Kemurungan dan Rasa Cemas Yang Tidak Dapat Dikawal

Kemurungan dan Rasa Cemas yang tak dapat Di kawal.
Pengakuan diri sendiri harap dapat membantu sesiapa yg pernah dan tengah alami di luar sana.
Ini berlaku setelah aku bertukar tempat kerja yg nyata pada awalnya dapat di urus dengan baik tetapi setelah 3 bulan di tukar ke assignment yang lebih susah.
Assignment baru ini telah menyebabkan ramai rakan rakan kerja sejawatan dan rakan rakan lain telah ambil keputusan untuk berhenti dan menukar kerja ke jabatan lain ataupun ke syarikat lain.
benda nie berlaku di syarikat international-kilang electronics.
Bagi aku .. aku suka dengan challenge dan aku sahut cabaran dari boss aku .. yg mana boss aku nie aku katergorykan old style dan lembab dalam buat keputusan .. bayankan satu isu meeting untuk finalize boleh ambil masa sampai 4 jam .. kadang kadang stress bukan sebab kerja tapi sebab terlampau banyak menunggu keputusan dari boss.
diri terkesan apabila kesibukkan melampau sehingga banyak kerja yang tertangguh di sertai dengan di herdik dan di marah oleh orang atasan di sebabkan KPI tidak seperti yang di hendaki.
Badan akan rasa panas sejuk tetapi bukan demam.. banyak masalah yang di fikirkan dan setiap masalah kita nak selesaikan dengan yang terbaik.
bermula kisah setelah 2 bulan di dalam project/ assigment baru … kesibukkan dia sampai hanya sempat ambil lunch sahaja .. dan waktu solat sentiasa delay… kadang kadang siap kena qoda’ sebab berada dalam meeting. kemuncak Depression and Anxiety Disorders ini apabila perasaan nak bunuh diri datang … di sebabkan give up yang teramat sangat .. aku alami benda nie setelah 5 bulan dalam keadaan Depression and Anxiety Disorders
Selain seram sejuk diri rasa macam kecil sekecil nya dan rasa rendah diri yang amat sangat sehingga untuk berjumpa jiran tetangga pun boleh nak pitam … dengan kenalan lain lagi laa.. pernah pitam 2 kali semasa solat berjemaah. sebab rasa rendah diri dan tidak cukup tidur.
Langkah paling selamat untuk elakkan dari buat benda paling bodoh adalah :
1- banyakkan diri berada di surau dan masjid ..mengaji quran dan dengan kuliah …ini aku hanya sedar setelah hampir sembuh di mana setelah 7 bulan menderita.
2- jangan bersendirian. kalau rasa rendah diri kena berada dalam jemaah yang ramai .. seperti di masjid atau pasaraya .. (Pernah stay kat surau hotel tingkat 14 sorang diri dan plan nak terjun ikut tingkap – astaghfirullah)sila jauhkan dan jangan buat.
3- pernah berada dalam kereta dan ambil tali pinggan kaledar jerut leher.. nasib masih hidup .. Alhamdulillah- jangan terpenung walaupun dalam kereta….
4- Aku berhenti kerja dan dapatkan kerja di tempat yang lebih senang/mudah. dengan kommitment yang tinggi. aku redah dan nekad .. Alhamdulillah .. Allah penentu segalanya .. untuk kurang stress. jangan terus kalau diri dah rasa give up.
5- solat sunat dan qada solat lepas banyak banyak kalau tak boleh tido .. mengaji .. insyaAllah akan sampai masa mata akan tertidur dek syaitan ni rojim yang tak suka kita buat kebaikan .
6- perlu ada rakan bercerita atau paling tak untuk makan sekali ..
7- berserah pada Allah untuk jalan penyelesain dan follow the flow sampai sembuh .. baca quran , zikir dan berdoa sentiasa dan setiap masa .

Ingat Depression and Anxiety Disorders penyakit kategori amat bahaya .. sihat tubuh badan tapi mental sengsara.
Aku pernah ke klinik psikitiarik dan juga hospital pakar sakit jiwa ( 6 bulan lebih ulang alik untuk dapatkan rawatan ) mereka hanya banyak bagi nasihat dan ubat penenang. diri sendiri kena kuat untuk keluar .
Aku juga berusaha dengan rawatan islam .. Alhamdulillah .. rawatan di perak dapat beroleh perubahan dalam diri dan sampai sekarang Alhamdulillah penyakit x datang lagi dan aku tak nak ada penyakit tuh lagi.
kepelbagaian rawatan dengan dalam hati jangan syirik/ sekutukan Allah .. tanam dalam diri Allah penyembuh . kita hanya berusaha …
Untung ada isteri dan keluarga yang sentiasa beri sokongn dan dorongan .
alhamdulillah..
HARGAILAH ORANG DISEKELILING KITA KETIKA KITA SUSAH.

– DartH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit