Kubur Yang Masih Merah

Assalamualaikum hai admin, saya mohon agar disegerakan posting ni sebab masalah ni belum selesai dan masih berlangsung

Ada satu ketika, bilamana aku rasa stress, macam aku sorang ja manusia paling teruk Allah uji, Allah slalu akan datangkan orang-orang yang akan mengajaq aku erti bersyukur, erti kesusahan sebenar. Tatkala aku hilang arah, pedoman, aku masih ada suami, anak, keluarga, mentua, adik bradik, beberapa kerat kawan baik. Banyak pilihan aku boleh lalui untuk usaikan keresahan aku yang kononnya menimbun.

Lalu Dia datangkan kepada aku seorang demi seorang manusia yang diuji dengan ujian yang lebih dahsyat.

Seorang anak buangan yang dijumpai dalam longkang, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibubapa angkat yang menjumpainya di longkang tersebut. Masa berlalu, ayah angkatnya meninggal. Tinggai berdua dengan ibu angkat. Anak buangan tadi menjaga ibu itu hingga ke akhir hayat, dengan penuh kasih sayang. Disahkan lumpuh, anak ini kerja siang malam, siang cleaner, malam mengasuh 4 orang anak demi mengumpulkan wang untuk pembedahan ibu (sebelum ni anak ni derma satu buah pinggang kepada bapa, bapa meninggal, buah pinggang itu diletakkan kepada ibu pula). Pembedahan ibu waktu pemindahan buah pinggang itu ada komplikasi iaitu kuman, menyebabkan terjadinya nanah dan memerlukan pembedahan lain yang anggaran berjumlah RM5000.

Pembedahan berjaya dilakukan dengan membayar separuh dari nilai sebenar. Anak itu bawa pulang ibunya dengan gembira. Tapi malam tu, ibunya sakit tenat secara tiba-tiba. Darah memenuhi bekas pembedahan. Lalu dibawa ibunya yang sakit menggunakan motor ke hospital Ipoh.

Tempoh menunggu menjadi singkat apabila doktor sahkan ibu meninggal dunia. Dunianya gelap mengenangkan dia tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. Lalu dibawa pulang jenazah ibunya dan dikebumikan di kampungnya. Segalanya berjalan lancar. Anak ini mula bekerja selepas 3 hari kematian ibu. Pekerja yang cekap, kemas, rajin. Itu memang tidak dapat disangkal dari awal dia bekerja bersama syarikat kami.

Kubur masih merah, tanah masih lembap. Anak ini dapat panggilan dari seorang hamba Allah mengatakan kubur ibunya harus digali dengan alasan tanah itu sudah berpunya, sedangkan tanah itu luas seluas-luasnya, masih banyak kosong. Harus digali dan dialihkan mayat ke tempat lain menggunakan kos sendiri. KOS SENDIRI! Si anak ini terpinga-pinga. Bil rumah sewa belum habis. Bil hospital arwah ibu belum langsai. Tiba-tiba dapat panggilan yang mereka nak korek kubur ibu dan segala kos harus anak ini tanggung.

Tolonglah, sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam hal korek kubur/ pindah kubur yang bukan permintaan keluarga mcm kes kak ni, tolong jelaskan dalam posting ni. Terima kasih.

– Nurul Shuhada Mahadzie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit