Kesunyian

Salam admin. Aku tahu luahan aku memang tak penting pon berbanding masalah lain yang orang lain hadapi. Tapi aku betul-betul minta admin post jugak sebab ini lah pilihan terakhir aku. Salam ramadhan semua.

Aku perkenalkan diri. Aku Acu, 27 tahun. Bekerja di Melaka. Kenapa aku cakap aku sunyi? Aku tak ada kawan. Bunyi macam pelik kan, tapi betul.

Zaman kanak-kanak, aku membesar di kampong nenek aku. Masuk sekolah rendah, aku admit ramai kawan di sekolah. Tapi aku tak ada kawan sekampung macam orang lain. Kenapa? Sebab dulu-dulu mak aku memang tak bagi bermain sangat. Balik sekolah,siapkan kerja sekolah @ tidur sekejap. Petang just tengok kawan-kawan lain main je. Alasan mak aku, takut kami penat untuk bersekolah hari esoknya. Ditambah lagi budak-budak kawasan tempat tinggal aku tak ramai & tak ada pon yang sebaya dengan aku.

Masuk sekolah menengah, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh yang bukan di negeri aku. Maka, jarang sangatlah aku balik rumah. Kalau setakat cuti sabtu ahad memang aku jarang balik. Boleh dikatakan aku balik kalau cuti lebih 3 hari saja. 3@4 bulan sekali aku balik rumah.

Lepas SPM & seterusnya memang aku terus menetap luar dari negeri aku. Sampai lah kealam pekerjaan. Kawan-kawan aku zaman belajar? Sesungguhnya aku tak tahu lah kenapa aku selalu malang. Lepas SPM je kami ditawarkan U ke yang berlainan. Walaupun berlainan, kawan-kawan rapat aku kebanyakkannya ada member dari sekolah yang sama. Tapi tidak aku. Begitu juga ke peringkat ijazah, aku selalu ditakdirkan terasing dari yang lain. Maka, kami hanya berhubung melalui whatsapp,fb & sebagainya.

Zaman bekerja juga sama, kawan-kawan rapat aku bekerja di ibu kota. Tapi ak ditakdirkan di sini.
Zaman kerja pula, aku selalu dapat company yang dipenuhi makcik & akak yang dah berkahwin,beranak. Jadi, aku sorang saja yang single. Bila yang dah berkahwin ni paham la kan. Susah nak dapat yang jenis easy-going. Kawan rumah sewa? Aku selalu dapat housemate yang jenis buat hal sendiri. Kami jarang bercakap dan jumpa. Waktu kerja yang berbeza pon salah satu punca kami tak bercakap.

Sesungguhnya aku jealous dengan kawan-kawan aku yang lain. Di office meriah je g lunch ramai-ramai. Balik kerja walaupon penat & kena hadap jem, tapi still happy dapat sembang & meluah sesame sendiri. Hujung minggu terisi. Aku cuba cari kelab untuk join pada weekend. Tapi, tak tahu lah aku tak pandai cari @ memang jarang ada aktiviti macam di tempat lain.

Boyfriend? Aku memang tak pernah bercinta. Memang sejak dari dulu aku susah nak berkawan dengan lelaki. Kawan aku pernah cadangkan suruh install wechat cari kawan lelaki. Tapi bukan jenis aku yang suka berkenalan dengan orang yang tak kenal kot.

Guys, sekarang aku macam terasa sangat sunyi tu macam boleh menangis duduk sesorang. Aku macam dah penat nak hadapi sunyi macam ni. Ada tak antara korang yang alami apa yang aku alami?

Raya yang bakal menjelma ni pon aku memang tak excited. Sebab aku tak pernah beraya macam orang lain. Ziarah dari rumah ke rumah. Aku jealous dengan orang yang berkonvoi dengan kawan-kawan time raya. Aku tak pernah alami benda macam tu.

Aku dah sampai 1 tahap sekarang, aku lagi selesa buat benda sesorang. Aku start notice bila balik kampung, Aku tak selesa makan & berjalan dengan family. Aku lebih suka tidur,makan sorang. Tengok TV kat rumah pon aku dah tak boleh sekarang. Aku rasa bising dan rimas dengan banyak-banyak suara. Aku lebih mengasingkan diri. Tujuan aku post kat sini adalah aku sekarang dah 4 bulan asyik nangis je. Aku rasa sunyi yang teramat sampai aku doa kat Tuhan amik lah nyawa aku. Supaya aku tak sunyi.

Kalau dulu ak sunyi aku cuba pergi mall,tengok wayang. Even sorang tapi sekurangnya sunyi aku terubat. Tapi lately ni dah kurang berkesan. Mungkin faktor umur juga yang membuatkan aku dah malas nak keluar rumah. Aku fikir tidur,baca forum,blog lagi selesa dari keriuhan orang ramai.

Aku mengharapkan pandangan korg sangat-sangat.
Terima kasih.

– Acu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *