Kenapa Aku Fobia

Kenapa Aku Fobia

First of all aku harap sangat ADMIN post confession aku kali ni sebab sebelum ni aku ada buat dua confession tapi tak disiarkan haha sedih k sebab dekat dua confession tu banyak nasihat yang boleh diambil and aku karang dengan manisnya siap ada peribahasa, dialog dan sebagainya,yes ni confession yang ketiga aku karang.
Aku kenalkan diri aku sebagai MISS LONE RANGER, hehe sebab sebelum ni aku guna nama CIK N tapu baru tu ni aku baca dah ada orang lah guna nama tu so i decided to change (i mengalah haha) ok stop for the intro sbb i think dah panjang sangat ke laut ni.
Yes from the article you guys read i said “kenapa aku phobia? ” ok ni cerita zaman sekolah rendah sampai lah skrg but this year SI DIA tu BELUM BUAT PERANGAI LAGI.
si DIA ni kawan aku dari sekolah rendah and ditkadirkan masa darjah 5 aku satu kelas and semeja dengan dia. Aku ni jenis semua orang aku berkawan tapi si DIA ni memang benci plus anti betul dengan aku kalau aku lalu sebelah dia je mesti dia dok berbisik tu dekat kawan dia pasal aku but aku ni jenis tak ambil kesah ignore je lah settle problem.
Sampai lah one day hari yang buat aku betul tu phobia terjadi. Aku ada ramai kawan lelaki berbanding perempuan so no wonder lah kalau kawan perempuan aku selalu je perli asyik tu kawan dengan lelaki je but i have my own reason yang aku ceritakan nanti bila confession ni disaiarkan but in different story name k.
back to the story that day si DIA ni cakap JUJUR LAH KONON BUT MENYAKITKAN HATI ORANG PLUS MENAJATUHKAN MARUAH ORANG, si DIA cakap macam ni :
Si DIA : kau tahu tak kenapa aku benci kau?Me : kenapa? (aku memang suspicious sebab aku nak tahu sangat kenapa dia benci aku plus time tu jantung memang berdebar lain macam huiii)Si DIA : sebab kau tu berbau busuk plus peluh kau tu banyak tahu tak
Aku time tu terus terkedu dan rasa terkasima seketika dalam benak hati yang macam nak gugur ni aku cakap sendiri dekat diri aku “LIFE KAU DENGAN AKU LAIN, KAU ADA IBU YANG SELALU JAGA PAKAIAN, KEBERSIHAN DIRI KAU AND SELALU HANTAR KAU PERGI SEKOLAH TAK MACAM AKU IBU DAH MENINGGAL SEJAK BAYI LAGI AND AKU DIBESARKAN OLEH DAD, DAN DUA ORANG LAGI (AKU TAK NAK MENTION SEBAB TAKUT ORANG AKAN TAHU SIAPA AKU). DUA ORANG LELAKI YANG SIBUK BEKERJA DAN SEORANG LAGI YANG TUA DIMAMAH USIA ,MANA BOLEH MEREKA SEMUA NAK JAGA AKU DENGAN SEMPURNA SEDANGKAN AKU ADA ADIK BERADIK LAIN DAN AKU PERGI SEKOLAH DARI DARJAH 1 NAIK BAS SEKOLAH SENDIRI DAN KEBANYAKKAN SEMUA BUAT SENDIRI) lepas dia cakap macam tu aku tak marah dia pun cuma aku cakap dekat dia biasa lah budak sekolah rendah baru lepas main lari tu dengan kawan memang lah berpeluh banyak even dalam hati aku banyak lagi aku berkata sendirian. Aku memang terasa betul sampai rasa nak nangis tapi aku tetap kuatkan diri dan terus senyum (BIASALAH ORANG MACAM AKU YANG BUKAN IBU JAGA DARI KECIL MEMANG SUSAH NAK NANGIS DEPAN ORANG AND TAHAN SELAGI BOLEH WALAU PERIT) walaupun maruah aku baru dijatuhkan dikhalayak kawan kelas semua tak kira jantina.
Sejak dari hari tu aku banyak jauhkan diri dari si DIA yelah sebab dia kan BENCI aku jadi aku tak nak sibuk dekat dengan orang yang benci aku. Masa darjah 6 aku dah start ubah penampilan aku ke arah lebih baik sehinggalah masa form 1 or form2 kawan sekampung aku yang selalu pergi sekolah dengan aku tegur yang aku dah banyak berubah sebab start dari peristiwa tu aku selalu pakai PERFUME, DEODORANT DAN BAWA HANDKERCHIEF KE SANA SINI (FOR LAP PELUH YANG BANYAK LAH KATAKAN) and time tu aku hanya balas dengan SENYUM tanpa sepatah perkataan pun.
Memang bagi sesetengah orang alahai biasa lah tu perkara biasa zaman sekolah rendah tapi tidak bagi aku sebab ketika itu cara pemikiran aku jauh lebih beza dengan kawan seumur aku sebab hidup aku jauh berbeza dengan dorang, dan aku memang betul phobia selepas kejadian tu tapi kejadian tu tak berakhir disitu tapi ada lagi beberapa kejadian yang si DIA ni keep repeating her mistake at me and i will write for the another episode hahah.
Conclusion is jangan lah mengutuk,hina or anything else, memang bagi sesetengah orang alahai nak melawak je tapi melawak ke bergurau ke mesti kena cara.k tu je lah nanti aku sambung lagi sebab aku rasa dah panjang dah aku taip ni even ambil masa 20minit untuk menaip and merangka ayat heheh.
MISS LONE RANGER
– Aku Phobia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments