Keluarga Harmoni Itu Satu Angan-angan

Dari kecil aku memang agak lambat dalam pelajaran, aku sangat kebelakang dan selalu diperli dicemuh. Benda ni jadi dekat batang hidung sendiri dan apa yg bakal aku kongsikan adalah cuma perkongsian pengalaman untuk mereka yg senasib dengan aku.Aku ada abang2 dan kakak2 yang pencapaian mereka dalam kehidupan adalah jauh lebih baik. Tak kira masa sekolah, universiti mahupun pekerjaan mereka.

Mungkin dalam setandan pisang mesti ada yang tak elok dan aku akui yang tak elok tu adalah aku. Pencapaian ketika aku sekolah tak berapa baik. Selalu juga dicemuh abang2 dan kakak2 sendiri dari dulu. Sebagai contoh “tu la upsr tak elok, kan dah dapat sekolah bodoh”. Dengan keputusan spm yang cukup2 makan ni, aku diterima masuk ke sebuah IPTA. Alhamdulillah rezeki Allah tu sangat luas aku bersyukur. Dicemuh dengan adik beradik “kursus tu kursus terbuang, nanti dah habis belajar memamg susah nak dapat kerja” kata mereka tanpa ada ucapan tahniah mahupun kata semangat. Ayah dan mak punca kekuatan. Syukur kepada Allah atas nikmat ayah dan mak untuk aku. Aku memeneruskan pengajian, aku cuba dapatkan duit lebih semasa di IPTA dgn buat biness kecil kecilan atas niat menampung kos kehidupan aku sendiri. Tapi lepas diketahui adik beradik lain, aku di cemuh keji tanpa mereka perlukan justifikasi dari aku. Kata mereka “mak ayah hantar belajar, belajar bukan kerja. Nak kerja sangat, berhenti je belajar” menitis air mata aku depan mak. Aku terkedu tanpa bicara.

Aku malu nk minta dari mak dan ayah. Aku kerja untuk tambah duit bayar yuran kolej kediaman dan sebagainya. Aku tak pernah dihulurkan duit belanja dari kakak2 dan abg2. Ya mereka berduit meraka berjaya dalam professi mereka. Aku memilih untuk tidak meminta dan percaya aku boleh berdikari. Apa ak buat disalah erti. Aku diam, aku sabar.ayah dan mak selalu tegur sikap2 abg2 dan kakak2 aku. Mereka tak endahkan teguran mak dan ayah. Kata mereka mereka lebih faham kehidupan zaman sekarang dan sebagainya. Bagi aku sikap mereka bagai membenci bukan menyayangi. Kata mereka, mereka lebih banyak pengalaman lebih banyak makan garam. Nasihat yang baik aku ambil cuma sikap mereka yang mencemuh keji aku itu akan aku buang dari ingatan.pernah satu ketika pointer aku bawah dari 3. Kata mereka kalau next sem tak dapat 3, berhenti je belajar dari buang masa. Kata mereka pointer bawah 3 memang tak menjamin masa depan.

Ak percaya pada diri aku. Aku tetap belajar bersungguh2. Aku percaya rezeki Allah. Allah pernah kata dalam al quran jika kita berusaha pasti ada ganjaran dari usaha tersebut. Ak selalu ambil tindakan diam dan cerita dekat arwah mak. Alhamdulillah arwah mak memahami aku jauh lebih baik dari segelintir adik beradik yang lain. Aku lelaki tapi bila mengadu dengan mak, aku tak akan dapat cerita masalah aku sampai habis mungkin sebab airmata yang jatuh dulu bila bersuara dengan mak. Mak akan cakap sabar dan usaha semampu boleh. Arwah mak meninggal masa aku masih belajar, segala semangat hilang bagai ditarik nikmat Allah yg selama ini dipinjamkan. Aku redho.

Aku banyak menyepi dan berdiam diri dengan keluarga. Aku selaku ceritakan masalah dekat ayah selepas pemergian mak. Kerana jika diluahkan kepada adik beradik, apa yang aku terima hanyalah cemuhan, dipandang rendah, dan terlalu negatif. Setiap pencapaian aku, aku aku diamkan kerana aku tidak diraikan juga tidak dipedulikan mereka (abg2 dan kakak2). Mungkin pencapaian aku tak sehebat atau segagah mereka. Aku berkecil hati dan dari seorang yg ceria di IPT, aku akan jadi seorang yang sangat pendiam dirumah. Sehingga kini perangai abg2 dan kakak2 aku tetap sama. Sedikit pun tiada perubahan. Aku cuba elak dari mendekati golongan2 yang terlalu judgemental dan negatif. Sebab aku pernah melalui kehidupan sebegini dari kecil.

Percayalah kalau tidak ada iman dan pegangan agama, perkara2 mcm ni mendorong orang mcm aku utk lari dari rumah, putuskan pertalian kekeluargaan, berdendam dan sebagainya. Betul peribahasa Air dicincang tak akan putus tapi jika air terus dicincang cingcang manakan dapat air yang akan tenang.

Sekarang aku bersyukur dengan apa yg aku kecapi, aku bersyukur dengan rezeki dari Allah walau tidak banyak ia sentiasa mencukupi Alhamdulillah. Buat peringatan kepada semua. Jadilah abg2 dan kakak2 yang mendorong. Peringatan buat diri dan orang2 lain. Jadikan adik beradik sebagai rakan dan jangan dicemuh di keji. Ambil pendekatan yang lembut. Kita sekeluarga. Kita saling menyayangi. Jangan ada dendam diantara keluarga Nauzubillah.

Bina keluarga Islam bina keluarga yg harmoni. Salam.

Tough time create tough people.

– Ahmad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit