Kerjaya Sebagai Insurance Loss Adjuster

Dengar saja pun orang dah tertanya-tanya apa itu insurans adjuster. Dalam Bahasa Melayunya digelar Penyelaras Kerugian Insurans/Takaful. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau tahu kerjaya sebagai adjuster ini. Serba sedikit saya cuba kongsi pengalaman kerjaya ini, mana tahu boleh membantu graduan diluar sana yang tercari-cari kerja.

Skop kerjaya adjuster meliputi siasatan & menyelaras nilai kerugian/pampasan insurans kepada pihak yang menuntut. Adjuster ialah satu firma bebas yang dilantik oleh syarikat pengendali insurans/takaful untuk menyiasat dan memberi laporan kerugian terperinci sesuatu kes.

Terdapat non-motor & motor department di dalam organisasi firma adjuster.

1. Non-motor Department

Jabatan ini lebih kepada tuntutan kerugian seperti kebakaran bangunan, kebakaran harta benda, kecurian, bencana alam (banjir, taufan dll), risiko kontraktor di tempat pembinaan, liabiliti awam dan lain-lain.

2. Motor Department

Jabatan ini terdiri dari dua pecahan unit:
a) Own Damage Department
OD department ini lebih kepada tuntutan untuk membaiki kenderaan disebabkan kemalangan. Adjuster dari jabatan ini selalunya akan ke bengkel untuk melihat, menganggarkan jumlah kerosakan dan nilai kos untuk dibaik pulih.
b) Third Party Body Injury Department
Department ini lebih kepada tuntutan yang dibuat pihak ketiga kepada pihak insurans disebabkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan badan atau kematian. Contohnya, sebuah motorsikal berlanggar dengan sebuah kereta kerana kereta tersebut memasuki simpang tanpa memberi laluan dahulu kepada motorsikal. Oleh kerana pelanggaran terjadi dan mengakibatkan penunggang tersebut mengalami kecederaan seperti luka-luka, patah tulang dan sebagainya, maka penunggang tersebut dikenali sebagai pihak ketiga, dan beliau boleh membuat tuntutan ke atas insurans kereta terbabit atas pampasan kecederaan.

___________________________________________

Kita masuk pula bab gaji & kelayakan untuk memohon sebagai adjuster. Minimum SPM sebenarnya sudah boleh memohon sehinggalah kepada graduan yang ada ijazah. Bagaimana memohon? Buka website bank negara, search Insurance Adjuster Firm, ada lebih kurang 40 syarikat firma adjuster berdaftar dengan Bank Negara. Cari alamat & no tel firma adjuster.

Gaji pula rata-rata firma adjuster akan beri untuk permulaan dalam RM1,500-1,800 untuk yang freshie. Tidak termasuk elaun HP, elaun makan, petrol & lain-lain.

Dikesempatan ini, saya nak story sikit pengalaman berkerja sebagai adjuster. Dulu masa mula-mula kerja, masuk Non-motor department dengan gaji RM1,800. Claim untuk mileage sekilometer RM0.45. Firma yang mula-mula ni kerja tak lama dalam dekat setahun, then resign lompat firma lain.

Firma kedua masuk gaji RM1,500, elaun kenderaan RM400, petrol kad RM600 & elaun HP RM60. Masa kerja sini, bonus alhamdulillah bagus, 3 bulan gaji tiap tahun. Firma kedua ni under Third Party Body Injury Department. Lepas beberapa tahun kerja, lompat lagi ke firma ketiga.

Gaji tak banyak berubah, dapat lebih RM100 dari firma terdahulu. Last gaji RM2,300 so lompat masuk yg baru RM2,400. Company yg baru ni tak da elaun kereta, tak da petrol kad. Elaun hp jer bertambah sebulan RM150. Tapi rezeki tak disangka, sungguhpun takda elaun macam firma kedua, company bagi claim mileage. Sebulan average RM3,000-4,000. Tambahan lagi, boss bagi 10% overiding dari production setiap bulan.

Production tu dari mana? Setiap file yang kita settle, company adjuster akan bill kepada syarikat insurans atas service rendered. Let say 1 file billed RM1,000 kalau setiap bulan adjuster settle 15-25 file, average production RM12-20k. So dari production tiap bulan, 10% untuk adjuster as long hit target. Syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki.

Ada satu lagi part yg paling hard core dalam TPBI Department, Fraud Team. Untuk pengetahuan semua, terdapat kes kemalangan di malaysia direka-reka oleh pihak tertentu/sindiket untuk membuat tuntutan palsu. Kebanyakan datang dari TPBI department. Bayangkan seorang penunggang motorsikal terbabas sendiri akibat mengelak lembu melintas, oleh sebab sudah terjatuh dan mengalami kecederaan seperti patah tulang dll, penunggang tersebut tentu saja tidak boleh mendapat apa-apa pampasan. Dari situ, wujudnya jenayah komersial yg dirancang pihak tertentu untuk membuat tuntutan palsu ke atas syarikat insurans. Pihak terbabit akan mencari pak sanggup atau rakan2 terdekat untuk mengaku secara palsu terlibat di dalam kemalangan.

Apa yang best Fraud Team? Gaji yang tinggi mencecah RM30-40k sebulan. Satu fraud file, pihak firma adjuster akan bill kepada insurans dengan tinggi, mencecah 10-20k. Fraud Team gaji agak lebat sebab overiding yg tinggi dari file fraud.

Pada mana-mana kawan-kawan atau saudara mara yang masih menganggur atau tercari-cari kerja, boleh cuba di bidang ini. Selamat memohon di firma adjuster.

– Encik Adjuster

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit