Keberkatan Rezeki 

Salam semua. Terima kasih admin kalau siarkan.

Aku selalu terfikir bagaimana untuk dapatkan keberkatan rezeki sebab family sering mengalami masalah duit dari aku kecil sampai sekarang. Aku ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Famili aku ni dalam kategori sedang2 dan selalu berhadapan masalah kewangan. Aku pula, dari kecil lagi selalu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, kerana itu makcik2 dan kawan2 parents aku akan beri hadiah berupa wang ringgit kepada aku. Parents aku tak mampu beri hadiah mahal2 atau wang tapi mereka akan bawa belanja kami adik-beradik di kedai makan (bukan tempat mahal2). Bagi aku ok lah tu, aku happy dengan effort parents untuk celebrate aku setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Duit yang aku dapat tu, semua mak aku ‘pinjam’ sebab untuk tampung keluarga. Mak aku ni sangat kuat bekerja dari aku kecik sampai sekarang, so duit2 tu aku tak minta balik pun. Aku kesian kat mak. Mak I love you muah

Aku tak tahu kenapa, hidup aku ni dipermudahkan, tak seperti adik-beradik aku. Sewaktu dapat tawaran belajar di sekolah berasrama, aku tak perlu minta duit dari parents sebab makanan semua pihak sekolah sediakan. Aku amalkan gaya hidup tak boros (makan je kat kantin walaupun ikan dia baling kat dinding pun, dinding yang pecah haha). Dah tamat SPM, aku ditawarkan biasiswa untuk sambung belajar. Jadi aku tak perlu ambil PTPTN atau minta duit dari parents. Malah duit biasiswa yang aku dapat bulan2 tu aku boleh hulurkan kepada mak untuk bantu dia. Duit biasiswa bukan banyak sangat pun, RM700 je sebulan tapi aku masih amalkan prinsip aku untuk tidak membazir, tak pergi ikut kawan2 shopping or tengok wayang dan hanya memeruk dalam bilik study/ tengok movie free online — mungkin sebab tu aku tak penah ade boyfriend, tak pandai bersosial LOL. Sampai ribu2 pun aku boleh bagi mak aku taktau macam mana aku baleh terjadi ‘kaya’ waktu zaman belajar haha. Kelakar kan

Kini, aku sudah bekerja dalam bidang yang aku sangat minat walaupun mencabar dan dapat bantu orang. Sekarang walaupun sudah bergaji yang agak tinggi, aku tidak boleh menyimpan banyak seperti kawan2 aku yang lain. Aku masih perlu bantu mak dan keluarga dengan duit dan sekarang lebih banyak lagi duit diperlukan sebab adik2 aku tengah belajar kat uni. Banyak kali aku jealous dengan kawan2 aku sebab diorang anak orang berada yang parents masih akan bayarkan itu dan ini untuk diorang dan boleh berbelanja sesuka hati. Tapi itu tidak terjadi kepada aku sejak kecil lagi (mungkin ujian untuk aku). Mungkin takdir aku adalah untuk membantu orang. Dan mungkin kehidupan aku dipermudahkan kerana aku selalu memberi. Walaupun aku masih tak kaya2, hidup aku ni ok la, cukup makan aku hari2 alhamdulillah. Mungkin inilah namanya keberkatan rezeki. Sebab keberkatan rezeki itu bermaksud rezeki yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Setiap rezeki itu bukan kita punya, itu hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa buat diri kita. Walaupun aku takde rezeki jadi secantik artis Korea (sebab aku orang Melayu pure takde mix) dan masih tak kawen2 lagi (umur aku dah hampir 30-an) tapi aku bersyukur dapat bekerja dalam bidang yang aku suka dan dapat membantu orang serta famili sendiri. Semoga kita semua ikhlas dalam membantu, insyaallah.

P/s: Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak kamu dapat (buat bekalan untuk akhirat sana). Buatlah orang lain gembira, maka Allah akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak disangka-sangka. Happiness is to be grateful with what you have ~

– Ice princess

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit