Kifarah Untuk Aku

Salam sejahtera admin dan pembaca iium confession. Di sini aku ingin ceritakan kisah aku yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kalian di luar sana. Tidak terlintas untuk membuka aib diri sendiri , tetapi sekadar meluah apa yang aku pendam.

Sejak kebekelangan ini hidup aku agak huru hara dengan pelbagai ujian yang menimpa aku dan keluarga aku. Aku tidak tahu di mana silapnya , tapi setelah merenung balik kisah silam aku yang penuh dengan dosa menganiaya orang, ya baru aku faham. Ini kifarah untuk aku dari tuhan.

Nama aku alif, sejak di bangku sekolah lagi aku ade hubungan dengan gadis yang bernama Alia. Alia muda setahun daripada aku. Alia bertubuh gempal dan berkulit gelap, tapi sebab rase sayang yang mendalam, aku butakan mata dan memilih dia sebagai kekasih hati. Alia gadis yang bijak, gadis yang baik dan pandai masak. Sifat humor dia juga menawan aku. Kami jarang jumpa dan cuma berhubung melalui social media, Walaupun begitu, kami tetap bahagia.

Segalanya berubah bila aku mula melanjutkan pelajaran aku di peringkat diploma di kolej islam . Berjauhan daripada kekasih hati menyebabkan aku semakin ligat di kolej aku. Perempuan gebu cantik sana sini kan, mana boleh tahan. Lagi pun , aku tercabar sebab kawan – kawan lelaki yang lain semua ade girlfriend cantik . Aku ? . Nak tunjuk Alia sebagai kekasih aku pon aku malu. Jahat kan aku. Alia ? Aku tahu die setia dekat aku sebab die dekat kampung tengah fokus SPM.

Oleh sebab nak kebebasan , aku mula menjauhi Alia. Aku bagi alasan macam2 untuk tak nak contact Alia. Aku cakap ade program dekat kolej lah. Ada test lah, tengah sibuk study lah. Alia percaya dengan aku dan die tunggu aku dengan sabar walaupun aku ni layan die acuh tak acuh. Satu hari Alia persoalkan layanan aku terhadap die yang semakin dingin .Aku dengan ego aku memutuskan untuk tidak contact Alia selama dua bulan, alasan aku ialah untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin serta nak fokus belajar. Pada mulanya Alia tak dapat terima keputusan aku. Tapi mungkin sebab alasan aku untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin , dia setuju.

Bila dah tak contact tuh , aku mula dapat kebebasan aku. Keluar malam subuh baru balik rumah sewa. Skandal kiri kanan . Dalam whasap aku, semua kawan perempuan aku panggil sayang . Aku cakap dengan Alia yang aku busy study , tapi sebenarnya aku tengah seronok berfoya foya . Akhirnya kegiatan aku terbongkar dan diketahui oleh Alia setelah kawan satu kolej dengan aku inform Alia berkenaan kegiatan aku disebabkan rase kesian dekat Alia. Kami bergaduh besar . Aku ? Aku yang ego ni diam seribu bahasa.

Sampai satu masa, aku call Alia . Dalam talian, aku dengan ego aku memperlekehkan dia. Aku cakap die yang bodoh tunggu aku. Dia tak faham macam mana raseyer bila dah sambung study ,yerlah die baru nak SPM masa tuh. Aku dengan sombong cakap ,aku nak fokus study nak kerja dulu , lepas tuh nak kawin terus. Aku tak nak couple2 ni . Aku kata aku muda lagi buat apa nak couple dengan die. Alasan aku nak putus dengan dia adalah untuk cari keberkatan tuhan, nak menjauhi couple yang haram ni , padahal aku ligat dengan perempuan sana sini. Aku munafik dengan diri sendiri. Kejam kan aku , padahal dulu aku selalu cakap nak buat die jadi bini aku.. Aku pon terlepas cakap yang aku geli tengok dia badan gemok , tak menarik langsung, tak macam kawan – kawan perempuan aku yang kurus cantik dekat kolej tuh. Bila Alia meroyan, aku cuma cakap suruh die redha , percaya pada takdir . Padahal itu semua taktik aku, berselindung dengan ayat agama, supaya kesalahan aku dapat ditutup. Kejam dan munafik. Itulah aku.

Alia mula move on . Mungkin hati die kosong sebab aku banyak sangat hina dia. Lepas SPM, die dapat masuk matrik. Aku sedikit tercabar sebab tengok die lagi pandai dari aku. Aku cuma masuk kolej biasa. Habis matrik, die terus sambung degree . Aku ? Hurm aku belajar tahap diploma jek dan aku tak dapat sambung ke degree sebab pointer aku teruk sangat. Bila tengok Alia berjaya daripada aku, Aku mula sakitkan hati dia. Aku mula bercouple dengan rakan kuliah aku yang bernama Ina. Hari2 aku update sweet2 dengan couple aku Ina dekat fb, dengan harapan Alia akan carik aku dan marah aku sebab dulu aku cakap nak fokus study kan bukan couple. Tapi aku silap, Alia buat bodoh jek tak ambil tahu langsung pasal aku. Aku geram aku chat Alia dekat facebook , pura-pura tanya khabar, dalam chat tuh aku provoke dia tanya die bila nak kawen, bila nak ade boyfriend, dalam masa sama aku asyik cakap yang aku ni single dan cuma hanya berkawan jek dengan si Ina. Padahal masa chat Alia tuh ,aku update gambar sweet2 dengan Ina di profile facebook aku. Jahat kan aku ? . Aku saja sakitkan hati Alia.

Ok lah itu dosa silam aku, sekarang ni aku nak cerita pulak kifarah yang aku dapat. Kini aku dah kawin dengan pilihan hati aku, Alia pon dah berkahwin dengan pilihan hati dia. Dulu aku hina Alia gemok hodoh kan ? . Ya sekarang ni isteri aku sendiri gemok. Kami tak ada anak lagi ,tapi tak tahu kenapa lepas kawin badan isteri aku naik sangat. Kulit die mula menggerutu sampai geli aku nak sentuh. Puas aku ajak die jogging petang2, belikan supplement kurus. Tapi tetap gemok. Aku stalk facebook Alia guna facebook kawan aku, ( Alia dah block aku dekat facebook ), Aku tengok Alia makin cantik. Alia dah kurus , kulit putih dan sedikit tinggi. Macam model. Dekat instagram pon die ramai follower, die jugak dah jadi model untuk tudung dan juga pakaian. Terkedu aku. Tak sangka perempuan yang aku hina dulu dah cantik gah sekarang.

Macam yang aku tulis dekat atas, Alia ni padai masak. Dekat instagram die, die selalu update masak lauk pauk sedap2 untuk suami die. Dulu aku pernah hina Alia aku cakap yang “ awak ni selalu masak macam2, makan pon macam2, sebab tuh badan gemok “. Tapi sekarang aku jeles dengan suami Alia , untung lah dapat Alia pandai masak macam macam. Alia pandai buat kek dan biskut jugak. Isteri aku ? masak nasi goreng pon lembik. Macam makan bubur dah aku rasa. Aku teringin jugak ade isteri yang pandai masak sedap2 untuk aku, baru seronok nak balik rumah kan. Lepas kawin aku yang biase masak untuk isteri aku, kalau malas masak, kami beli luar jek. Tapi muak jugak makan nasi bungkus jek .

Selain itu, dulu perangai buruk aku selalu panggil sayang dekat kawan kawan perempuan aku kan walaupun aku dah ade Alia. Ya, aku terima kifarah lepas kawin ni, isteri aku depan depan aku dia bergurau senda dengan kawan lelaki lain, siap panggil sayang. Aku pernah baca whasap isteri aku panggil sayang dengan rakan kerja lelaki die. Bila aku persoalkan, isteri aku cuma jawab acuh tak acuh yang itu cuma gurauan rakan sekerja. Panas lah hati aku, dayuslah aku kan kalau isteri pon tak reti hormat aku. Ya, ini kifarah aku bila aku mainkan hati Alia dulu.

Dulu aku pernah bagi alasan yang couple ni haram lah, nak fokus study lah , tak nak couple tapi nak terus kawin lah . Alasan2 ni aku bagi dekat Alia dengan harapan nak putus dengan Alia dan dapat hidup bebas berfoya foya dengan perempuan lain. Nah, kifarah seterusnya yang aku terima. Adik perempuan aku sendiri jadi hampir gila akibat putus tunang dengan kekasih hatinya. Bekas tunang adik perempuan aku yang bernama Man memutuskan pertunangan dengan alasan nak sambung belajar dan fokus belajar, tiba2 kami dikejutkan yang bekas tunang adik aku, Man ni berkahwin dengan perempuan lain. Rase rendah sangat maruah kami sekeluarga. Man hanya minta putus tunang melalui whasap sahaja dan terus membatukan diri tanpa menghiraukan adik aku yang mengalami tekanan perasaan, Puas kami sekeluarga bawak adik berubat untuk pulihkan semangat dia. Man juga dengan secara sinis berkata pada aku “ abang Alif kan belajar agama tinggi, mesti faham konsep redha kan ? suruh jek lah adik tuh redha, dah kami tak ada jodoh nak buat macam mana, abang alif dan keluarga kene redha dengan semua ini “ . Sekali lagi kata2 yang aku ucapkan dulu pada Alia kini diludah kembali kepada muka aku. Ya, kita suruh orang redha memang mudah, tapi bila kene pada batang hidung sendiri ? Sungguh berat nak redha melihat adik sendiri dipermainkan sebegitu rupa.

Bila dah banyak kejadian berlaku dalam keluarga aku. Aku tetap ego. Aku tak pernah pun cuba minta maaf pada Alia di atas sikap aku yang dahulu. Aku ego. Sampai sekarang aku takut nak ada anak, masih lagi terngiang ngiang ayat Alia di telinga aku ni, “ kalau kau ade anak perempuan nanti, apa yang kau dah buat dekat aku ni kalau kene balik dekat anak perempuan kau, baru kau sedar kifarah itu ada, baru kau ada akal kan “. Aku takut. Tapi aku ego nak minta maaf.

Buat kalian ,ambillah iktibar dari kisah aku ni. Jangan mainkan perasaan orang. Mungkin doa orang yang teraniaya seperti Alia telah tuhan kabulkan . Akulah penerima kifarah itu atas dosa aku sendiri. Terima kasih sudi baca luahan hati aku.

– ALIF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *