Kongsi Rezeki Anda

Kongsi Rezeki Anda

Salam gais. Aku dah berkahwin hampir 2 tahun. Aku pernah mengandung setelah setahun lebih ttc (try to conceive). Perasaan yang sangat bercampur baur. You know setelah berapa lama kami berusaha. Akhirnya aku mengandung. Memang tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Excited how the baby looks like, ikut muka siapa? Boy or girl? Suami tak payah cerita lah dia yang paling happy. Hari-hari cium perut. Alhamdulillah dengan rezeki-Nya.

Tapi kegembiraan tu tak lama. Aku diuji. Aku gugur. Harini genap 3 bulan dah aku ggur. Aku redha, pantang tanpa anak disisi. Aku belajar redha. Tapi start dari misscarriage aku punya emosi jadi tak stabil. Aku jadi sensitif sangat-sangat bila sentuh bab anak padahal sebelum ni tak pun. And bila aku jumpa baby, aku jadi sayang sangat. Aku dukung, aku dakap. Seolah melepaskan rasa rindu.

Ok settle mukadimah. So now, nak dijadikan cerita aku ada buat majlis hari raya ni. Ada member bawak anak. Aku nak dukung baby since their parent nak makan. Tapi her parents wont let me. They give reason yang aku rasa macam tak masuk akal. Didepan orang ramai pulak tu. Aku terus tak layan dorang. Layan tetamu lain. Start dari haritu, aku rasa sangat-sangat terasa. Aku jadi tersinggung sangat. Sampai ke harini, macam tak boleh nak maafkan dorang. Sedih weh. Huhu. Ye aku tahu ada sebab they dont let me take their child mungkin takut kena jangkitan ke sakit ke. Tapi bawak anak dekat majlis keramaian boleh pulak. Expose to smoke.? Ntah lah. Aku cuba sedapkan hati. Yelah emosi aku belum stabil agaknya sebab tu benda sikit nak terasa. Ada yang pernah rasa tak?

Tapi dalam satu tu, member-member lain semua ok. Bagi kongsi baby dorang dengan aku. Dukung kejap pun jadi. Terima kasih kawan-kawan, memang pahala untuk korang bagi pinjam anak pada kami. Bagi aku cukup lah dapat bau baby. Pegang dia. Belai dia. Dapat lah aku lepas rindu. Moga anak kalian sihat dan jadi anak yg soleh. Moga kebaikan kalian di balas oleh-Nya.

Terima kasih baca luahan aku yang tak seberapa ni. Bagi aku tak salah kalau kita pinjamkan anak kita dekat orang lain. Kongsi rezeki kita. Sedangkan achey pun kongsi kebahagiaan dengan anak kawan-kawan dia. Rileks je kawan dia bagi main sama. Aku tahu ramai lagi yang belum mengandung. Aku tahu mcmana perasaan korang. Tengok orang bawak anak, sikit-sikit pun nak jugak merasa kan. Huhu. Doakan aku dan suami cepat-cepat dapat baby. -inshaallah aku pun akan berkongsi kasih dengan kalian. Doakan jugak utk yang masih ttc. Moga ada rezeki baby buat kita semua.

– Ibu TTC

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit