Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah Ashabul Ukhdud

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang buat semua bakal penghuni syurga.. Pernah dengar tak mengenai kisah ashabul ukhdud? Kalau tak pernah dengar, meh saya nak ceritakan supaya kalian beroleh manfaat.. insyaAllah ..

Cuba ambil Al-Quran dan lihat surah Al-Buruj (Surah yang ke-85 : muka surat 590).. Maksud Al-Buruj itu sendiri ialah gugusan bintang… Tapi, cuba perhatikan ayat yang ke-4 …. Ayat itu berbunyi :

“Binasalah orang-orang yang membuat parit (iaitu para pembesar Najran di Yaman).. ”

Najran kini ialah sebuah bandar di Arab Saudi yang berada dekat dengan persimpangan ke Yaman…Najran ni cukup terkenal kini sebagai tempat perdagangan kain dan kalau korang nak tahu, kain Kaa’bah tu pun dibuat di Najran…. Tapi sebelum ni, nama bandar Najran ni ialah Al-Ukhdud (sempena kisah ashabul ukhdud)…

Ok.. berbalik kepada point asal… tahukah kalian apakah itu ashabul ukhdud? kenapa Allah sebutkan di dalam Al-Quran khusus dalam ayat ke-4 surah Al-Buruj?

Kisahnya begini…

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai tukang sihir. Tukang sihir itu semakin tua, lalu dia berjumpa raja dan beritahu raja “Aku ni dah tua.. kau carikanlah seorang pemuda untuk aku ajarkan ilmu sihirku”.

Lalu raja ni pun jumpa seorang pemuda dan dia minta pemuda itu untuk selalu datang ke istana untuk belajar ilmu sihir dengan tukang sihir istana tadi… Setiap kali pemuda ni nak pergi ke istana, dia akan melalui rumah seorang pendeta dan singgah di situ untuk belajar ilmu agama dari pendeta tersebut…Bila pemuda ni dengar ilmu dari pendeta, pemuda ni jadi kagum dengan kebesaran Tuhan (Allah).. Jadi setiap kali pemuda tu nak ke istana, dia mesti akan singgah di rumah pendeta dan berguru di situ..Disebabkan dia selalu sangat singgah ke rumah pendeta, dia selalu terlewat ke istana sehingga akhirnya tukang sihir tu marah dan pukul pemuda tersebut sebab lambat..

Lepas tu pemuda tu mengadu dekat pendeta bahawa tukang sihir istana marah kalau dia lambat…maka pendeta tu pun beritahu dia “kalau takut tukang sihir marah kalau lambat, bagitau tukang sihir yang keluarga yang melambat-lambatkan awak… dan kalau keluarga marah sebab balik lambat, bagitau keluarga yang tukang sihir tu yang melambat-lambatkan awak”..

Pastu, dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ada binatang buas pula di pertengahan jalan.. Lepas tu pemuda ni berbisik ‘Sekarang aku nak uji ilmu siapa yang betul.. adakah ilmu tukang sihir ataupun ilmu pendeta’… Lepas tu pemuda tadi ambil batu dan berniat ‘Ya Allah, kalau ilmu pendeta itu benar dan lebih Engkau sukai daripada ilmu tukang sihir, maka kau bunuhlah makhluk ini’. Sebaik sahaja dia lempar batu tu, binatang buas tu pun mati.

Kemudian pemuda ini pergi bertemu pendeta dan ceritakan perihal kejadian tadi. Pendeta tu cakap “Wahai anak, ketahuilah hari ini kau lebih baik dari aku, dan kau sudah mengetahui apa yang aku ketahui.. ketahuilah, sesungguhnya engkau akan diuji, dan apabila engkau diuji, janganlah kau sebut namaku”.

Suatu ketika, pembantu raja yang buta berangkat menemui pemuda ini dan memohon kepadanya agar menyembuhkan butanya. Pemuda itu mahu mendoakan untuknya, tapi pemuda tu letakkan syarat,.. syaratnya, si buta itu mestilah beriman kepada Allah.. Tawaran itu diterima oleh si buta dan akhirnya, Allah pun sembuhkan si buta tersebut…

Raja terkejut dengan kejadian ini dan akhirnya, raja memerintahkan agar pemuda ini ditangkap. Mula-mula, pemuda ini dihukum dengan cara dijatuhkan dari atas gunung. Raja berpesan “Jika sampainya di sana, dia mahu keluar dari agamanya, maka janganlah diapa-apakannya.. tapi jika dia degil, lemparkan sahaja dia ke dalam jurang”.

Namun kuasa Allah lebih besar. Gunung ini tiba-tiba bergegar. Pemuda ini terselamat, sebaliknya orang suruhan raja pula yang terkorban.. Kemudian pemuda tersebut pergi berjumpa raja dan menghadapnya. Raja terkejut lalu bertanya “Mana pengawal-pengawalku?”.

Pemuda itu menjawab “Allah menyelamatkanku dari kejahatan mereka”.

Lalu Raja perintahkan pengawal-pengawalnya yang lain untuk campakkan pula pemuda ini ke tengah lautan. Tetapi perkara sama berlaku, pemuda ini terselamat dan pengawal raja semuanya terkorban. Pemuda ini kembali menghadap raja dan raja sekali lagi terkejut.

Lalu pemuda ini berkata : “Engkau tidak boleh membunuhku melainkan kau ikut perintahku”.

Raja bertanya “Apa perintahmu?”

Pemuda itu menjawab “Kumpulkan seluruh rakyat di lapangan, lalu saliblah aku di sebatang pokok, dan panahlah aku sambil berkata ‘Bismillahi Rabbi Hazal Ghulam (dengan nama Allah Tuhan pemuda ini)’. Jika engkau ikut arahanku, pasti kau dapat bunuhku”.

Selepas itu, raja benar-benar mengikuti arahan pemuda itu dan berjaya membunuhnya di hadapan rakyatnya. Tapi sejurus selepas kejadian itu, rakyatnya semua berkata “Kami beriman kepada Tuhan pemuda ini”.

Raja pun marah, lalu dia terus membuat parit di sepanjang jalan dengan nyalaan api dan melemparkan sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah ke dalam parit itu.

Ada seorang ibu yang sedang menggendong bayinya. Dia termasuk yang beriman kepada Allah. Pada mulanya ibu ini serba salah untuk mengakui keimanannya, dia mula ragu-ragu untuk mengakui keimanannya sebab tak sanggup melihat bayi kecilnya sama-sama terbakar di dalam parit. Lalu dengan izin Allah, bayi ini tiba-tiba oleh berkata-kata dan memberitahu ibunya “wahai ibu… tabahkan hatimu… kerana ibu berada dalam kebenaran”…

Demikianlah kisah ashabul ukhdud (pemuda yang menggali parit)… ashabul ukhdud ni merujuk kepada golongan yang menggali parit untuk memusnahkan orang yang beriman kepada Allah..

Jika kita lihat kisah ini, betapa mereka berjuang untuk selamatkan akidah dan mengakui keimanan mereka kepada Allah sehingga sanggup terbakar dalam parit… tapi kita kini? Adakah kita benar-benar menghayati keimanan kita kepada Allah?

Soal diri kita.. adakah aku benar-benar beriman kepada Allah? atau aku sebenarnya beriman kerana agama iini adalah agama warisan sahaja, bukan dengan ikhlas dari lubuk hati…

Bersyukurlah jika anda dilahirkan islam…

– Bidadari Syurga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments