Kuasa Tawakkal

Assalamualaikum. Kita selalu dengar “usaha, doa, tawakal”. Entri kali ini, saya nak kongsikan kuasa tawakal. Bahasa mudahnya, tawakal ni lebih kepada kita berserah sepenuhnya dan sebulat-bulatnya dengan Allah. Tapi kalau tawakal tanpa usaha dan doa, tak menjadi juga. Apa yang saya cuba nak kongsikan adalah pengalaman2 saya sepanjang saya menggunakan konsep tawakal dalam hidup saya. Saya nak tunjukkan kepada sesetengah pihak yang masih ragu2 dengan kepentingan tawakal. Sebab Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kisah 1:
Kisah ini berlaku sewaktu zaman saya belajar di sebuah ipta. Saya bukan berasal dari keluarga yang kaya. Biasa2 sahaja. Duit belanja mengharapkan biasiswa. Kadang2 hulurkan sejumlah wang untuk ibu bapa di kampung ketika memerlukan wang belanja. Suatu hari, saya nak “plan” nak balik rumah tapi naik “flight” sebab harga pun tengah murah sangat2 dan ambil masa yang sekejap sahaja. Malam tu saya cuba booking online. Berjaya booking online. Selepas dapat email, saya godek2 balik maklumat flight saya. Bila godek2, saya cuba nak explore benda baru, saya click pada perkataan warna biru dan dia bawa ke pemilihan seat. Saya pun pilih seat. Ingatkan free tapi kena bayar. Disebabkan saya tak tahu menahu sangat mengenai flight online ni, saya pun tekan pada seat. Bila dia suruh bayar, kita back ke page sebelum ni tapi internet slow. Loading. Last2 matikan laptop.

Hari lain pulak ni. Hari ni saya ke airport. Nak balik ke kampung halaman. Sampai di airport, risau dah kalau2 dia suruh untuk seat. Harga dia murah je. Dalam belas2 atau puluh2. Tak pasti. Tapi waktu tu saya memang xda duit. Dalam bank ada rm10 je. Dalam dompet ada rm10 je. Nak bayar untu seat memang xcukup. Tawakal je dengan Allah. Mintak Allah permudahkan urusan. Sampai di kaunter nak check in, abang kaunter bgtau awak ada order seat ni. Saya cerita semula apa yang berlaku. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. Abang kaunter tu cakap kalau ikutkan awak kena bayar seat ni. Tapi takpelah. Saya lepaskan. Ya Allah, dalam hati berdebar2. Aku takda duit nak bayar.

Kisah 2:
Kejadian ni pun berlaku di airport. Waktu ni dah habis belajar. Encik Tawakal dah habis belajar dah. Belanja flight semua encik tawakal guna duit biasiswa je. Naik bas tu boleh je. Tapi saja lah nak naik flight sekali lagi. Yela. Lepas ni xda dah nak naik flight sesuka hati. Saya beli berat luggage untuk kargo paling max. 40kg tak silap. Tapi beg yang saya bawak ni guna beg plastik yang petak ada corak2 tu. Tapi paling besar saiz dia. Banyak barang yang saya sumbat. Berat gila. Sampai di airport, beg tu kena lalu scanner. Kan berat. Nak angkat sorang2 memang tak larat. Ada lah seorang hamba Allah ni berdiri belakang encik tawakal dan hulurkan bantuan. Borak2 sekejap. Ucap terima kasih. Rupanya kami berdua nak ke destinasi yang sama. Bila nak check in beg, terlebih 40kg. So, encik tawakal pun keluarkan fail2 ke barang2 yang boleh dikeluarkan. Sebab total 40kg ++ tu termasuk dua beg. Bila dah kurangkan, berat jadi 38kg xsilap. Abang kaunter tu kali ni garang sikit. Dia kata paling maksimum pun 35kg xsilap. Sebab senang pekerja nak angkat. Saya cakap lah tapi saya beli 40kg. Dia berdegil jgk cakap tak boleh. Kene kurangkan lagi. Dia cakap awak tak baca ke arahan dekat laman web. Mana saya tahu. Dah nak baca banyak2 dalam tu. Pening kepala dengan perkataan banyak2. Lagipun ni pertama kali hadap kes macam ni. Sebelum check in beg, memang tawakal habis dah sebab confirm beg akan lebih. Mintak tlg Allah permudahkan je. Waktu tu dah cuak. Takkan nak tinggalkan brg2 kat sini. Gila ke apa. Dengan bantuan Allah, lelaki yang tlg saya td ada di sebelah saya. Rupanya kami satu flight. Dia dgr mslh sy. Dia offer dia punya berat luggage yg available lg tu. Beg dia xberat mana. So, sy tumpangkang brg2 saya ke beg dia. Tapi waktu memang dah ingat bahaya dah. Fikir lega Allah tolong. Tapi Allah memang temukan saya dgn hamba Allah yang baik. Dia siap pesan. Kalau travel lepas ni, nak mudah2 terima bantuan orang offer simpankan brg awk. Takut dia sorokkan dadah ke apa ke. Tapi saya ni tak lah. Saya baik. Huhuhu. Semuanya atas kuasa tawakal. Bergantung sepenuhnya dengan Allah. Alhandulillah dia memang datangkan pertolongan.

So, anda2 yang masih2 ragu atau tak pernah apply tawakal dalam hidup anda, buatlah dari sekarang. Allah tak kejam. Dia akan datangkan pertolongan buat kamu. Maaf kalau bosan entri ni.

– Encik tawakal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit