Kedekut Pinjam Kereta

Kedekut Pinjam Kereta

Korang mesti pernah kenal specis yang kedekut nak bagi pinjam kereta kan? Aku ni salah sorang la yang kedekut nak bagi orang lain pinjam kereta. Antara ayat yang selalu aku dapat:

“Bawa la kereta kau tu ke lubang kubur”

“Kedekut nak mampus kereta, nanti accident kau tau la”

Ada lagi ayat lain, tapi aku rasa korang pun mesti dah pernah dengar ayat-ayat macamtu, samada kau yang kena ataupun kau yang dok kata kat member kau sebab dia taknak bagi pinjam kereta.

Zaman uni aku bawa kancil, beli cash dalam RM8K, kumpul sendiri hasil niaga part time kat tenet. Dari awal memang aku berat nak bagi pinjam, tapi jenis housemate, kawan course tak faham bahasa asyik dok minta je, aku tau la dia nak keluar dengan awek sebab tu taknak bawa motor.

Kes pertama yang sebabkan aku memang sampai sekarang takkan bagi pinjam kereta, bila ada member suka hati ambil kunci kereta aku then keluar, ada sms je dalam phone aku dia pinjam keta. Sampai malam aku tunggu takda pun dia balik, call pun tak jawap.

Malam tu dia balik lewat, tak bawak balik kereta aku, bila tanya mana? Dia kata accident, suruh tow tarik. Aku memang panas hati malam tu, dia ni pulak jenis sentiasa tak berduit, nak ganti macamna? Keta aku lak insurans third party, towing tu pun kena bayar lagi, total repair kos semua dah dekat 3k.

Aku sepanjang zaman belajar dok minta mamat ni bayar, dia finally lari keluar rumah sewa, satu sen pun tak bayar, mak bapak pun jenis takda duit juga, so diorang pun taknak bertanggung jawap. Aku sendiri repair kereta aku, pinjam duit mak ayah aku. Masa ni aku belajar, kereta ni bukan semua mampu pakai, kalau orang tu takda kereta jangan bagi pinjam sebab 90% kemungkin dia tak mampu bayar kalau accident.

Zaman kerja pun ada juga housemate perangai kepala bana ni, dok simpan duit sendiri kata nak melabur hartanah, pakai motor je, asyik dok sebut sifu hartanah pesan etc, kuat menganjing aku sebab beli kereta baru perabis duit bayar bulanan.

Tapi asyik dok minta aku hantar sana sini, then ada juga berapa kali dok minta pinjam kereta. Bila aku kata kenapa tak beli? Dia kata merugikan sebab bukan nak pakai selalu. Manusia macamni memang perangai haram. Duit minyak langsung tak bagi.

Abang aku dulu putus tunang kes bagi orang lain drive kereta la, asalnya dia bagi tunang dia je drive, entah macamna tunang dia selamba pinjamkan ke adik dia. Dah accident suruh claim insurans saja. Abg aku taknk la sebab nanti NCD hilang, insurans jadi mahal, so family perempuan kata hantar kat bengkel murah je, pun abang aku taknak sebab kereta baru 2 bulan, nak ganti barang ori la kat service center. Family perempuan taknak bayar, last2 diorang sendiri putuskan tunang alasanya, abang aku berkira. Satu sen pun diorang tak bayar, cincin tunang pun tak bagi balik.

Bila kita tak bagi macam-macam ayat buruk dia keluar, doa benda tak baik jadi kat kita, tapi kalau jadi apa apa taknak pulak bertanggungjwp, aku je keluar duit. Aku beli kereta untuk keperluan aku dan sebab aku taknak susahkan orang lain, so sekarang ni memang aku 100% kedekut bagi orang lain drive kereta.

– En Proton

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit