Kuasa Leadership Anak Lelaki

Assalamualaikum kepada Admin dan warga IIUMC.Terima kasih admin jika post ini disiarkan.In sha Allah dapat membantu para ibu di luar sana yang memiliki anak lelaki.Bayangkan kita mengandungkan mereka selama 9 bulan tetapi mereka membesar dengan sia-sia.Islam amat memerlukan rahim wanita untuk meramaikan umat Nabi Muhammad saw yang berpotensi untuk menjadi Pembela Islam bukannya Penentang Islam.Dalam keadaan Islam yang bergolak sekarang ni kita amat perlu pemuda-pemuda yang bervisi dan misi islamik untuk menyambung mata rantai perjuangan Baginda saw dan para sahabat.Anak lelaki kita ini bakal menggantikan kuasa kepimpinan Islam pada masa akan datang.Lihatlah kehebatan Erdogan yang memimpin negara Turki.Siapa lagi mencorakkan Singa Islam di zaman fitnah ini yang memerlukan keimanan,keilmuwan,ketaqwaan dan kuasa leadership yang hebat kalau bukan Ibunya.Kalau wanita kaji tentang ibu-ibu yahudi yang mana mereka amat fokus dalam mendidik anak lelaki ini sejak dalam kandungan lagi.Paling mengejutkan mereka ini mengamalkan pemakanan sunnah agar anak-anak mereka cerdik.Lihatlah populasi orang yahudi yang sidikit tetapi mereka hebat dan menguasai pelbagai bidang.Tetapi segelintir daripada kita ibu-ibu islam yang memandang ringan perkara ni.Kita lebih banyak buang masa dengan zumba,shopping,beratur beli tudung,tangan tak lekang dari fon buka fb dan Insta.Srikandi Islam dahulu mereka boleh melahirkan ramai anak tetapi berjaya mendidik anak-anak lelaki mereka sebagai pejuang islam yang berani dan setia kepada Rasulullah saw.Inilah ibu-ibu hebat di belakang orang-orang yang agung iaitu Safiyah binti Abdul mutalib ibu kepada Zubair Ibnu Awwam,Asma binti Abu Bakar ibu kepada Abdullah,Munzir dan Urwah,Fatimah binti asad ibu kepada Ali Ibnu Abi Talib,Asma binti Umais ibu kepada Abdullah bin Ja’far,Hindun bin Utbah ibu kepada Muawiyah bin Abu Sufyan,Ummu Ashim ibu kepada Umar Ibnu Abdul Aziz dan banyak lagi.Kajilah para ibu sekalian.Daripada sibuk baca post Oh Bulan dan skroll insta Roti kaya tu kan..Saya kongsikan sikit cara-cara untuk mendidik anak lelaki ini moga dapat membantu.Ibu sekalian selagi belum terlambat untuk betulkan layar kehidupan anak lelaki kita cepat-cepatlah bertindak jangan sampai nasi menjadi bubur,menyesai tak sudah.Menangis tak berlagu.

1.Disiplin solat jemaah
Dalam rumah anak-anak lelaki ini perlu didisiplinkan mengimamkan solat.Tak kisah umur 7,8,9 atau 10 tahun ke kena didik memimpin solat jemaah.Baca surah-surah pendek dulu xpa macam 3 kul tu.Perlahan-lahan betulkan bacaan mereka contohnya bacaan lepas solat atau wirid.Buat jadual.Contohnya Solat Subuh Along imam dan solat asar Angah imam.Latih mereka bentang sejadah dan hormat waktu solat.

2.Rajin ajak ke Masjid
Para suami sekalian,rajin-rajin bawa anak-anak lelaki ini datang masjid solat jemaah.Di sini kuasa Leadership mereka terbina yang mana mereka akan memerhatikan imam yang mengetuai solat jemaah dan ustaz-ustaz yang menyampaikan ceramah.Biar dia dengar dan lihat.Explain kat dia kenapa perlu solat kat masjid,ganjaran solat jemaah,kelebihan majlis ilmu.Kanak-kanak mudah mencerap sebenarnya apa yang mereka lihat dan dengar.In sha Allah mereka akan terlatih datang masjid kalau didisiplinkan sewaktu kecil lagi.Tak 5 waktu kat masjid pun dapatlah 3 atau 2 waktu ke.

3.Didik Mendalami Al Quran
Paling kurang ada seorang anak kita yang Tahfiz dan mendalami Al Quran.Lagi ramai lagi bagus.Hehe.Bila anak kita mengetahui dan mendalami isi kandungan Al quran,mereka akan memperbetulkan kehidupan mereka dan menegur salah dan mengingatkan kita sebagai ibubapa apa yang patut,apa yang salah.Sejuknya hati anak lelaki mampu berbicara ayat-ayat Allah ni.Al Quran itu penyuluh kehidupan.

4.Latih menghormati keluarga
Bila sanak-sedara datang,atok,nenek,mak cik,pak cik,sepupu sepapat latih anak-anak ini adab dan sopan santun,bergaul,berkomunikasi dan serve keluarga.Biasakan mereka ke dapur untuk sediakan makanan,air dan pencuci mulut.Tak perlu nak bertekak panggil mai sini tolong,anak-anak terperap kat bilik,sibuk dengan gajet dan membisa x reti beramah mesra.Umur 7 tahun tu pun bolehlah ajar bawa sudu,gelas kosong ke..percayalah mereka akan terbiasa

5.Latih buat kerja-kerja rumah
Saya amat memuji ibu atau surirumah yang tiada maid atau pembantu.Ini untuk mengelakkan anak-anak kita jadi berat tulang,pemalas dan tak reti buat kerja rumah.Lagi-lagi anak perempuan yang berlagak princess tak nak sentuh dapur la,sudu pun dia tak tahu letak mana,tidur membuta,x reti basuh baju sendiri takut tangan kasar.Biasakan anak-anak lelaki ni buat kerja lelaki.Contohnya betulkan lampu rosak,paip rosak,buang sampah,cuci kereta,bertukang.Cuci pinggan atau masak yang simple-simple ke.

6.Didik menghargai wanita
Biasakan mereka untuk menghargai kaum wanita.Agar naruni mereka terlatih untuk melindungi,menyayangi,membela,menghormati dan menghargai insan bergelar wanita.Wanita ini ciptaan Allah yang amat indah dan mahal nilainya.Pesan kat anak lelaki bagaimana Rasulullah saw pernah membela kemuliaan wanita islam dahulu.Kini tugas itu berahlih kepadanya.Pesan kat dia abang buat macam tu kat wanita haa nt jumpa Rasulullah saw depan mata nanti nak jawap apa?”Adik lukakan hati kakak atau kawan-kawan pompuan lain sama juga adik lukakan hati umi”.Be creativelah kalau nak buat ayat..

7.Kenalkan mereka dengan Pejuang-pejuang islam
Tahu tak panglima-panglima islam jauh lebih hebat dari Spiderman,ultraman,Batman dan power Rangers yang anak-anak kita puja tu.Ibu-ibu sekalian kenalkan mereka dengan Tentera-tentera Rasulullah saw ni.Mereka ini wujud dan pernah tercatat dalam sejarah sehingga melakar kegemilangan Islam.Tak tahu ramai,sikit pun tak mengapa.Saya galakkan tampal poster ilustrasi kartun Salahuddien Al Ayyubi,Sultan Al Fateh,Saad bin Waqas,Talhah bin Ubaidillah,Zubair Al Awwam,Ibnu Sina,Hassan Al Banna,Salman Al Farisi,Khalid Al Walid,Hamzah Abdul mutalib dan banyak lagilah.
Biar mereka bangun dari tempat tidur mereka akan semangat melihat poster-poster ni dan berazam untuk menjadi pembela islam.

8.Bedtime Story Sirah Anbiya
Saya faham banyak ibu sekalian yang kini bekerjaya dan sibuk.Tapi luangkanlah masa sedikit untuk bacakan sirah-sirah Nabi dan cerita-cerita teladan untuk anak-anak kita sebelum mereka tidur.Kat kedai buku tu berlamabak dijual.Beli yang cerita-cerita pendek pun ok.Baca dengan nada dan intonasi yang bersungguh-sungguh sewaktu bercerita agar penyampaian berkesan.Anak-anak fokus dan melatih mereka berfikir.Lepas tu buat kesimpulan dan beri nasihat kepada anak-anak.

Setakat tu je la.Banyak lagi.Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa janganlah lupa akan amanah Allah ini.Kita akan dipersoalkan di hadapanNya nanti.Bila kita pergi menghadap Illahi moga segala usaha kita ini bermanfaat untuk Islam yang mana kita berjaya mewariskan anak-anak soleh dan pejuang islam yang ikhlas berjihad dan bantu agama Allah ini.Inilah yang Islam perlukan sebenarnya.Umat yang ramai tetapi berkualiti.Peranan ibu sangatlah penting.Jangan leka.Musuh islam di luar sana turut menanti kehancuran islam dan umatnya.Moga anak lelaki kita terpilih Allah sebagai Pembela Umat Islam yang mara ke hadapan.In sha Allah..: )

– Bintang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit