Kosong

Hidup ni penuh dengan dugaan kan? Ada dugaan belajar, ada dugaan bercinta, ada dugaan berkawan, ada dugaan berkeluarga, dan macam2.

Setiap fasa kehidupan, kita akan tempuh setiap dari dugaan, tak kira lah kau baik macam mana pun tetap akan diberi dugaan. Antara berat dengan tidak sahaja.

Sama la macam aku, aku pernah lalui dugaan macam-macam dari umur setahun jagung sampai la sekarang umur aku 23 tahun. Walaupun usia umur aku ni kalau orang baca tak lah sebesar lautan pengalamannya, tapi hidup aku dah cukup pahit.

Sebab apa pahit ? Sebab dari aku kecil dugaan yang aku tempuhi semua berat-berat belaka. Sehingga kini aku rasa hidup aku tiada tujuan. Tiada matlamat walaupun aku ini seorang student degree. Aku pun tak tahu kenapa aku sambung ijazah.

Aku rasa aku ada mental illness @ depression. Sebab bila aku rasa depress teruk aku akan menangis puas-puas tapi still aku tak jumpa punca. Mungkin ni semua atas sebab dugaan-dugaan yang aku pernah hadapi.

Ayah aku kahwin dua, tapi alhamdulilah cukup kasih sayang yang diberikan. Mak aku pun. Cuma aku rasa kesibukan diorang masa kecil membuatkan aku tertekan. Cuba bayangkan… aku dapat hadiah masa anugerah pencapaian pelajar masa sekolah rendah. Aku sendiri yang naik, kawan-kawan aku semua naik dengan parents. Aku? Sorang. Sampai aku habis form 6 pun masih lagi tidak disaksikan oleh kedua orang tua aku. Semangat belajar aku ada tapi macam tak bertujuan. Aku pun tak pasti kenapa. Didikan agama yang diberkian semua cukup. Tapi hati masih kosong. Ke aku ni jenis bebal? Hahahahha..

Perangai aku dari sekolah sampailah ke universiti sangat periang, sangat happy tapi hakikatnya aku menangis di dalam.. aku pun pelik. Aku pernah cuba nak cuba menyendiri, diam bila dengan kawan-kawan, tapi takleh. Kejap je aku boleh macam tu, hahahaha pastu aku ceria balik.

Aku juga pernah terfikir nak bunuh diri sebab aku rasa hidup aku kosong sangat-sangat tapi alhamdulilah, iman aku kuat lagi. Perasaan bunuh diri tu datang tiba-tiba. Aku banyak buat research pasal mental disorder. Pasal depression. Semua test aku jawab. Memang sah ada depression cuma aku belum berjumpa pakar. Aku cuba hadap.

Ada suatu ketika bila depression datang aku jadi tak sedar pun aku hentak-hentak kepala di dinding. Aku tak sedar pun aku tarik-tarik rambut. Bila aku bangun esoknya baru kawan aku beritahu. Nasib aku ada juga roomate yang memahami, yang selalu ada dengan aku.

Cakap pasal roomate, aku anggap dia macam family aku sendiri, apa dia makan aku makan. Dia sedih, aku pun ikut sedih. Aku sayang sangat kat dia macam mana aku sayang adik beradik aku yang lain. Tapi takde la sayang sampai tahap suka kaum sejenis. Ni sayang atas dasar berkawan. Tapi baru-baru ni dia lain, dia jumpa kawan lama dia. Aku rasa macam tersisih. Adakah sebab depression yang mendorong aku macam ni? Aku jadi stress sangat. Taktahulah nak cerita macam mana kat korang semua. Nanti ada masa aku tulis lagi ye.

Sorry la kalau korang baca ni macam takde point pun tulisan aku. Ni je cara aku nak share dengan orang. Sebab aku takut bila aku share dengan kawan-kawan diorang akan cakap aku ni mengada.. boleh share tak cara nak hadap depression yang teruk? Aku tahu mesti ramai yang kata solat, ngaji. Yg tu aku tahu, tapi ada tak yang pernah lalui macam aku? Apa korang buat?

– Si Kosong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *