiri tak jaga kehormatan dan kau expect kami orang lelaki buta buta nak terima?

Aku sumpah pada diri aku kalau aku cari bini biar yang suci yang bersih dan baik sebab itu bakal melahirkan zuriat aku akan datang. Bayangkan kalau da dijamah orang lain?

Malam tu ramadhan ke 22 malam terakhir aku jumpa dia lepas hantar dia balik. Aku terima bayak messaage, Whatsapp dan email dia. Tapi aku block dia terus. Walaupun dia berubah, aku rasa dia lebih layak dapat yang sama dengan dia.

Aku tak hina dia, cuma aku rasa tak adil bagi kami kaum lelaki yang yang jaga kehormatan dan tahan nafsu kami akhir nya dapat perempuan macam tu. Pada semua perempuan, jangan jadikan alasan “lelaki yang baik takkan tanya kisah silam perempuan”.

Kami tak tanya sebab kami hormat anda, tapi adakah anda tergamak dan sanggup menipu kami? Adakah anda rasa kami redha jika hanya malam pertama nanti semuanya kantoi?

Aku tak tahu apa cerita arisa tu sekarang. Aku harap dia dah bertaubat dengan sesungguh nya sebab dosa zina tu dosa besar! Walaupun dia ada ciri ciri yang lelaki idamkan. Tetapi kesilapan dia betul betul menutup hati aku.

Pada semua kaum hawa jaga lah kehormatan anda. Jaga la maruah dan makhota anda untuk suami anda. Jaga nama baik keluarga. Jangan mudah serah kerana cinta.

Pada kaum adam, ingat! Kita layak memilih suri hidup kita dan pilih la yang terbaik. Ingat tak apa ciri ciri perlu dicari dalam mencari pasangan ? Cari jawapan nya sendiri.

– Mr S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit