Kerja dan Buatan Orang

K
<p id=”m36010″ class=”mail-message expanded” style=”color: Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Aku kenalkan diri aku sebagai Nur.

Aku bekerja sebagai consultant dan alhamdulillah sebelum aku grad aku sudah dapat pekerjaan dengan gaji yang boleh kata tinggi. Sudah hampir 2 tahun aku bekerja dengan syarikat ini. Aku tidak hadapi apa2 masalah dengan syarikat aku bekerja sekarang kerana aku diberi kebebasan untuk bekerja cuma situasi kerja yang aku lakukan kadang sedikit stressful sebab kena hadap client yang ramai.

Berkenaan sedikit hal peribadi aku, pada tahun 2017 ini, aku banyak berkenalan dengan lelaki. Almaklum lah umur yang semakin menginjak 26 tahun. Aku betul2 serius mencari calon suami, bukan calon bf. Pada tahun 2016 aku ada berkenalan rapat dengan seorang laki tetapi berhenti dipersimpangan jalan kerana si dia yang masih tidak mahu berkomitmen. Sejak bekerjaya dan apabila post gambar di ig, fb etc etc, ramai pula kawan2 lelaki sekolah tiba2 mula tegur aku di fb. Aku tidak layankan sangat kerana bagi aku kawan sekolah hanyalah kawan sekolah.

Di pertengahan tahun, aku mula alami keadaan sengal2 sakit sendi dan sejuk sampai ke tulang. Aku mulai rasa sakit2 kaki. Aku pergi ke klinik & berurut tapi keadaan aku masih sama. Aku ingat aku hanya sakit penat bekerja. Setelah hampir 2 bulan aku alami sakit kaki yang teramat dan kaki aku juga mula membengkak kedua2 belah, family aku bawa aku pergi berubat kampung. Sejak sakit kaki aku juga kadang2 rasa malas sangat nak solat. Alhamdulillah selepas 2 kali berubat, keadaan aku bertambah baik. Dan yes, aku kena buatan orang. Lepas lebih kurang seminggu berubat, aku betul2 telah sihat. Alhamdulillah.

Sejak peristiwa ini, aku ada negative thought dekat semua orang disekeliling aku. Aku rasa semua orang dengki dengan aku sebab aku cantik dan bekerjaya. Semua nikmat cantik dan bekerjaya ini hanya sementara. Aku tak nafikan, perasaan down tu memang ada. Aku kerap berfikir kenapa ada orang sanggup buat aku macam ni. Client/competitor syarikat/lelaki/ perempuan yang dengki dengan aku? Semua orang aku suspek, termasuk bff aku.

Aku start semula mengamalkan yassin & almathurat selepas subuh dan petang, dhuha, almulk dan solat sunat lain. Mungkin ini hanya kifarah dosa untuk aku kerana aku lalai dengan nikmat dunia yang sementara . Aku tak nafikan, sejak bekerja kadang2 aku terbabas tertinggal solat asar tapi aku akan ganti semula secepat mungkin. Aku juga mula berhati2 sebelum post gambar di fb atau ig. Yela, kita tak tahu hati manusia kan.

Sekarang, aku tak tahu nak berhenti kerja dan cari kerja dengan syarikat lain atau teruskan dengan syarikat ini sebab aku selesa dengan bekerja dengan mereka. Dengan keadaan ekonomi yang tak stabil ini, aku takut aku tak dapat pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, tambah2 komitmen kereta dll. Rezeki Allah ada dimana2 kan? Memang ikutkan hati, aku nak berhenti kerja, aku nak lebih masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Da lama sangat rasanya tidak pergi ke majlis2 ilmu sejak habis belajar dan bekerja ni. Tapi orang2 rapat dengan aku seperti mak aku asyik tanya, “siapa nak bayar duit kereta?” Hahaha. Mungkin tahun depan baru aku berhenti kerja. Aku harap aku dapat buat keputusan yang tetap. Tak nafikan, dalam kepala otak aku ni tak habis2 pikir pro & cons berhenti kerja. Doakan aku dipermudahkan segala urusan, semakin dekat denga Allah dan dilindungi daripada gangguan syaitan/jin. InsyaAllah.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit