Kerja Enginner Kilang

Kepada confessor Mengubah Hala Tuju Karier

Thanks admin approve confession ni..semoga sihat sejahtera dan bahagia hendaknya..

Lepas sy baca confession bertajuk ” Mengubah Hala Tuju”..saya terpanggil untuk share pengalaman saya bekerja di sektor swasta sebagai Engineer..Engineer? Orang pandang memang gah..semua orang nak jawatan tu..bila sebut aja Engineer, wauu pandainya, kaya, kereta besar, rumah besar, bonus banyak 2/3 bulan , banyak duit,mesti dulu result mantap sebab tu dapat jadi Engineer..yes betul apa yang disangkakan..betul dan kami fight untuk dapatkan dan beekerja sebagai Engineer sebagai pengalaman hidup..

Part kita terfikir nak berhenti dari bidang Engineering? Orang akan cakap jawatan dah elok kenapa nak berhenti? Tak rugi ke tinggalkan pekerjaan? Tak bersyukur ke dah kerja tp berhenti? ramai lagi nak jawatan tu? Haiish, orang lain nak jawatan tu silalah apply! Nie apply tak ada tp asyik mengata tidak bersyukur..apply dan rasakan macam mana..insyaAllah anda akan suka ataupun rasa duka..

Meh saya nak share pengalaman sy sebagai Engineer..Engineer di Kilang tak sama mcm Engineer di Petronas dan company2 yang ramainya Melayu, pendek kata company gah di Malaysia yang CEO nya melayu..

Saya fokuskan Engineer di Kilang..yes di Kilang! Majority kilang di Malaysia diterajui oleh bangsa “C”..Saya sebagai Engineer Melayu pun rasa sedih sebab kilang banyak di Malaysia tp hanya org “C” yang ramai menjadi Engineer..pernah anda semua kaji? Pernah anda smua terfikir kenapa kilang ramai Engineer “C” ? Dan kemanakah Engineer Melayu? Susahkan nak jadi Engineer di Kilang? Sebab apa? Mereka hanya akan utamakan bangsa mereka sahaja..

Sebagai engineer Melayu yang kekurangan atau boleh dikatakan pupus di Kilang..sy terpaksa membawa diri,fokus pd kerjaya walaupun rasa tak ada life..masuk kerja pkul 8 pagi nak keluar amik anak pun susah dan balik ptg atau malam menjelang maghrib..kdg2 nak balik baru ada issue dan kena settlekan jugak..Allahu sedih! Balik lambat pula smpai malam,masak makan..yaa itu tanggungjawab..sy telan sampai sekarang demi mencari sesuap nasi dan bayar komitmen bulanan serta demi anak2..orang hanya tahu senang kita tp tak pernah ambil tahu tentang susah kita..

kdg2 pernah terdetik rasa menyesal jadi Engineer sebab kita tak dapat nak majukan diri..sebab apa? Engineer yg kerja di Kilang yang kebanyakan bangsa “C” sahaja mengerti..sedih! Sebab melayu seakan2 dipinggirkan lebih2 lagi kita tak tahu bahasa mereka walaupun di negara sendiri..Allahu kawan2 diluar sana belajarlah bahasa mereka! Percayalah kalau anda dapat kuasai bahasa mereka anda memang bahagia..tapi jika tidak, jadilah mcm sy..nak belajar pun susah atau pendek kata macam orang minta sedekah minta ilmu dari mereka..sedih! Sekarang saya pun hantar anak ke kelas tuisyen bahasa mereka,dapatlah belajar sikit2..

Di kilang, orang bawahan seperti operator,technician ramai melayu..tapi org atasan majoritynya adalah bangsa mereka..saya bukan racist..tp sebab sy perlu share supaya orang luar tahu apa sebenarnya yg terjadi pd org melayu di kilang..bagi mak ayah pula,please3 jgn downkan anak kalau dapat iv di kilang! Hasrat hati sy nak penuhkan bangsa kita..tapi sy tak ada kuasa..hanya menjadi kuli dan tak mungkin jadi orang atasan walaupun bertahun kerja..

Penglaman saya selama 6 tahun kerja di kilang dan persepsi orang melayu..adik kerja mana? Saya kerja kilang..owh operator ye? Allahu rabbi kadang2 rasa terkilan sebab Melayu hanya dianggap sebagai operator! Walaupun ada degree dan kerja kilang tp bangsa melayu akan pandang rendah pada kita walaupun bekerja sebagai Engineer..sebab apa? Tak standard..kononnya kilang ini setakat kerja spm aja..Allah sedih dengan bangsa sendiri..tp bangsa mereka? Memandang Kilang sebagai lubuk emas..yes lubuk emas..pernah fikir bangsa mereka kerja mana selama ini? Tahu2 kaya aja? Yeahh disinilah mereka bekerja dan dapatkan peluang sebaik mungkin..

pernah anda semua kaji kelebihan kerja kilang? Kwsp? Perkeso? Benefit yang lain? Allah memang banyak..tp secara jujurnya disebabkan environment pekerjaan yang buatkan kita rasa jemu,bosan,sedih,menangis nak pergi kerja saban hari.. Saya pernah juga apply kerja sana sini tp masih belum ada rezeki sebab company di luar sana tidak mahu ambil atas faktor gaji..Allahu sy bertahan dan xtahu sampai bila boleh bertahan.. Orang lain xtahu apa yg kita rasai dan hanya pandang and judge bukan2 sahaja..tak apa, anda smua akan rasainya nnti jika ada anak/cucu yang bekerja di sektor ini..

Pesanan ikhlas dr sy..tolonglah tanya pada sedara mara/kwn2/jiran2/anak2/cucu2 yang kerja kilang atau lebih utama Engineer di kilang..apa perasaan mereka? Apa pengalaman mereka? Kalau okey alhamdulillah..tp pd yang tidak okey cuba bagi semangat! Bukan mengata..dan sama2lah kita doakan mereka2 yang masih mencari kerja dan yang sudah kerja serta ingin menukar pekerjaan supaya mendapat pekerjaan yang lebih baik,happy dan lebih bersemangat!

Ikhlas dari insan yang ingin menukar pekerjaan,

Maria

– Maria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit