Kerja Angkat Call

Assalamuailakum n hi.

First time tulis disini. Okay tengok tajuk pon dah tahu apa yang nak disampaikan.

Saya grad di salah sebuah universiti. Ada degree. Lepas habis study kurang dr 3 bulan terus bekerja as customer service untuk call centre. Mula2 terima sebab takde kerja lain dan atas sebab tak nak memilih kerja.

Mula mula feel mesti senang je kan angkat call tolong cust solve issue. Bila masuk call centre rupanya bukan senang.

First, nak kena capai kpi, nak kena ada target untuk jaga call, jaga after call, jaga maklumbalas dari customer, nak jaga waktu handle call, dan lain2. Kpi tulah akan tambah gaji yang biasa2 itu.

Second, nak kena jaga hati sendiri, which is nak kena bersabar bila kena marah. Customer ada yang cakap awk tau tak awk makan duit haram. Ada yang cakap awk jawab call je mana boleh tolong. Ada yang cakap kenapa byk soalan, kadang2 utk solve issue, kena lah dapatkan details.

Third, nak kena refer dgn dept lain, yang memandang rendah pada kerja angkat call ni. Nak kena inform customer, nak dapat information dari dept lain. Bila deal dengan manusia mmg akan mcm tu. Ni ada customer minta untuk pass call ke dept lain, melulu tanpa salam ke apa. Eh eh. Ada je dept lain tak terima panggilan.

Fourth, kalau third party call nak dapatkan maklumat berkenaan customer tak kira lah ayah, abang, kakak, suami, isteri ke. Kami bukan tak nak maklumkan, kami hanya share maklumat pada customer shj. Ada masa third party tak paham cakap kita kedekutlah, malas nak tolong. Tapi itu lah prosidur. Ini pon salah satu skill untuk menjaga customer. Tak senang tau tak.

Takpe just nak luahkan. Saya bersyukur kerja di bidang ni, pupuk sabar dan improve communication skill. Dalam tak sedar dah 2 tahun ok. Haha. actually, dari awal lagi, nak resign, tetapi belum ada rezeki tempat lain lagi. Cuma nak cakap customer service ini bukan mudah. Jgnla cakap oh customer service jee. Eh eh. Kami yang akan bantu untuk dapat service. Just respect another feeling okay. Sebab bila kita mudahkan orang lain, orang lain pon akan mudahkan kita. Dan bila kita nak marah cuba jauhkan dari menghina.

Jangan kecam tau. Hehe. Terima kasih kerana baca. Bye.

– Liya-bukan nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit