Kerana Umi

Tujuan aku menulis ni hanyalah untuk meluahkan perasaan aku. Aku tak nak pergi kaunseling atau berkongsi cerita face-to-face dengan sesape. So aku rasa kat sini tempat sesuai untuk aku meluahkan perasaan aku. Hopefully, aku dapat legakan sikit perasaan aku ni. So, kepada pembaca, kalau penulisan ni meleret-meleret, telompat-lompat, sukar difahami, aku minta maaf.

First of all, aku ni merupakan seorang pelajar post-grad di luar negara. Sekarang dah ‘extra time’. Hidup aku dari kecil boleh dikatakan sangat smooth. Aku bukan la pelajar yang bijak sangat tapi Alhamdulillah, walaupun tak pernah dapat straight A dalam mana-mana exam, (UPSR, PMR SPM) tapi result yang aku dapat melayakkan aku untuk terus melanjutkan pelajaran. Family aku pulak sangat supportive. Dekat rumah kitorang mengamalkan concept ‘equity’ means semua kerja rumah kene buat sesame, tak kira lelaki ke perempuan. So even aku sorang perempuan dalam adik beradik, tak jadi isu aku yang kene buat semua kerja rumah. In fact, aku rasa aku yang paling pemalas since aku bongsu and bila aku lahir abang-abang aku dah habis kene trained dengan umi pasal buat kerja rumah ni. Even bapa aku pun steady je kalau setakat basuh baju, gosok baju sendiri. So biasa nye aku hanya sebagai pembantu je la, umi masak aku jadi sous chef, abang aku lipat kain aku tolong susun dalam almari. Kalau diorang tak ada baru la aku buat semua bende. Vis-à-vis kerja-kerja rumah yang dikategorikan masculine, tukar mentol, tebas rumput etc pun aku kene buat juga la, equity kan. That’s it hidup aku dari kecik.

Then, ditakdirkan umi aku jatuh sakit beberapa tahun lepas. Masa tu aku sudah bekerja. As I said, my life is so smooth, 2 weeks after grad (degree) aku dapat kerja yang setaraf dengan kelayakkan aku masa tu. Memandangkan aku satu-satu nye anak perempuan, aku decided untuk jaga sendiri umi. Bukan la abang-abang aku tak nak jaga, tapi aku rasa lebih senang anak perempuan yang jaga lagi pun masa umi dekat hospital, pastinye abang atau bapa aku tak dapat temankan dia setiap masa, especially waktu malam. Anyway, perkara seperti tu tak pernah pun jadi isu dalam family kitorang. So far, abang-abang aku tak pernah lupakan tanggungjawab sebagai anak, cume macam yang aku katakan diatas, family kitorang mengamalkan concept equity, (not equality), so sesetengah perkara yang memang atau lebih mudah aku buat, aku akan offer diri untuk buat (jaga/teman umi dekat hospital). Abang-abang aku pulak buat perkara lain, masak dekat rumah, sediakan barang keperluan lain etc. So, dekat sebulan juga aku ambil cuti untuk jaga umi. Lepas dari tu, kesihatan umi walaupun da ok tapi tidak sepenuhnya memuaskan. Dia masih lagi perlu membuat pemeriksaan di hospital dari masa ke semasa. So, for this one, biasanya papa yang hantar dan teman mak ke hospital memandangkan tempat kerja aku jauh dari rumah, utara selatan semenanjung jauhnye. But still, aku make sure untuk balik jengok parents aku at least sebulan sekali.

Then lebih kurang 3 tahun lepas, aku dapat offer sambung study post-grad. Of course aku happy, parents aku pun sama. Abang-abang aku semua support aku sambung study (even some of them tak belajar tinggi). Tapi waktu ni aku dah berbelah bagi pasal kalau aku terima offer ni aku kene ke luar negara. Memang la cuma 3 ke 4 tahun tapi dok memikirkan keadaan umi aku, aku serba salah. Memang papa dan abang-abang aku ada untuk jaga dan tengokkan umi, but still aku macam tak sampai hati nak tinggalkan parents aku. Ye la bukan dekat tempat study tu, jauh-jauh tempat kerja aku pun still kalau jadi apa-apa aku bole on the spot start kereta balik kampung. Until umi aku sendiri cakap dgn aku “pergi lah dik, mungkin ni memang rezeki kau. Jangan risau pasal umi, papa ada teman umi kat rumah ni”. Mungkin umi tahu aku serba salah nak terima ke tak offer tu. Lagi pun umi memang pandai ‘baca’ aku walau pun aku tak pernah cerita apa-apa dekat dia, dia tahu je apa yang aku rasa. Only then aku decided untuk terima offer tu. So pendek cite, aku pun fly. Masa aku fly tu pun aku seorang diri je. Papa nak teman tapi aku tak bagi sebab aku tak nak umi tinggal sendiri. Untuk pengetahuan, umi ngan papa aku ni memang sentiasa bersama. Abang-abang aku pulak masa tu masing-masing ada kerja, tak dapat cuti.

Selama aku sambung study ni, parents aku la penyokong kuat aku. Setiap kali aku ada problem, diorang la orang pertama yang aku call. Biasanye problem dengan supervisor la kan, hidup aku ni simple je nak kata ada personal problem lain. Parents aku pulak nak ikutkan bukan la diorang faham sangat apa yang aku study ni but they try their best to understand. Aku pulak memang tak sabar nak habiskan study aku ni & pulang. 2 tahun aku kat sini, 8 kali aku balik. Ada duit tak de duit, aku tak kira, kalau aku da rindu sangat, aku balik je. Lagi pun aku single, lifestyle aku pun simple je, tak de nak shopping shopping bagai, cukup la dengan segala yang ada. Untuk ni aku berterima kasih kat parents aku pasal diorang yang mengajar aku hidup bersederhana. Plus, aku membesar dengan abang-abang kat kampung, so tak pernah nye nak kisah shopping-shopping ni. Balun je apa yang ada. Ada tak pun kat sini, duit yang ada aku guna untuk travel. Dah alang-alang dekat sini kan, so gunalah kesempatan yang ada untuk travel skali, in which tak de banyak sangat kalau backpacking. So duit scholar tu memang cukup sangat.

Then, after almost 2 years, aku dapat ‘confirm’ aku nye study ni. Happy tak hengat aku terus called parents aku bagi tau. Of course diorang pun happy. Aku ingat lagi aku cakap “okay, setahun lagi adik balik” and umi aku replied “teruskan belajar elok-elok. Duit orang bagi tu amanah”. then umi cakap dia nak buat pulut kuning untuk kesyukuran aku dapat ‘confirm’ ni. Masa tu aku cume ketawa, aku cakap kat umi tak payah lagipun bukan nya aku grad pun, just ‘confirm’ je, belum tentu aku berjaya grad pun lagi. Dia kata tak pe, at least kalau dia tak dapat tengok aku grad kali ni, dia sempat buatkan pulut kuning macam masa aku grad sebelum-sebelum ni. Masa tu, aku just mengiyakan je, lagi pun memang habit parents aku bagi orang makan ni, anak passed exam dia jamu orang makan, birthday dia buat pulut kuning, bulan puasa dia buat bubur sedekah dekat orang, apa-apa event or berita berkaitan ahli keluarga je memang dia akan masak untuk jamu orang. Then few days after aku called lagi parents aku, papa kata umi aku demam dia malas nak cakap. So aku just cakap dengan bapa aku and wish umi sembuh. Esok nya aku saja mesej abang aku, dia kata dia otw balik kampong nak tengok umi. Masa ni aku rasa tak sedap hati. Aku call papa, dia kata umi demam lagi, tapi dari suara dia aku rasa macam dia sangat risau. So aku cakap aku nak balik. Lagi pun masa tu aku tak ada urgent task yang kene buat. Papa cakap kalau tak mengganggu pengajian aku, then balik la. On the spot aku cari tiket airline & email supervisor bagitahu nak balik.

Aku sampai je airport, abang aku call & bagi tahu umi dah takde. Masa tu aku rasa airport tu macam runtuh hempap aku. Aku tak tahu nak buat apa waktu tu. Yang aku nampak waktu tu dekat tangan aku ada tiket, so aku terus jalan masuk balai berlepas. Terus terang waktu tu memang otak aku kosong, aku tak tahu nak rasa apa. 20 jam penerbangan, aku seakan tak sedar. Menangis? Aku tak menangis waktu tu, aku lebih macam tak percaya. Baru beberapa hari lepas aku bercakap dengan umi, bergelak ketawa, sekarang dia da tak ada. What, aku tak dapat dengar suara umi lagi? Aku sampai KLIA, abang aku yang tunggu. Dia cerita dekat aku pasal umi, keadaan umi sebelum pergi, pesanan umi etc. Kitorang sama-sama menangis masa on the way balik rumah tu. Bila aku sampai rumah, segala nya dah selesai. Of course tak kan nak tunggu aku dekat sehari baru nak uruskan jenazah umi. Tapi buat pertama kalinya masa aku masuk rumah, aku rasa ianya kosong walaupun ramai sanak sedara. Dua minggu aku dekat rumah, aku fly balik sini. Nak ikutkan, sehari pun aku tak sanggup nak stay. Aku tak sanggup nak terima reality yang umi da tak ada. Tapi mengenangkan papa aku, aku cuba tabahkan hati. Aku cuba untuk tak menangis depan papa atau ahli keluarga yang lain. Tapi bila aku sendirian dalam bilik, air mata seakan tak boleh berhenti bila mengenangkan umi. Selama ni, dirumah tu hanya aku dan umi perempuan, sekarang umi dah tiada hanya aku seorang. Iya, ada kakak-kakak ipar aku tapi tak sama. Dan aku rasa papa sedar keadaan aku. So dia sendiri suggest aku segera fly balik. Mungkin dia beranggapan bila balik sini aku akan sibuk dengan study, dapat mengurangkan kesedihan aku.

Well, yes, aku sibuk dengan study, tapi aku tetap sentiasa ingat dekat umi. Paling aku terasa setiap kali aku nak call family members. Sampai sekarang setiap kali aku nampak contact number ‘umi’, airmata mesti keluar. Banyak kali aku cancel untuk call family semata-mata sebab aku tak dapat tahan airmata. Aku tak nak diorang risau dengan keadaan aku, so hanya bila aku benar-benar boleh kawal perasaan baru aku call diorang. My whole life, umi aku adalah segala nya, now she’s gone aku seakan hilang tempat bergantung. Walaupun papa sering memberi kata semangat untuk aku teruskan study aku ni, tapi aku seakan hilang tujuan. Tiga bulan lepas umi pergi, aku langsung tak buat apa-apa untuk research aku. Nasib supervisor aku memahami, dia biarkan aku cari pace aku sendiri. Malangnya, aku semakin tidak bersemangat untuk meneruskan pengajian tapi aku juga tak boleh berhenti sebab aku ada perjanjian dengan sponsorship aku. 6 bulan lepas umi meninggal, papa aku kawin dengan aunty. Well, aunty bukan orang lain pun, malah umi memang pesan dengan papa kalau dia nak kawin lain lepas dia tak ada, kawin lah dengan aunty sebab aunty memang rapat dengan kitorang adik beradik. Abang-abang aku pun beri persetujuan mereka. Aku? Aku pun beri persetujuan masa papa nyatakan perkara ini tapi jauh dalam hati, aku masih tak dapat terima pemergian umi. So, aku tak tahu apa keputusan sebenar yang perlu buat. Papa cakap, kalau aku tak setuju, dia tak akan teruskan sebab umi pesan kat papa untuk dapatkan persetujuan dari semua anak-anak dahulu. In fact, masa sebelum diorang nikah, aunty called aku minta pengesahan aku sendiri. Aku tak benci pada aunty dan aku tahu papa sunyi tanpa umi. Yet, aku tak boleh terima kenyataan sebenarnya yang umi dah tiada. Sehingga sekarang, aku masih tak dapat terima kenyataan ini dengan sebenar-benarnya dan aku tak pernah bagi tahu sesiapa pun yang umi da tiada, hanya mereka yang berada di sekeliling aku je yang tahu sebab mereka ada masa kejadian. Aku yakin mereka juga anggap aku dah okay sekarang sebab aku nampak seperti biasa, happy bergelak ketawa seperti biasa. Dan sejak umi meninggal, aku tak pernah lagi balik, even masa bapa menikah. Aku bagi alasan yang aku sibuk, lagipun waktu tu tahun akhir aku. Alasan yang sama juga aku bagi untuk tidak pulang raya tahun lepas. Kenyataannya, aku tak sanggup nak pulang ke rumah dan terima kenyataan yang umi tiada lagi.

Well, kalau aku fikirkan semula, mungkin ini ujian untuk aku. Macam yang aku kata, hidup aku dari kecil memang smooth, walaupun da boleh kategori andartu tapi family aku bahagia and very supportive, hidup aku walaupun tak excellent but can be considered succesfull. So, mungkin ini ujian yang Allah bagi untuk aku reflect semula hidup aku. percaya tak kalau aku kata sampai umur aku da lebih suku abad ni, tak pernah sekali pun aku terfikir nak kahwin. Aku sentiasa happy dengan hidup aku. Time aku rasa down, umi sentiasa ada untuk beri semangat. Honestly, aku takut kalau aku kahwin, ia akan mengubah hidup aku. aku tak nak kalau aku sukar nak pulang ke rumah jumpa parents aku. then since semua adik beradik aku lelaki, diorang tak pernah risau pun aku kahwin ke tak. Tak pernah sekali pun parents and abang-abang bertanyakan pasal kahwin pada aku. Malah pernah dulu abang balas sindiran orang luar (bukan immediate family) yang kata nanti lelaki takut masuk meminang bila belajar tinggi-tinggi, “kalau takut masuk meminang, tak payah masuk meminang. Lagi pun orang takut-takut ni susah nak survive kat rumah ni”. Diorang yakin aku sangat independent sebab tu diorang tak kisah kalau aku kemana-mana sendiri, as long as aku bagi tahu dahulu. Buat pertama kali terlintas di fikiran aku pasal kahwin ni, lepas umi meninggal. lihat abang-abang aku bersama pasangan masing-masing, buat aku rasa bertambah sunyi. Aku rasa keseorangan. Walaupun mereka tak melupakan aku, tapi aku sedar kini masing-masing ada keluarga sendiri. Mungkin sebab ni juga aku bersetuju masa bapa bagi tahu nak kahwin dengan aunty. Aku tahu seperti aku, bapa sunyi tanpa umi.

Aku tak tahu sampai bila aku akan terus begini. Sekarang aku masih struggle untuk habiskan study aku ni, or more likely that aku tengah struggle untuk dapatkan semula semangat untuk habiskan study ni. Aku asyik delay kerja aku. sekarang ni pun even dah ‘extra time’ and scholarship pun dah expired, aku still keep delaying the study. Nak ikutkan aku da last stage untuk study aku ni pun. Mungkin agaknya subconscious mind aku bagitahu kalau aku habiskan study ni, aku kene balik Malaysia, which means aku kene balik rumah and accept the fact that umi dah tak ada which I don’t want to. Bapa aku pulak, aku tak sure, mungkin dia sedar aku masih tak dapat terima kenyataan sebab setiap kali aku cakap dengan dia, dia tak pernah push aku tapi sering ingatkan aku pesanan umi supaya aku belajar betul-betul & pulang. Abang-abang aku pulak, diorang memang sentiasa support aku but I don’t think they realize what I really feel.

Minggu lepas aku ditawarkan ‘internship’ di salah sebuah university di Jepun untuk 2 tahun. Memang aku nak accept offer tu. Internship tu mula tengah tahun ni. Maknanya, kalau aku submit thesis aku ni soon, aku akan terus ke Jepun tengah tahun nanti. Tapi bila difikirkan balik, aku terasa seakan aku terus melarikan diri. Sampai bila aku harus begini? Lepas dua tahun nanti, kemana lagi aku nak lari? Tapi kalau aku pulang, kuat ke aku nak hadapi kenyataan? Kembali ke rumah tanpa umi? Paling aku tak nak bila kejadian yang sama berlaku lagi, papa pergi masa aku tiada. Tapi aku masih tak sanggup pulang.

– anak umi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit