Kecundang Di Universiti

Assalamualaikum min dan readers,,
Aku harap sangat min, kau dapat approve.. Harap sangat-sangat..
Aku Ana. Aku sekarang berada di sebuah universiti tempatan. Aku nak berkongsi cerita dan juga sedikit teguran untuk muhasabah diri bersama-sama.

Minggu orientasi dah lebih seminggu berlalu. Alhamdulillah, junior berjaya melaluinya. Beberapa hari yang lepas, aku bertemu dengan salah seorang fasilitator yang juga timbalan dalam organisasi surau kolej kami. Aku bertanyakan pengalaman sepanjang menjadi fasi dan fokus utama aku ialah bab solat. Bukan apa, walaupun baru masuk tahun ke 2, aku nampak jauh sangat jurang antara hiburan dengan agama di universiti aku ni. Jika tiada pegangan yang kukuh, terutama sekali yang berlatar belakangkan sekolah agama, jujur aku kata, di sinilah aku lihat ramai yang mengalami kejutan budaya.

Bukan mahu bias, tapi jujur sekali lagi, aku pernah menangis mencari surau di kawasan bandar tempat aku melakukan assignment. Jenuh aku pusing serata tempat bertanyakan di mana surau. Jawapan yang aku dapat cumalah kehampaan. Tiada surau di shopping mall di kawasan bandar sebegitu? Jadi di mana mereka solat dikawasan itu? Waktu tu, Allah je tahu. Aku seolah olah asing di negara sendiri. Menangis mencari tempat solat tapi tiada!

Kau tahu waktu tu aku solat di mana? Aku mintak izin kat encik yang menjaga toilet untuk solat di dalam kawasan toilet sebelah sinki! Daifnya aku rasa waktu tu, hancur luluh hati aku waktu tu. Tak pernah terfikir untuk menjadi muslim yang asing di negara majoriti muslim. Aku harap, aku dapat salurkan perasaan ni supaya kau juga rasa apa yang aku rasa.

Berbalik kepada cerita asal, kakak tu cerita segala-galanya. Bermula dari fasi yang dilantik menjaga bahagian kerohanian di kolej tersebut yang agak culas menjalankan tanggungjawab, terpengaruh dengan hiburan yang sedia ada sepanjang mereka berkumpul, sehinggalah waktu solat yang terpaksa di tegur oleh kakak tu kepada fasi displin. Dan kau tahu apa yang kakak tu dapat? Fasi displin, ketua fasi kolej dan penolongnya semua sama. Masing-masing provok dan perli kakak tu. Waktu tu dibazirkan dengan refreshment sedangkan mereka sudah kepenatan dan masih belum solat lagi. Si penolong ketua kolej kata, “baiklah, orang belakang dah bising suruh solat. Jomlah kita solat”. Dengan nada memerli. Aku kecewa, sebab yang cakap tu, aku tahu dia berlatar belakangkan sekolah agama! Kecewa aku tengok kejutan budaya yang mempengaruhi dia. Astaghfirullah..

Satu lagi ayat yang buatkan aku panas hati, fasi displin yang juga seorang muslim kata, “ehh.. Solat tu masing-masing punya hal okay.” Aku terkelu dengar ayat fasi tu. Keseluruhan daripada cerita kakak tu dan pengalaman senior senior lepas, universiti aku memang agak kurang dalam bab agama. Bayangkanlah bila fasi yang biasa-biasa sibuk memerli fasi yang daripada organisasi islam, sedangkan fasi itu sendiri muslim, ingin mengingatkan waktu solat je pun dah boleh buat isu bertekak. Bukan suruh fasi tu tolong solatkan orang lain punya solat pun. Cuma ingin selitkan waktu solat je. Sehinggakan di kolej aku sendiri, ahli surau pun sering dipandang lain. Kami dikata assabiah dan sebagainya. Mereka membina gap dengan kami. Kami yang berusaha merobohkan gap yang mereka bina dengan kami seolah olah kami menagih simpati supaya terima kami. Sedih.. Memang sedih. .. Surau seolah olah menjadi tempat asing bagi pelajar kolej. Dan bila zumba dan aktiviti aktiviti yang melibatkan hiburan, percampuran, menari dan sebagainya, ramai yang turut serta.

Puas aku menangis menahan kekecewaan. Aku rasa, umat kita dah tenat. Aku takut lihat kenyataan harini. Memang benar iman tak dapat diwarisi. Aku bukan daripada yang berlatar belakangkan sekolah agama. Sebabtu aku mengharapkan yang bersekolah agama untuk bantu. Tapi melihat ada juga di antara mereka yang juga sudah semakin lama semakin samar2, aku jadi takut. Aku selalu berdoa supaya aku ditetapkan pendirian. Doakan aku ..

Perkara yang aku nak pesan daripada cerita aku, Kepada yang berlatar belakangkan sekolah agama dan juga kepada yang muslim, aku tahu kau pun manusia biasa dan kau berhak pilih jalan hidup kau sendiri, cuma satu kau kena ingat, ilmu agama yang kau belajar dulu, yang kau pernah tahu, Allah akan tanya di akhirat kelak. Kalau kau rasa kau pinggirkan agama hanya semata-mata untuk diterima di komuniti yang biasa- biasa, tak perlulah seolah-olah kau jahil tentang agama sehinggakan kau memandang remeh soal tiang agama dan menyebabkan orang lain yang resah gelisah sebab nak solat jadi bertambah gelisah disebabkan kelewatan yang kau buat. Biar nakal asal beriman. Aku tak kisah kau nak nakal ke apa, tapi bila part solat kau remehkan, aku paling pantang bab tu. Aku memang tak baik. Tapi percayalah melalui solatlah aku merangkak semula ingat siapa aku di dunia. Aku, kau dan kita bukan siapa2. Dan mati tu tak kira usia. Boleh jadi masa kau tengah perli org ingatkan kau tentang solat, Allah tarik nyawa kau waktu tu. Aku tak ada ilmu sebanyak kau yang bersekolah agama, aku tulis ni sebab aku kesiankan agama kita, aku kesiankan kawan2, adik2 yang sebelum ni hidup dalam tarbiah di sekolah agama, aku tak pernah dapat peluang untuk bersekolah di sekolah menengah agama, nak masuk tahfiz apatah lagi.. kau tak tahu hati mereka menangis melihat kenyataan dunia yang penuh hiburan di depan mata. Kau tak tahu resahnya mereka bila kau suruh singkirkan sifat malu hanya semata-mata ingin enjoy. Aku tak kisah kalau kau biasa-biasa sbb aku pun biasa biasa, tapi atleast, considerlah orang lain yang berusaha jaga agama dalam diri dia di saat dunia nyata menggoda supaya terleka. Kau pengaruh orang supaya enjoy, tak ingat solat, kau dapat apa? Tepuk dada, cuit2lah iman.Tanya dia sihat ke tak.. Barangkali dia sedang merindukan tuannya untuk tersedar..

Terima kasih sebab baca. Semoga dapat ambil ibrah bersama. Sebarkan doa dan kasih sayang,
-Hamba Allah (Ana)

– -Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit