Kisah Silam

Kisah Silam

Assalamualaikum. Thanks admins for aproving my confession. Thanks IIUMC readers for spending your time reading my confession. Thanks time, for letting me spending you, to write this confession.

Aku berumur 27 tahun. Perempuan. Sudah bekerja. Belum berkahwin. Tiada isu anak dara tua dalam keluargaku, sebab majoriti sepupu aku yg perempuan pun sama mcm aku. Alhamdulillah. Jadi jangan jadi makcik bawang di sini dengan soalan tipikal tu.

Aku nak sembang tentang isu hangat sekarang. Pedophile…

Terlalu banyak posting2 tentang pedophile. Child sex grooming.

5 minit tadi, kawan aku share Pn Maryam Aziz punye posting, buku bergambar milik anak buahnya yg berusia 8 tahun.

Dan ada benda ni triggered memori lama aku. Yang aku nak lupa tapi tak pernah boleh lupa, dan aku harap akan lupa juga suatu hari nanti.

Kisah ni kisah aku sendiri. Lebih dua dekad lepas. Kalau org lain, memori sekolah rendah pun ingat2 lupa, aku tak. Aku ada memori seawal aku berusia 2 tahun.

Aku simpan seorang cerita ni selama ni. Sebab pelakunya pun mungkin dah tak ingat pun, dan dah insaf serta dah berkeluarga. Dulu masa aku kecil, keluarga aku tinggal berdekatan dengan rumah tok nenek aku belah mak.

Hampir tiap petang emak n ayah akan bawak aku balik rumah nenek, lepas ayah balik sekolah. Ye, ayah aku cikgu, adik2 mak aku adalah murid ayah aku jd ayah aku mmg sangat rapat dengan keluarga mak, sampai sekarang.

Kadang2 kalau mak ayah ke bandar naik bas (dulu susah, ayah hanya ada motosikal Suzuki je), aku akan tinggal di rumah nenek, main dengan ibu2 n ayah2 saudara.

Ayah saudara aku belah emak ada dua org je. Seorg masa tu sekolah rendah lg, murid ayah. Sorg lg, besar dah sikit, sb sekarang pun umur dia dah pertengahan 40an.

Yg rajin layan aku main, emak2 saudara n ayah saudara aku yg muda ni. Tp yg kerap bagi aku makan, tidurkan aku, n mandikan aku, ayah saudara aku yg besar ni.

Paling aku ingat, tiap kali ayah saudara aku ni mandikan aku, dia akan keluarkan alat sulit dia, letak di ‘tempat’ aku. Bukan sekali, tp kerap jugak la, sebab aku kalau hujung minggu pun suka tidur rumah nenek aku. Sb aku anak tunggal lagi masa tu, takde kawan di rumah.

Masa tu aku tak pernah bg tau mak ayah aku, sebab aku tak tau tu salah. Sebab ayah aku pun tak pernah buat macam tu. Jd sbg budak kecil, aku xpernah terfikir nak tanya pasal tu.

Dan bila dah masuk sekolah menengah, masa tu baru aku tau apa yg ayah saudara aku buat tu salah.

Tapi masa tu, ayah saudara aku tu mungkin dah lupa pun. Sekarang pun dah dah kahwin, anak masuk 5, isteri cantik tudung labuh, anak semua dihantar ke tahfiz n dia sendiri pun kerap memondok, dipanggil bg ceramah etc.

Cuma masa sekolah menengah, aku masih tak tau lagi sebenarnya benda tu semua akan bg effect yg sangat besar kat aku sampai sekarang.

Tapi bila dah usia mcm ni, baru aku sedar, banyak tindakan aku dipengaruhi benda yg aku lalui tu. Mcm aku takut nak bercinta, every time org mcm nak propose aku, aku rijek takde fikir dah. Tp tu benda kecik je. Takde ape sangat pun.

Tp bila ada kisah2 child grooming, lepas tu mcm2 kisah pedo lain, tu buat aku jd xboleh tidur. Duk teringat2. Rasa mcm badan kotor sangat sampai kalau mandi tu, kalau boleh mcm nak tuang habis sebotol sabun.

Bila viral kisah pakcik kahwin budak tahun 5 tu, aku rasa nak muntah.

Bila baca kisah Pn Maryam Aziz tu, lagi aku mcm…..aku pun tak tau nak describe mcm mana.

Aku nak jumpa kaunselor, padahal roommate aku skrg pun kaunselor jugak. Dan mustahil aku boleh cerita kat org hanya sbg anoymous mcm di sini. Paling kurang aku kene tunjuk muka jugak.

Aku tak minta solusi. Aku cuma hanya nak meluahkan rasa aku dengan harapan sekurang2nya kepala aku tak terbeban sangat dengan benda macam ni. Serius. Benda ni sangat memberatkan kepala aku.

Dan aku tak tau nak tamatkan confession aku ni macam mana sebab aku pun tak tau kenapa aku nak luah sangat benda yg tersimpan lama ni.

Sekian…

– Sakurako

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit