Kenapa Selfie Itu Bahaya

Salam. Nak story sedikit dekat confession ni supaya perempuan diluar sana ambik pengajaran story aku ni. Aku nak share sebab tak nak perempuan terkena juga. Aku baru tamat pengajian, so of couse benda membosankan ialah tanam anggur. Jadi aku cari kerja partime dengan skill aku mendesign grafik hasil daripada pengalaman aku jadi ajk grafik masa universiti.

Tak sempat menganggur lagi habis pratikal terus dapat job. Yang bestnya kerja ni buat kat rumah. Client ni lelaki. Baru up bisnes. Semua komunikasi melalui online je. Mula-mula aku ok kerja dia bagi, design bahan iklan untuk produk tempatan ni macam suplement apa semua tu. Aku jadi semangat sebab dia banyak gaji every week. Bila ada satu produk ni, dia tanya ok ke buat produk untuk lelaki ni?. Yang aku ni noob la cakap boleh sebab ingatkan produk lelaki macam ubat tinggi ke, suplement untuk lelaki ke.

Rupanya ubat kuat lelaki. Aku positif lagi. Sebab aku ingat dia akan suruh buat iklan tak terlalu melampau dan bagi isi ayat dia bagi sendiri yelah takkan aku nak fikir ayat iklan untuk ubat lelaki sebab aku perempuan belum kahwin lagi tak faham sangat ubat tu. Tapi sangkaan aku meleset dia suruh aku fikir ayat sendiri, dia bagi tau sedikit je pasal produk ni. Yang tak boleh lah dia suruh cari gambar benda tu even lukisan untuk letak detail design iklan cara-cara urut benda tu sebelum guna ubat. Then suruh aku google cara-cara mengurut benda tu.

Sumpah aku tak sanggup nak google benda tu as perempuan belum berkahwin. Lantak la cakap aku tak berapa nak matang walaupun aku tahu produk tu mungkin tak salah sebab untuk lelaki yang berkahwin. Kalau salah bagitahu sebab tak berapa pasti ubat kuat produk normal ke tak, noob kan. Tapi rasa terlalu muda dikotorkan benda fikiran macam tu, yelah walaupun design je tapi kena baca ayat jugak. Hish tak sanggup nak baca. And job tu tak sesuai dengan aku rasa. Endingnya aku berhenti dan terus menanam anggur sobs sobs.

Tak habis lagi ni, cuma nak habaq pengajaran dia. First sebelum nak kerja apa-apa tanya dulu detail tugas macam mana. Especially designer tanya kena design apa, jangan jadi macam aku terus terima ja tanpa bertanya takut tak sesuai. Kedua, aku lupa nak cerita client lelaki ni suka tukaq dp perempuan cantik dan seksi. Bila tanya pendapat kawan aku, baru tau mostly yang jual ubat kuat lelaki akan guna gambar perempuan seksi dan selfie perempuan cantik-cantik. Tujuan dia untuk tarik pelanggan lelaki la. Aku berani potong jari cuba hampa pakai dp perempuan seksi dan cantik dalam wechat berpuluh lelaki miang nak chat. Jangan terkejut kalau salah satu kenalan lelaki yang nak chat tu orang yang kita kenal. Jadi jaga-jaga juga gambar selfie anda terutamanya cantik dan seksi mungkin jadi modal untuk tarik pelanggan ubat kuat.

– Cik designer tanam anggur lagi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit