Kesayangan

Kesayangan

Assalamualaikum para pembaca. Hopefully admin siarkan confession saya ni, Kali kedua confess kat sini , dan harapnya ini akan dipublishkan, perkara yg baik marilah jadikan tauladan, yang jahat datang dari aku sendiri.

Buat anak2 tiri kat luar sana tu berterima kasih la pada mak tiri, kalau mak tiri korang sayangkan korang lebih dari anak sendiri.

Aku kawin dengan duda anak sorang. Aku sayang anak dia macam anak aku sendiri. Sampailah aku dapat anak sendiri. Malah aku tak pernah pun pilih kasih. Kalau anak aku dpt 10rm, anak tiri aku pun akan dapat amount yang sama.

Anak tiri
Anak tiri aku duduk dgn mak mertua. Dari dia baby lepas husbd aku berpisah dengan mak dia. Puncanya…cukuplah kalau aku cakap, menggugat status seorang suami. Aku bukan perampas, dan aku rasa, aku takkan kawin dengan husbd aku ni, kalau dia tak buat hal. Dan tentu aku akan kawin dengan orang lain. Ataupun tak kawin lagi. Dah jodoh, aku pernah mengelak dari husbd aku, tapi dia cari aku sampai kampung. Lepas mereka bercerai, hak anak husbd aku dpt. mahkamah cakap bapak berhak, dan mak dia pun okay je.. takde la nak tentang ke bantah ke apa. Salah sendiri carik. Okay kan je. Anak tiri aku membesar dengan family in law sebb, mak mertua aku, tak nak laki aku jumpa dgn ex wife dia tu. banyak masalah. Menjerit2 memalukan. Kata mak mertua aku la. Pernah aku terserempak dgn dia. Dia lunya jelingan maut..maha dasyat. Jadinya utk memudahkan 2 pihak jumpa anak masing2, dudukla anak tiri aku tu dgn mak mertua aku. Sampai sekarang.

Husband aku.
Husbd aku seorang yg cool sangat. Penyabar giler. Tak pernah lagi la aku ni kena jentik ke, kena jerit pekik ke dengan dia. TAK PERNAH SEKALIPUN. Caring sangat. Anak aku pun seumur hidup diorg sekali je kena lempang. Tu pun masa kecik. Pasal menangis nak mainan dekat supermarket. Kena sekali je. Lepas tu takde dah. Terus sampai besar ni, sekali je husbd aku cakap No, means No. Anak2 aku cukup respect husbd aku. Utk pengetahuan, anak tiri aku tu, tak pernah kena pukul, kena marah, kena bantai dengan bapak dia. NEVER. sebab husbd aku jarang jumpa dia. Adala seminggu sekali. Husbd aku keje selalu outstation. Mak mertua atau baoak mertua aku pukul dia ke apa ke, aku tak tau la. Tak pernah plak aku dengar. Kkt la tanpa pengetahuan aku, tak tau la kan.

Yang aku nak confess kat sini, aku tawar hati dah dgn anak tiri aku tu. Sedih aku. Dia kalau depan aku, orang lain tak nampak, dia buat muka bodoh dia. Buat2 tak nampak aku kat situ. kakau ada orang, ikut mood dia, nak tegur atauntk aku ni. Ikut dia .Kalau nak tau, aku marah dia sekali je. Itupun pasal dia salah buat sesuatu. Sebab aku serik, (dekat rumah mak mertua),aku pernah nak tepok tangan dia, masa tu dia kecik(dah sekolah pun), dia main gunting dalam laci. Aku ni taknak la tgn dia luka ke apa, risau la kalau cedera ke apa, nanti payah. Aku tak tepok pun. Acah2 je nak tepok. Aku simpan gunting, aku tutup laci. Dia nangis. Pergi kat nenek dia. Sekali aku toleh, atok dia, which is bapak mertua aku, hayun reket kat aku. Aku terkejut. Sambil cakap, cuma nenek dan orang dalam rumah ni je boleh marah dia. Nenek dia je boleh pukul dia. Serious aku terkejut. Aku terus macam tunduk nak elak, masa dia hayun dia. ?macam kita nak protect diri kita kalau org nak pukul kita.Ya Allah.. masa tu aku sedih sangat. Apa salah aku? Aku tak pukul pun. Itu jela sekali aku marah dia. Dan aku diamkan perkara tu dari pengetahuan husbd aku. Aku kan orang baru dalam family. Orang luar lagi. (Masa kes ni, aku dah ada anak, tapi anak aku (lepas pantang), dok kampung, aku tengah cari keje masa tu). Aku nangis la lepas tu. Sedih kot. Dahla masa kejadian husbd aku outstation. Seminggu baru balik. Bayangkan tak apa aku rasa masa tu. Takde tempat mengadu.

Actually mak dgn bapak mertua, family in law aku ni baik.. tapi Entahlah….aku tak paham.Kadang depan org time aku ada, dia puji. Tapi bila aku takde, dia ngata.. (sumber rapat yg bgtau aku). Aku dah siasat memang betul. Cuma bila aku tya… apa salah aku diperlaku macam tu. Biasala…semua nafikan. Siap remind sumber rapat tu, jangan masuk campor kalau dorg tgh bercerita berjemaah pasal aku.

Pfffftttt…..

Berbalik pada anak tiri aku tadi. Sampai dia besar ni, aku tak pernah la marah dia mcm mana aku marah anak aku. Kalau anak aku, aku marah sampai satu flat dengar. Tapi bila dgn dia, aku cakap elok2 je. Cakap mcm biasa. Anak tiri aku ni, kalau nk apa2 mesti mintak dgn aku. Buku sekolah ke, baju sekolah ke, alat tulis yg tak cukup dia mintak aku mintak kan dr bapak dia. Aku okay je. Selalu memang aku yg uruskan hal anak2. Dari sekecik pemadam, sampai bag sekolah, buku dan lain2. Pernah la family in law aku cakap, aku control duit husbd aku. Aku habiskan duit husbd aku.

Ya Allah… kalau aku habiskan… penuh dah gelang emas kat satu badan aku ni. Anak aku pun berulit emas je. Ini cincin kawin je yg ada. Husbd aku gaji tak besar. So aku manage la belanja rumah, billing semua. Tapi aku mesti dulukan keperluan anak2. Tau tak, kadang tu aku lebihkan pada anak tiri aku, dr belanja anak aku sdri.Takpelah rezeki dia. Anak tiri aku ni, satu peel dia, aku tau dia nk jaga hati. Tak nk bapak dia dgn aku kecik hati. Let say time nk beli barg sekolah atau keperluan raya. Depan aku dia cakap okay. Bila sampai rumah nenek dia, dia merungut. Dia cakap aku yg paksa dia ambik (yg dia pilih tu). Padahal, aku bg kebebasan pd anak2 aku semua utk pilih apa yg diorang nak. Aku bagi limit harga. Cari yang tak lebih dari 20rm, contoh la. So aku bagi kebebasan pilih asalkan tak lebih harga yg aku hadkan. Dia yg pilih, dia ckp aku yg pilih utk dia. Banyakkkkkkkkkkk kali dia buat macam tu. SAMPAI SEKARANG.
Pedih ulu hati aku ni. Sedih…. dia siap story dekat mak kandung dia, aku yang control semua. Seolah2 dia takde hak nak buat pilihan sendiri. Aduyaiiiiii…..

Pernah la, masa cuti sekolah, dia balik rumah aku. Anak2 aku semua ada. Aku bagi la tugas masing2. Yela.. harini org ni basuh pinggan, esok org lain. Harini org ni kemas tilam, semalam orang tu dah bentang. Aku ckp kt diorang, kalau tak nk buat takpe. Biarkan. Tapi masing2 ada rasa tanggungjawab, so buat tugas2 masing. Diorang yang willing nak tolong. Katanya takpelah kesian kat aku. Tup tup aku dengar cerita anak tiri aku, merungut dekat mak mertua dgn adik2 ipar aku. Katanya aku SURUH DIA BUAT, PAKSA DIA BUAT, MACAM ORANG GAJI. Hoiiiiiiii!!!!!! Aku diam. Aku sabar. Anak aku memang pernah bagitau aku, dia cakap bukan2 pasal aku. Sepupu lain yg dengar bagitau anak aku. Kiranya anak buah aku la. Anak buah aku cakap kat mak dia, kesiankan aku. Apa salah aku dia buat macam tu pada aku. Anak2 buah cakap aku ni baik. Husbd aku baik. Kelakar. Diorang selesa dengan aku. Tapi aku perasan kalau depan anak tiri aku, anak aku kena pulau. Which is adik betul dia. Anak tiri aku selalu pesan dekat sepupu lain. Kalau anak aku datang sana, JANGAN KAWAN DGN ANAK AKU. JANGAN LAYAN. BUAT TAK TAU. JANGAN BAGI MASUK BILIK. Budak baru sekolah rendah masa tu, pandai buat cerita bohong. Kids nowadays kan. Dia punya penangan mengadu tu, cerita dia tu sampai NAMA AKU PUN TAK BOLEH DISEBUT DALAM RUMAH TU. ( ni anak tiri aku terlepas cakap kat aku masa aku tya khabar family in law aku). Semua cerita yang anak tiri aku story balik dekat family in law tu, semua percaya. SEMUA PERCAYA CAKAP DIA. Maksud aku semua yang konon2 aku dera dia. Aku tak bagi kebebasan nk pilih itu ini. Kadang2 tu,…biasala adik, jarang jumpa kakak kan. So nak manja2 la. Mintak ambikkan itu ini, gurau2. Temankan pegi sana sini. Aku cakap kalau tak nak tak payah. Tapi dia sendiri willing nak pergi. Dia yang nak.

Satu hari tu anak aku ajak dia naik kereta dengan kitorang. Tapi dia tak nak, tau tak apa yg aku dengar? Dia cerita, dia kena buli dengan adik dia. Kena buat macam2. Diarah buat macam2. Macam orang gaji. Ermmmmmm……. banyak kali dah dengar dia cerita dia kena jadi orang gaji.Sejak tu aku pesan kt anak2 aku, JANGAN PERNAH MINTAK TOLONG APA2 LAGI DENGAN DIA. CUKUP. MASING2 ADA KAKI TANGAN, BUAT SENDIRI, AMBIK SENDIRI. Aku tak marah kat anak tiri tu pun. Cuma kecik hati. Aku diam lagi tak bgitau husband aku. Tak nak la anak tiri aku tu kena marah. Aku marah anak aku sendiri adala. Walaupun aku tau husbd aku takkan marah anak2.

Aku sayang anak tiri aku. Aku tak pernah bezakan pun. Kadang aku sdri pesan kat laki aku, call anak dia. Call mak dia. Tya khabar family. Laki aku yg taknak. Masalahnya, aku yg kena tuduh, tak bagi laki aku pergi sana la, aku yang hasut la, yarabbi…sendu wei sendu!!!!! Sungguh… aku suruh dia pergi, dia yg tak nak. Kadang2 takde respon. Ya tidak, tidak pun tidak. Memang ada salah faham dgn family in law aku lately ni, Aku ni memang mulut bisa. Tapi tau tak berapa lama aku pendam, dan berapa lama aku simpan benda yang aku tau, tapi diorg tak tau yg aku dah tau. Aku pendam, tp aku tak dendam. Sungguh aku tak dendam. Aku pun jenis let bygone be bygone. Lagipun aku takkan lupa orang yang berbudi dengan aku. Yang tolong aku. Cuma manusia kan, ada hadnya. Sampai masa meletop. Doakan kami baik semula , walaupun tak boleh lupa, cukupla memaafkan. Aku dah maafkan diorang. (nampak macam good2 je aku ni kan) Sungguh pun kutahu sampai la ni ada lagi. Lantakla…aku nk hidup jiwa tenang. Kadang2 aku rasa cerita yang anak tiri aku aku sampaikan kat diorang tu yang buat diorang menyampah dengan aku. Yela dia kan mengadu je dengan diorang. Kiranya DENGAR SEBELAH PIHAK. dari pihak aku tak nak plak ditanya. Kalau tipu budak tu, hidup2 la kena tipu. Sumpah wei… aku tak pernah paksa dia basuh pinggan, kemas rumah, sapu rumah, basuh kain, apalagi memasak. Tapi aku memang ada suruh, bukan paksa. Itupun kalau nak buat, buatla. Mostly kalau anak2 aku berkumpul semua aku bagi diorang chance main , tgok tv dan main game sesama. Aku tak ganggu masa bonding sesama diorang. Cukup time makan, aku panggil makan,aku cuma mintak kemas meja lepas makan je.

Harini la, aku terasa nak confess pasal aku terrrrrrrlalu kecik hati dgn anak tiri aku. Ada event open house dekat rumah saudara kitorang. Kami datang la. Aku sampai anak tiri aku kat depan tu, dia boleh buat tak tau dengan aku. Padahal aku betul2 depan dia. Dia buat2 tak nampak , buat busy. Bapak dia pun dia tak salam. Buat bodoh. Dia buat macam orang luar. Padahal anak buah lain, dengar je aku datang..terus keluar terus bangun nak salam. Aku respek la mcm mana mak bapak anak buah aku ni ajar adab pada anak2 dia. Aku diam lagi. Malu gakla bila ada org tengok dan perasan dia buat bodoh dengan kitorang. Lepas tu aku masuk dalam. Salam2 semua. Tiba2 dia ke dapor. Dia mintak cawan nak minum. Rupanya dia msuk tu dia kena salam aku. Husbd aku suruh. (Aku dpt tau lepas sesi luah perasaan dekat husbd aku) , husnd aku tanya, dia salam tak. Aku cakpla mana ada. Dia masuk mintak cawan je. Tu pun dekat org lain. Pfffffftttttt… kecik hati kita bila tau hal sebenar. Sepanjang kat situ, dia ada gak selit2 orang cakap, time org borak dengan aku. Dia menyampok. Aku layan la macam biasa. Oh yeke…aku jawab, macam aku jawab dgn semua orang. Malas nk pikir hal masa datang tadi. Tiba la nak balik. Anak aku nak cakap dgn dia. Dia ni memang satu perangai, benci dekat anak aku agaknya.. kalau depan orang, memang dia tunjuk benci dia dekat anak aku. Anak aku macam cakap dengan tunggul. Anak aku cakap sorang2. Dia buat bodoh dia. Dia respon pun, dia jawab…. APA!!!!!!!! macam nak suruh orang pandang dan bagi malu pd anak aku. sedih aku tengok anak aku diperlaku begitu.

Time nak balik… semua orang dia salam. Kecuali aku ,husbd aku dan anak aku. Orang sebelah aku, betul2 sebelah. Dia salam. Tapi aku ni. Dia buat tak nampak. Terus dia paling, macam takde sapa kat situ. WHAT THE ………. aku dah hulur tangan kot. Dia salam orang sebelah aku, dia cepat2 pusing tempat lain.. terkesima aku kat situ. Aku pun tarik nafas dalam2, takpelah… aku redha. Semakin ketara benci dia pada aku dan anak2 aku, lepas dia balik dari rumah mak kandung dia. Takpelah…. hati aku terus tawar dan kecik sangat. Nak nangis…tak terkeluar airmata ni. Kalau tegur kang, aku je yang salah nanti. Dia ramai backup.

Lepas beberapa hari ( tadi) 17 July 2017aku luahkan dekat husbd aku..aku cerita semua dari dulu sampai sekarang. Bukan nak ungkit, bangkit pun tak. Sebab aku dah redha dah dia buat macam tu. Aku dah rasa mcm tak perlu aku jaga hati dia lagi. Penat. Dan aku sampai terfikir lantakla, dia bukan anak aku,(aku tak pernah rasa camtu).Aku sedih jugakla. Husband aku pun cakap, dia dah lama perhati, dia dah lama tengok. Dia nampak. Bukan tak nampak. Selama ni. Tapi yela… nak berbunyik kang, sama jek..husbd aku jugak salah la. Pasal dikatanya nanti tak balik tgok anak, tak bg nafkh anak. Nak bgi macam mana, kalau kami sendiri pun makan cukup2. Tapi duit buku sekolah awal tahun, keperluan sekolah, keperluan raya TAK PERNAH HUSBD AKU LUPA. walau selai dua, dia mesti dulukan anak. Tapi orang tak nampak yang tu la. orang ingat kami bermewah. Orang ingat aku beli baju dekat Zara kot..Aku memang tak kerja, tapi aku ada buat bisnes online, aku ada buat part time…. so kadang2 aku ada duit sendiri. Duit aku jugakla yang aku guna untuk bagi kat anak tiri aku. Tapi kat anak aku, aku hold dulu. Keperluan aku. Aku hold dulu. Orang tak tau pun, husbd aku je tau.

Entahlah…hati aku betul2 dah tawar. Atas apa yang dia buat pada aku. Aku cuba sehabis baik layan dia lebih dari aku layan anak aku. Aku tahan sabar aku dr marah. Aku marah anak aku. Walau anak aku takde salah. Aku jarang suruh dia buat kerja rumah. Walaupun sepatutnya dia kena belajar buat. Aku takde dah suruh2 ni. Tak tau la kalau lepas ni aku dengar cerita, dia mengadu aku jadikan dia maid LAGI.

Dia rajin, (ikut mood), boleh dibuat kawan ( ikut mood). Kadang2 dia tidor atas peha aku. Nak manja..Aku okay je. Anak aku pun tak buat macam tu. Nak apa2 mintak aku belikan. Nak beli baju fesyen2 kata dia. Pilihla. Tapi in the end, dia cerita aku yg pulak yang teruk kelakunya, aku tak bagi, aku yang tentukan..ahaiiii…kenapalah dia jadi talam 2 muka. Kadang aku bukan tak nak beli, duit dalam bag tak cukup. Tak kena dengan umur. Terlalu mahal dan kadang bapak dia belum gaji. Macam mana nak buat lagi? Dia share rahsia dia dgn aku, tapi aku tak bagitau sapa2 pun. Aku tak nak la dia tak percaya kat aku lagi dan tak nak share apa2 dah lepas ni. Dia pernah kena tampar dengan husbd baru mak dia (bapak tiri) , mak dia ada situ. Tapi mak dia buat tak tau dan suruh dia sabar. Bapak kandung dia, aka husbd aku pun xpernah jentik anak dia tu. Puncanya dia biar adik dia (anak mak kandung dia dgn bapak tiri dia) nangis. Dia tgok tv. Kena tampor. Sedas kena…, menangis sampai bengkak muka. Mak dia boleh rilex. Masa dia cerita kat aku, nangis2 dia. siap pesan, ni rahsia, jangan bagitau sesapa. Tak tau la nak percaya ke tak, aku percaya je masa tu.

Aku penat bertabah. Bersabar. Yer…aku dah tawar hati. Husbd aku pun tau. Aku dah bagitau dia. Terpulang la dia nak fikir apa. Takpelah…selama ni, aku tak pernah abakkan dia pun. Dia suka makan ayam masak kicap yang aku masak, setiap kali balik, aku mesti masakkan utk dia dan anak2 aku. Ada masa diorang ni akj tengok rapat. Ada masa…entahlah…. macam dia benci dendam. Husbd aku cakap mungkin ada yang mak dia cerita dan burukkan aku depan dia. Wallahualam… aku sayang family in law aku, tapi entahlah..kalau mulut bisa aku ni punca, tarik2 muka,cuba carik dari mana punca utamanya. dan tengok cermin jugak. Semua salah aku ke? Cerita betul ke? Hurmmmm….

Doakanlah aku ni dapat sabar dan tabah. Permudahkanlah urusan aku dan anak2 aku dunia akhirat. Moga anak aku disayangi dan satu hari nanti.. anak tiri aku sedar. Aku tak pernah bezakan dia. Kalau dia rasa, anak aku dapt lebih dr apa yg dia dapat, dia silap, dia patut bersyukur dia dapat lebih dari apa yg dia perlukan. Dia tak perlu kumpul duit kalau nak beli sesuatu. Bukan macam anak aku. Kumpul duit poket, utk beli apa yang dia nak beli. Pergi sekolah makan bekal yang aku bekalkan, duit belanja simpan. Tak perlu bersusah macam dia. Moga dia reti bersyukur satu hari nanti.

Terima kasih sudi baca luahan hati aku ni.

-ibutirimodern

– ibutirimodern

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments