Kenduri Kahwin Bekas Kekasih

Kenduri Kahwin Bekas Kekasih

Tiba-tiba aku rasa macam nak menaip something in this iium confession page ni. My sudden thought about ‘ex-boyfriend’ since I just attended my ex’s wedding ceremony today. First of all, aku kenalkan diri aku sebagai Amira, nak masuk ke pertengahan 20-an hehe tak tua sangatlah tapi dah dikira matang untuk fikir soal hati dan perasaan. Aku kenal ex aku dari zaman sekolah rendah, tapi tak bercinta zaman tu. Kitorang start macam serious zaman sekolah menengah, form 4 more specificlah. Time ni aku dengan dia tak sama sekolah, aku sekolah asrama dia pulak sekolah harian biasa. Tapi kitorang contact through sms, hari-hari dok texting. Nak dijadikan cerita, zaman ni aku sangatlah ‘tak ada rupa’, zaman badan aku start naik, muka pulak jerawat start tumbuh, teruk pulak tu, warna kulit pun berubah jadi gelap (bukan nak cakap gelap tak cantik, tapi ni gelap yang disebabkan masalah kulit). Bila aku mengalami perubahan yang drastic macamtu, aku jadi low self-esteem, tak confident langsung nak berhadapan dengan orang. Thank god time tu dia pun tak pernah berasak-asak nak ajak dating. Kitorang selesa berhubung through phone saja. Tapi rasanya dia tahu perubahan aku, sebab kawan-kawan rajin tagged aku kat facebook gambar-gambar yang ada muka aku. Takkanlah dia tak tahu kan?

Disebabkan mungkin masani aku muda dan tak berapa nak matang, aku pilih untuk tinggalkan dia. Yes, reject dia. Alasan? Sebab aku rasa tak yakin dengan diri aku, rasa aku tak layak dengan dia, rasa yang aku ni sangat buruk. Bodoh. Ya, sangat bodoh sebenarnya sebab dia sorang je yang terima aku seadanya. Dia terima dari masih aku ‘ada rupa’ sampailah aku bertukar gergasi, dia terima aku guys. Cuma aku buta dan bodoh tak boleh menilai benda ni. Aku sibuk fikir aku ni buruk dan tak confident nak berboyfriend, takut orang kutuk. Pernah aku cerita dekat kawan sekolah aku pasal boyfriend aku, dia terus mencelah “kau ada boyfriend? Kau? Boyfriend? Takkanlah..”. Lepastu heboh satu batch pasal boyfriend ni, katanya aku Cuma berimaginasi ada boyfriend. Siap ada yang suruh aku sedar diri, gemuk hodoh macam aku mana ada orang nak. Sejak orang start kutuk-kutuk aku tu lah aku start reject dia dengan ignore semua sms dia, comments dia kat fb senang cerita aku ignore dia kat semua tempat. Pernah aku dapat 200++ missed call dari dia tapi aku offkan phone lepastu. Dia merayu-rayu jangan buat dia macamtu, tapi aku nekad. Aku rasa dia deserves better.

Lepas habis sekolah kitorang decide untul still contact, tapi tak selalu. Last whatsapp personal masa aku nak masuk degree dulu, sekarang aku baru grad kot. Yang banyaknya kitorang dm dekat instagram, dia selalu respond dekat story aku. Tapi tiba-tiba haritu dia whatsapp aku; hantar invitation wedding card dia. Aku baca tiap perkataan dalam card dia. Aku terdiam. Terkejut. Sedih sikit dalam masa yang sama. Aku ingatkan dia single, sebab aku follow instagram dia, friend dengan dia dekat facebook. Tak pernah pun walau sekali dia share gambar makwe dia. Dia beriye jemput siap kata dah lama tak jumpa, bila lagi nak jumpa kalau bukan time ni. Aku Cuma balas “insyaAllah kalau free I datang”. Sejak dari dia whatsapp, tiap hari aku stalk dia. Aku view semua instastory dia dengan harapan dia tunjuk muka girlfriend dia. Timbul rasa menyesal tiba-tiba, tapi yelah nasi sudah jadi bubur. Fyi, lepas aku reject dia aku tak pernah langsung bercinta dengan sesiapa. Tiap hari aku improvekan diri aku, dari aku yang gergasi dulu alhamdullilah sekarang aku dah ada manisnya. Aku perbaiki apa yang kurang sampai confident level aku menaik dari hari ke hari. Aku ingatkan dia still ada perasaan kat aku. Layanan dia tak pernah berubah dari zaman kitorang bercinta kecuali bab contact jela, but I think its just a normal adult life(Less contact since we guys ada life masing-masing). That’s why aku rasa dia still syok kat aku.

Hari-hari aku kosong sejak dia bagi kad kahwin tu. Aku jadi murung and frustrated. Sampai hari wedding dia tadi, bangun pagi tu aku jadi tak keruan, mundar-mandir dalam bilik tanpa tujuan. Aku fikir, perlu ke aku pergi? Walaupun sebenarnya aku masih simpan sedikit perasaan dekat dia. Perasaan dan pengharapan yang aku simpan sendiri bertahun-tahun lamanya, yang tak pernah aku luah pada sesiapa. Dalam aku rasa hesitate gila nak pergi atau tak, tiba-tiba kawan aku whatsapp ajak gerak sekali. Serba salah untuk kata tak, hasilnya aku jawab ok. Aku fikir, takpelah at least aku ada member nak pergi sekali tak adalah nampak macam forever alone kan. Member aku yang ni tahu aku pernah bercinta dengan ex aku ni.

Sampai rumah ex aku, aku pilih untuk makan dulu. Meja penuh, yang ada kosong betul-betul sebelah meja pengantin. Time tu pulak pengantin tengah ready nak berarak pergi meja makan, damn. Member aku tanya aku “Kau ok ke datang wedding ex kau ni?”, aku Cuma balas “Cerita dah lama wei, masing-masing dah besar”. Tapi sebenarnya aku sedih, tapi aku buat-buat cool. Siapa tak sedih, lelaki yang dulunya ikhlas nakkan kita harini dia kahwin dengan orang lain. Pengantin lalu sebelah, aku buat-buat tak tertarik. Aku pilih untuk teruskan makan dalam kebingitan paluan kompang. Time upacara potong kek, baru aku toleh pandang. Lepastu aku pilih untuk makan keropok dan membelakangkan meja pengantin. Aku tak nak dia nampak aku. Kenapa aku tak balik terus lepas makan? Jawapannya member aku ni dia tunggu member dia yang lain, menyesal jugak sebenarnya pergi sekali dengan dia. Tengah aku syok layan keropok, tiba-tiba ex aku duduk depan aku. Lama jugak aku melayan perasaan, sampaikan pengantin dia datang depan aku pun tak perasan. Weh, sumpah terkejut. Rupanya diorang dah habis sesi makan berdamai, time beramah mesra dengan tetamu pulak.

Lidah aku kelu. Aku senyum je. Aku ingatkan dia tak perasan aku, rupanya aku silap. “Khusyuk makan tadi sampai pengantin berarak pergi meja kat sebelah mira pun tak perasan eh?” Ex aku kata. Aku Cuma jawab aku lapar je hehe tipu sunat ok kan. Tengah-tengah berbual, wife dia datang. Aku senyum je kat wife dia. Lepastu ex aku kata dia nak pergi jumpa tetamu lain, dia suruh aku stay jangan balik dulu. Aku cakap aku tak boleh lama, lepastu member aku yang aku tumpang tu cakap “boleh je, dia naik aku kot. Selagi aku tak balik dia pun tak balik lah”. Dia gelak, lepastu dia buat hand sign suruh aku tunggu. Aku pasrah dan adalah rasa nak cekik si member aku ni. Aku tunggu. Bercampur-campur perasaan aku time tu. Ada rasa macam nak hambur nangis sebab kecewa tapi dalam masa yang sama aku happy tengok dia happy, tengok dia dapat perempuan yang aku rasa dia layak. Tapi….tapi aku tetap sedih.

Jam dah pukul 4 petang time tu, tapi ex aku still busy layan tetamu bergambarlah, berbual lah. Aku dah penat. Aku dah tak selesa. Perasaan aku dah tenat. Bila-bila masa aku boleh tewas. Aku bisik kat member aku kata aku nak balik, dah petang sangat. Dia pun angguk je. Aku bangun, salam mak pengantin. Ye, tangan mak ex aku huhuhu aku tak pasti mak dia kenal aku atau pun tak. Tapi dia bagi aku goodies istimewa, sebab dia lain daripada lain. Nampak exclusive, aku cakap terima kasih je. Tengah jalan nak balik, ex aku panggil aku. Mula-mula aku plan nak ignore buat-buat tak dengar sebab deejay kat rumah dia bukak lagu boleh tahan kuat tapi aku tak sampai hati. Aku stop dan aku pusing belakang, dia buat hand sign tunggu lagi sekali dan dia masuk rumah. Bila dia keluar, dia bawak satu bag goodies dan dia bagi aku. Dia cakap ni untuk aku. I said “eh, tadi mak u dah bagi lah banyak ni goodies I dapat”. Dia suruh aku ambik je. Member aku call tanya aku kat mana, rupanya minah tu dah dalam kereta tinggalkan aku. Hampeh. Before aku nak gerak tu, ex aku cakap “Thanks datang mira, after so long baru kita dapat jumpa. Kenapa tak bawak boyfriend datang?”, aku taktau nak jawab apa tapi aku balas “I single la”. Dia ketawa, dan dia cakap aku tipu. That’s the fact bro, im single. I have no boyfriend. Nak je aku cakap dekat dia aku tunggu dia sebenarnya, aku tunggu dia contact aku dan ajak aku kahwin sebenarnya. Tapi benda tu tak terkeluar. Sebelum aku tewas, aku cakap member aku tu dah tunggu dalam kereta. Dia angguk je and aku sempat cakap “Congratulations for your wedding, you got such a beautiful and kind wife. I always pray the best for you, thank god Allah answered it now. Im glad we can meet again but ya on your big day. Its okay, at least I can see your smile and happy face. That’s was my dreams and it comes true today. Bye!”. Habis je cakap aku terus gerak balik dan tak pandang belakang balik. Dalam diam, air mata aku turun.

Ya, aku tewas. Tapi aku kena tahan lagi sebab aku taknak member aku tahu aku sedih. Nanti kantoi aku masih tak move on. Ini salah aku, jadi memang layak untuk aku tanggung semua ni. Sumpah kalau masa boleh diputarkan balik, aku tak akan reject ex aku. Tadi, dalam pukul 9.45pm ex aku whatsapp aku, gugur jantung aku nampak nama dia. Aku tak expect benda ni, dia whatsapp panjang. Aku quote some of it je lah “Thanks datang mira, I didn’t expect you can make it today since you always avoid to meet me. You changed a lot, pretty enough to have a boyfriend tho! I tahu I tak patut puji you sebab I dah kahwin, tapi take this compliment dari kawan untuk kawan je. All the best for your future endeavors, I tak sempat nak cakap tadi yang I pun akan doakan yang terbaik untuk you. I mintak maaf kalau ada buat you sakit hati ke apa selama ni. Doakan perkahwinan I diberkati Allah selalu”. Maka, secara rasminya aku umumkan harini aku bermandi dengan air mata. Cuaca pulak seolah faham jiwa aku sekarang, hujan selebat-lebatnya. Tak apalah, ini kenangan aku. Mungkin dah tiba masanya aku move on. Doakan aku yang baik-baik guys. Terima kasih in advance!

– Amira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments