Keluarga Pengotor

Keluarga Pengotor

Hi dan salam sejahtera. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Untuk pengenalan, aku Zi, berumur awal 20-an dan masih menuntut di ipta di utara tanah air. Aku mintak maaf kalau ada yang rasa tajuk confession aku agak melampau. Tapi, tujuan aku buat confession ni sebab aku nak minta pandangan dari warga iium confession, apa yang patut aku buat sebab aku stress sangat dengan keadaan familly aku. So family aku, terdiri daripada mak, ayah, kakak, adik dan aku. Family aku harmoni, alhamdulillah cuma satu yang masalahnya. Family aku pengotor. Kenapa aku cakap macam tu? Ini sebab dia……

1.Bilik air
Aku mulakan dengan bilik air. Bilik air rumah aku okay belum sampai tahap berlumut. CUMA masalah dia masing masing kalau pakai toilet tak reti nak jirus betul betul. Belum kira yang jenis buang air dekat lantai. Terbiar sepi tak jirus betul betul. Bau hancing sampai keluar. Aku kadang kadang terjumpa sisa sisa tahi dekat mangkuk tandas. Geli weh geliiii. Aku tak faham la apa yang susah sangat nak jirus air lepas guna tandas. Pernah sekali, aku tak tahan nak terkucil. Dalam aku terkocoh kocoh nak guna tandas tu, elok je kaki kiri aku masuk toilet, aku rasa benda berlendir dekat kaki aku. Kembang tekak aku weh. Terbantut niat. Rupanya aku terpijak air liur berlendir.. *sigh*
2.Dapur
Okay kalau tengok keadaan dapur pulak, obviously memang nampak bersepah kalau semua yang lain pakai dapur. Lepas pakai dapur, SEMUA TINGGAL. Kadang tu kalau lepas masak, bekas garam tu tak bertutup. Haritu aku tegur dah siapa masak bekas garam tak tutup. Aku ingat dah tutup, sampai esoknya okay bekas garam tu tak tutup. Kadang minyak tumpah tu semua. Bekas gula MEMANG akan ada semut yang masuk sebab lepas pakai dorang tak reti nak tutup rapat. Aku stress sangat sangat sebab dah berbuih mulut aku bising pasal benda ni kat family aku. Tapi itulah masing masing buat don’t know je. Minyak minyak yang merecik kena dinding tu pulak, kalau dorang kemas tu kira bertuah la hidup aku. Tapi biasanya tak. Kuah kuah ke minyak yang merecik dan tumpah atas dapur/dinding tu semua biasanya masa balik cuti sem aku lah yang kemas. This is why aku tak suka kalau orang lain masuk dapur kecuali aku. Huhu
3.Ruang tamu
Rumah aku ni semua dah besar besar tau. Tapi keadaan rumah aku ni macam ada kanak kanak tadika 5 orang! Masing masing makan mulut bocor. Kadang kadang tu selamber je buang sisa makanan macam keropok ke kuih ke dekat lantai. Campak barang barang merata macam tak wujud bilik dalam rumah aku ni. Haih. balik rumah, bukak tudung terus letak merata. Mak aku sendiri kadang telekung tu kalau lepas balik masjid, mana mana je dia letak. pernah aku jumpa telekung mak aku pakai bawak g masjid dekat dapur. Hm
4.Bilik tidur/rak baju
Haa yang ini bilik semua orang bersepah kecuali bilik aku. Bukan nak perasan. Tapi ini hakikat. Bilik mak aku sendiri baju berlonggok. Baju dia kalau aku dah lipat, nanti masuk bilik dia, berterabur jugak. Believe me. Rak baju mak aku tu kalau kau bukak laci dia, kau akan jumpa baju yang di sumbat sumbat. Same goes to bilik kakak dan adik aku. Harini kemas, belum sampai 24 jam dah bersepah.

So basically keadaan rumah aku ni bersepah dan aku sangat tak selesa. Aku selesa lepak dalam bilik aku je sebab situ je yang aku rasa tenang. Aku tak tahulah benda ni adalah normal untuk orang lain atau aku sebenarnya yang tak normal untuk keadaan rumah aku ni. Tapi aku sangat sangat sangat stress. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau ada yang kata berkiranya aku, kenapa tidak aku yang kemas rumah? Jawapan aku, aku dah PENAT! Pernah sekali family aku takde kat rumah for few days. Seharian aku kemas rumah luar dalam. Balik je dorang, tak sampai 12 jam dah bersepah macam aku tak pernah kemas. Aku rasa sia sia sangat aku kemas rumah. Haih. Aku bukanlah orang yang pembersih tahap ocd, cuma aku nak rumah ni kemas dan teratur je. Benda macam ni buat aku jadi menyampah nak balik rumah. Aku rimas tengok keadaan rumah aku. Belum kira mak aku siang ikan campak perut ikan bagi kucing makan dekat lantai dapur merata rata lepastu biar kena hurung lalat. Selipar dalam rumah bawak keluar pastu bawak masuk dalam rumah balik. Bila aku bising, jawapan yang aku dapat, “Alah bawak kat luar luar tu je pun bukan kotor apa.” haih, aku sampai ragu ragu kalau nak solat sebab aku rasa najis kat rumah aku ni merata rata. Aku dah penat sangat nak kemas rumah ni. Tolong lah bagi pandangan, cadangan dan saranan apa yang patut aku buat. Kalau pada kalian aku yang salah, kritiklah aku. In shaa Allah aku terima dengan hati terbuka :)

– zi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments