Kemas, Perfect, OCD?

Kemas, Perfect, OCD?

Assalamualaikum Admin, Readers, and Confessors. Aku nak cerita pasal diri aku sendiri laa, aku ni anak kedua dari 4 beradik. Aku and Along aku lelaki, and adik aku 2 orang perempuan. So kat sini, aku nak cerita pasal aku ni yang terlalu pembersih dan sukakan benda yang perfect dan kemas.

Ceritanya, dari dulu lagi memang ibu aku dah ajar aku and Along aku mengemas. And ibu aku ajar aku dengan penuh teliti, cara lipat baju, kemas rumah, basuh pinggan. Semuanya ibu aku ajarkan dengan perfect dan kemas.

Dulu memang aku and along yang selalu kemas rumah, lipat baju, sapu sampah memandangkan adik aku masih kecil, aku dengan adik aku beza 5 tahun and 8 tahun. So, kami abang-abang ni dah terbiasa dengan buat kerja ni.

Tapi, along aku ni jenis buat kerja cincai. Janji siap udah la, aku ni pulak jenis yang sukakan perfect dan teratur. Sangat jauh beza dengan aku. Aku even nak pergi buang sampah pun, aku pakai baju yang dah gosok.

So dah besar ni, aku jadi makin suka dengan kekemasan. Aku tak boleh tengok ada sampah sikit, kadang-kadang adik aku masak. Aku rimas tengik cara dia kemas, sebab pada pandangan aku, ada je tak kena. Sampaikan aku cakap dekat adik-adik aku “Lepas masak, biar je. Nanti biar angah yang kemaskan” kadang-kadang aku mengamuk jugaklah, sebab apa diorang tak boleh ikut cara aku.

Memang dari dulu lagi, nak kenduri ke apa ke. Memang aku yang mengemas. Bukan nak cakap adik-adik aku ni pemalas or tak reti buat kerja ke apa. Tapi dia dah tau, kalau dia yang buat nanti abang dia akan bising sebab tak perfect. Kadang ibu aku marah, sebab terlampau banyak sangat syaratnya.

Balik kampung or travel ke apa, aku dah cakap kat adik-adik aku “baju korang bagi kat angah, biar angah susun ikut angah. Kecuali yang dalam sahaja. Korang buat sendiri” ye sampai ke luggage pun aku yang susun, sebab aku rimas tengok diorang susun tak kemas.

And then, bab perfect pulak. Aku ada sejenis perangai, aku suka tengok benda yang perfect. Contoh, seat kereta aku. Aku akan laraskan tempat duduk sama dengan pemandu, and then aircond kereta pun aku seimbang kan 2 kanan 2 kiri. Aku punya obses nak tengok benda perfect tu, sampai kan tempat pam tayar motor pun aku kasi sama.

Bantal pun aku akan seimbangkan. If bantal kepala 2, bantal peluk pun kena 2 jugak. Kalau aku nampak adik aku pakai kasut tali panjang sebelah, aku akan bukak and ikat balik bagi sama balik.

Aku taktau laa kalau aku kawin nanti macam mana, taktau laa tahan ke tak bakal bini aku tu hahahah. Tapi nak buat macam mana kan, dah memang itu perangai aku.

Adakah kes aku ni dikategorikan sebagai OCD ? Kalau OCD apa perlu aku buat ? Benda ni yang selalu kena hadap is adik-adik aku laa. Kesian jugak kat diorang, dapat abang yang cerewet mengalahkan ibu sendiri.

Actually banyak lagi sebenarnya yang aku tak cerita kat sini, takut korang pelik pulak dengan aku. Hahahah, sekian aku berhenti kat sini je laa.

– Abangah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit