Kereta Baru

Assalamualaikum.

Just nak share dengan korang semua. Semalam akak dapat kereta yang akak tempah tahun lepas. Kereta buatan Malaysia. Akak bangga jadi rakyat Malaysia. Untuk makluman korang, ini adalah kereta pertama akak. Walaupun kereta pertama, Akak tak lah teruja mana bila dapat kereta tu sebab lepas ni bertambah bebanan hutang dan bukan mak ayah akak yang menjadi perasmi bagi kereta tersebut. Akak kerja diseberang laut nak tak nak kena beli kereta untuk memudahkan pergi kerja.
Nak naik Grab atau Uber macam membazir pula. At least akak hanya tambah sikit lagi untuk bayar bulanan duit kereta.

Nak dijadikan cerita tak sampai 24 jam kereta akak tu calar dek terseret dengan pintu gate. Akak tak perasan pintu gate tu bergerak. Jadi, calarlah dekat pintu belakang sebelah penumpang. Hati akak pun tercalar dek peristiwa itu. Tuhan je yang tahu rasa sebaknya tengok calar tu. Sedihnya rasa, tapi tak menangis. Tapi hakikatnya sedih bila tak menangis lagi pedih. Nak menangis tapi tak boleh. Pernah rasa x?

Sehari ni, dari tempat kerja sampai petang tadi akak duk fikir apa la nasib aku ni. Rasa Aku ada buat silap mana-mana lah ni, Tuhan nak tunjuk. Malam semalam akak siap buat solat hajat untuk kesejahteraan akak sewaktu memandu dan kereta tersebut. Tak ditimpa kecelakaan atau mendatangkan kecelakaan dekat orang lain jugak. Tup tup masih bercalar lagi. Sebelum solat hajat tu, akak search dekat Google pasal amalan sesetengah masyarakat kita yang selalu siram kereta baru dengan Air yang dibacakan ayat Al-Quran. Bukan dekat kereta je, motor pun ada juga. Mulanya,akak nak buat juga tapi bila ada baca setengah komen kata amalan tu khurafat akak tak jadi lah nak buat. So, akak ganti dengan buat solat hajat dan rasa kalau dah nak jadi, siram lah air apa pun tetap jadi. Ada komen yang kata amalan siram tu tak salah sebab pakai ayat Al-Quran dan itu adalah cara kita berusaha. Bila dah jadi kes calar tadi, akak baru sedar yang mana akak telah memperkecilkan usaha yang orang lain buat untuk kesejahteraan diorang. Means, akak rasa benda tu khurafat dan cara akak pilih untuk solat hajat adalah lebih baik dari usaha orang lain yang mana guna amalan siram. Padahal itu cara diorang usaha dan diorang pun tak lah buat ritual yang mensyirikkan Allah. Baca ayat Al-quran pada air tu sambil bertawakal kepada Allah. Samalah situasi macam kita nak exam,minum air zam zam lah, air yang dibacakan Yassin lah. Kononnya lebih mudah nak jawab exam. Padahalnya, benda tu semua atas kurniaan dan juga ujian dari Allah Taala. Akak terima dengan hati yang redha tentang peristiwa tu tapi sedih masih sedih.

Lepas solat maghrib tadi masih lagi rasa sedih. Akak capai phone cari doa untuk hilangkan rasa sedih. Akak terjumpa doa ni.

“Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon dengan asma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku.” (H.R. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Sebaklah akak terus menangis. Bila dah menangis,lega rasa. Lepas baca doa tu, tak semena-mena akak teringat pasal penyakit Ain. Ia terjadi disebabkan pandangan mata yang disertai sifat iri hati atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Tiba-tiba akak rasa inilah hikmahnya kereta akak bercalar tadi. Dengan adanya calar tadi,kereta tu dah tak jadi cantik. Orang yang dengki akan jadi rasa senang dan orang yang takjub akan hilang perasaan kagum. Alhamdullillah, perasaan sedih tu terus hilang. Tuhan makbulkan doa akak untuk hilangkan sedih.

Melalui peristiwa ini, akak dapat banyak pengajaran. Pertama, jangan rasa kita lah yang paling bagus dan memperlekehkan orang lain. Kedua, kita berusaha tapi apa yang kita dapat lepas tu jangan kita pertikaikan. Tuhan tidak beri atau ambil sesuatu untuk yang baik belaka. Ketiga, ketika mengharapkan sesuatu, berdoalah dengan ikhlas dan kesabaran. “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan”. Dan ada lagi cuma tak larat nak taip dah. Ini adalah pendapat akak. Yang baik dari Allah Taala,yang cela dari diri akak sendiri. Maaf ya. Segala kecaman akak dahului terima kasih. Hehehe. Dan terima kasih kerana membaca.

p/s:
Last permintaan tolong doakan akak istiqomah dalam memperbaiki diri, dipermudahkan segala urusan dan berkahwin tahun ini dengan lelaki yang soleh dan terbaik untuk akak. Barakallahu fikum.

– A.H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit